Sunday, April 21, 2013

kesan pembelotan

25 ahli bn belot berbanding sebagai calon bebas, 2 dari dap - apa petandanya?

bagaimanapun jumlah wakil rakyat dap tidak mempertahankan kerusi sebaliknya lari ke kawasan lain sebagai petanda apa pula?

Friday, April 19, 2013

papa gomo tidak tepati janji - bukan budaya umno

penarikan diri papa gomo untuk berdepan dengan anwar ibrahim di permatang pauh demi memenangkan calon bn sangatlah dangkal untuk menutup kelemahan dan pembohongan kata2nya sendiri.

siapa papa gomo untuk menjadi faktor penting jaminan kemenangan calon bn, berapa undi dia akan sumbangkan? paling banyak 10.

papa gomo yg lebih melabelkan dirinya pro bn, pro umno, anti anwar, anti pembangkang wajar menjauhkan dirinya dari umno - janji tidak ditetapi walau dng apa alasan sekalipun bukan budaya bn dan budaya umno.

papa gomo lebih elok diam.

yusuf qarhdawi ini mcm nik aziz jugak ke...

minta maaf aku nak tanya - penting sangatkah yusuf ini kpd org malaysia, bernilai sangatkah apa juga isi suratnya kpd najib atau anwar hingga rakyat malaysia taksub dan berbalah.

apa dia tahu sangat tentang peribadi najib dan anwar, mendalam sangatkah pengetahuan dan maklumatnya tentang siasah malaysia. setakat mana dia memahami strategi zionis dan komunis melalui dap.

ilmu Islamnya setinggi mana, setaraf nik aziz atau rendah sikit, kalau tinggi setinggi mana, di malaysia ni dak tak ada ulamak lebih tinggi darinya ke - tolong jawab

jadi berpada-padalah dng seseorang yg tidak tetap pendirian dan jahil tentang malaysia.

Thursday, April 18, 2013

pembangkang bersatu menggunakan lambang pas sahaja - ancaman terbesar kpd bn!?

dap menggesa ros menarik balik surat 17hb bagi membolehkannya bertanding pru menggunakan lambang roket menunjukkan betapa biadap, bodoh, bangangnya dap yg
cuba eksploit dan meraih simpati. ros sudahpun memberinya kebenaran kerana parti itu
aran kerana parti itu tidak dibatalkan pendaftarannya - apalagi si bodoh ini bising.

menyedari undi melayu makin tiada atau tipis, dap cuba dan bersungguh2 mahu menggunakan lambang pas untuk membolehkannya mendapat undi melayu dan bagi pas pula jika terjadi ia memberi keuntungan maksimum kpdnya dan bolehlah dicanang dap sudah terima Islam dan sekaligus menafikan pas diperkudakan dap selama ini. mungkin pkr pun nak cari sebab kalau boleh tumpang sekaki nak gunakan lambang pas. tidak mustahil demi survival pembangkang semua calon secara sukarela menggunakan lambang pas utk menunjukkan mereka bersatu - satu ancaman besar pada bn.

Wednesday, April 17, 2013

tak ada masalah kalau been end tumbang..



Buat pertama kalinya aku merasakan bahawa memang benar bahawa apa salahnya been end ditumbangkan, tidak ada apa apa kerugian kepada melayu dan Islam dan rakyat malaysia amnya, sekadar lima tahun, kalau problem boleh tukar kepada satu alternatif lain pada masa itu. Pun mungkin pada masa itu parti parti dalam pembangkang sudah berpecah dan saling tuduh menuduh.

Melihat pada perangai bee end dan umno sekarang, akujanji setia sudah tak boleh pakai.
Tidak dicalonkan, kumpul orang kampong, belanja teh tarik lepas tu buat statement 'rakyat' tak setuju dia tak dicalonkan yang sudah bertungkus lumus sebelum ini - inilah pengakuan haram jadah.
Sebelum dia jadi pemimpin, jadi timbalan menteri, jadi menteri sudah tentu tu tempat tu ada orang lain. Adakah dia beranak terus jadi menteri dan mahu kekal terus jadi menteri ketika dikapankan !!!

Pilihlah siapapun calonnya, pasti ada kekurangan dan kelemahan kecuali kalau calon pas semuanya maksum, calon pkr itu anugerah tuhan dan calon dap sudah mendapat hidayah. Hanya calon umno yang banyak rasuah, kroni, kurang mesra, kurang turun jumpa rakyat, ada kabel, pilih kasih, hubungan sulit bla bla bla...Jadi apa nak tunggu lagi, pilihlah calon yang maksum, anugerah atau dapat hidayah!!!

yang terbaik ialah sendiri jadi calon sebab kita lah bapa mithali kat rumah, jadi imam pada keluarga, suami mithali yang tak pernah 'gatal' dan zina mata kat luar, anak2 semuanya moral dan akhlak terpuji, semua tutup aurat, isteri tutup aurat, kita lah ahli masyarakat yang ambil berat dan yang pertama sampai bila jiran sakit demam, yasinan tiap malam jumaat. Tak pernah ambil hak orang.

Mana ada orang lain yang lebih hebat dan betul, hanya aku saja le..



Tuesday, April 16, 2013

misi rampas kelantan lebih mudah tanpa ibrahim ali

tiada pencalonan ibrahim ali bertanding atas tiket bn mengambilkira matlamat utama umno merampas kelantan - najib melakukan yg terbaik supaya umno di pasir mas dan di kelanan tidak mempunyai peluang untuk terasa hati atau sabotaj.


100% umno kelantan kena buktikan mereka mampu bukan sekadar menang tetapi sewajarnya menang besar supaya pas dapat dihapuskan sama sekali bagi mengelakan mereka terus memecahbelahkan melayu dan Islam di masa hadapan.

mulut nik aziz bukan sekadar dikunci tetapi perlu disumbat.

tanpa memberi laluan kpd ibrahim ali, dng meletakan calon umno - realitinya di p/pasir mas pas akan menang - itulah harga yg perlu umno kelantan bayar.

kemenangan bn di kelantan lebih penting dari kemenangan ibrahim ali, tak ada nilainya ibrahim ali menang kalau pas terus perintah.

huru hara di pembangkang

pengalaman bn khususnya pm nampak teserlah dan mantap dalam menyenaraikan calon pru13, tertib dan sistematik dalam membuat pengumuman di negeri masing2 oleh p
engerusi bn. dijangka tiada perubahan' dijangka tiada sabotaj, kalau ada pun kekecewaan' tidak lebih 24 jam spt saranan pm.

ada beberapa nama yg alergik, yg masih dicalonkan di kedah, perak, kelantan, pahang dan negeri sembilan tetapi atas fahaman mereka boleh menang dan demi parti untuk menang wajar keputusan najib dihormati lebih2 lagi pm akan menanggung risiko besar dipersalahkan jika bn tewas.

berbanding dng pembangkang, bukan shj berlaku perebutan dan pertindihan, calon juga dipilih oleh parti masing2 dan dlm parti terdapat pula lebih dari satu 'decision maker' ..begitu banyak calon umum diri sendiri bertanding, pengerusi negeri umum anak buahnya dicalonkan dan sampai satu tahap berkasar sesama sendiri dlm perebutan kerusi. ketua pembangkang hilang cengkaman, penasihat parti diengkari, keputusan parti di boooo penyokong sendiri. ini baru permulaan...belum lagi sampai hari rasmi penamaan calon.

inikah gerombolan kutu brahak yg mahu menjadi kerajaan yg lebih baik dari kerajaan sekarang.

6ANGKA