Thursday, September 6, 2012

Mahathir mimpi di siang hari...

Kesian Tuan... bermimpi di siang hari, angat mat jenin, burung terbang dipipihkan lada...apa nak diharapkan sangat dengan Najib lembek dan Mudin kecut untuk menguasai dan mengawal negara, mereka adalah pemimpin hipokrik yang terus sokong Paklah pada masa itu dan kini terus mewarisi segala benih bacul.







Ini bukan soal 2/3 atau tidak, tetapi ini soal sikap dan kelemahan...Anwar juga tidak mempunyai 2/3 tetapi masih boleh menjadi maharaja yang terus mencaturkan negara walaupun dengan muka yang penuh dengan contengan arang.











Tun, biarlah saki baki perjuangan UMNO yang menghala ke gaung ini diurus oleh mereka2 yang lembek dan biarlah bangsa Melayu ini menimba pengalaman pahit sendiri kerana mereka tidak pernah belajar dari umat Palestine.




KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan insiden memijak gambar dan membawa bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan malam ambang kemerdekaan ke-55 minggu lalu berlaku akibat kerajaan yang lemah.

Jelas Dr Mahathir (gambar) lagi, bila sesebuah kerajaan itu lemah, sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dan mereka berani melakukan perkara-perkara sedemikian.

“Semasa zaman saya 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak pernah berlaku perkara ini ... tiada siapa pijak gambar saya.

“Ini berlaku kerana kerajaan kita lemah, kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga majoriti Parlimen,” katanya ketika majlis sepetang bersama beliau anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.

Tambah pemimpin yang berpengaruh itu lagi, apabila kerajaan yang memimpin negara ini lemah, banyak pihak yang cuba untuk menentang mereka.

“Apabila kita kalah dua pertiga, kita jadi lemah, bila lemah orang berani, bila lemah mereka pijak gambar-gambar kita,” tambahnya.

Menurutnya lagi, kesan kempen Pakatan Rakyat (PR) juga turut menjadi punca berlakunya kejadian sedemian.

“Saya berpendapat ia adalah kesan kempen parti lawan, mereka tidak setia kepada negara , mereka lebih setia kepada parti.

“Ada ramai yang terpengaruh dengan parti lawan, saya percaya jika sifat ini dikembangkan, negara kita tidak akan ada simbol yang diterima semua dan perpecahan akan berlaku antara rakyat,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perpecahan itu berlaku, negara kita akan musnah dan beliau turut mengingatkan agar majoriti dua pertiga Parlimen perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh membentuk kerajaan yang kuat dan tegas.

“Saya harap lepas PRU 13 kita dapat wujudkan kerajaan cukup kuat,” katanya lagi.



2 comments:

  1. Orang tua mesti dihormati. Kan adat bagitu?

    Tapi kalau dah tau dia nyanyok kerana umur pun dah berlanjutan, apa yang dicakap beliau, angguk kepala je dan kata ya saje.

    Orang tua-tua ni kadangkala mereka sendiri lupa apa yang dikatakan semalam dan keluar topik baru setiap ari.

    ReplyDelete
  2. Dalam keadaan sekarang tun lebih masa untur tidur siang atau malam, banyak pilihan, tidak banyak perkara be rat yanghendak difikirkan berbanding dengan a war atau najib.
    Dan mimpi di sing hari mampu juga jadi kenyataan

    ReplyDelete

6ANGKA