Kesian Tuan... bermimpi di siang hari, angat mat jenin, burung terbang dipipihkan lada...apa nak diharapkan sangat dengan Najib lembek dan Mudin kecut untuk menguasai dan mengawal negara, mereka adalah pemimpin hipokrik yang terus sokong Paklah pada masa itu dan kini terus mewarisi segala benih bacul.
Ini bukan soal 2/3 atau tidak, tetapi ini soal sikap dan kelemahan...Anwar juga tidak mempunyai 2/3 tetapi masih boleh menjadi maharaja yang terus mencaturkan negara walaupun dengan muka yang penuh dengan contengan arang.
Tun, biarlah saki baki perjuangan UMNO yang menghala ke gaung ini diurus oleh mereka2 yang lembek dan biarlah bangsa Melayu ini menimba pengalaman pahit sendiri kerana mereka tidak pernah belajar dari umat Palestine.
KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad beranggapan insiden memijak gambar dan membawa bendera Sang Saka Malaya
ketika sambutan malam ambang kemerdekaan ke-55 minggu lalu berlaku akibat
kerajaan yang lemah.
Jelas Dr Mahathir (gambar) lagi, bila sesebuah kerajaan itu
lemah, sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dan mereka berani
melakukan perkara-perkara sedemikian.
“Semasa zaman saya 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak
pernah berlaku perkara ini ... tiada siapa pijak gambar saya.
“Ini berlaku kerana kerajaan kita lemah, kita tidak
mempunyai majoriti dua pertiga majoriti Parlimen,” katanya ketika majlis
sepetang bersama beliau anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.
Tambah pemimpin yang berpengaruh itu lagi, apabila kerajaan
yang memimpin negara ini lemah, banyak pihak yang cuba untuk menentang mereka.
“Apabila kita kalah dua pertiga, kita jadi lemah, bila lemah
orang berani, bila lemah mereka pijak gambar-gambar kita,” tambahnya.
Menurutnya lagi, kesan kempen Pakatan Rakyat (PR) juga turut
menjadi punca berlakunya kejadian sedemian.
“Saya berpendapat ia adalah kesan kempen parti lawan, mereka
tidak setia kepada negara , mereka lebih setia kepada parti.
“Ada ramai yang terpengaruh dengan parti lawan, saya percaya
jika sifat ini dikembangkan, negara kita tidak akan ada simbol yang diterima
semua dan perpecahan akan berlaku antara rakyat,” katanya lagi.
Beliau turut menegaskan, sekiranya perpecahan itu berlaku,
negara kita akan musnah dan beliau turut mengingatkan agar majoriti dua pertiga
Parlimen perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan
pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh membentuk kerajaan
yang kuat dan tegas.
“Saya harap lepas PRU 13 kita dapat wujudkan kerajaan cukup
kuat,” katanya lagi.