Wednesday, April 17, 2013

tak ada masalah kalau been end tumbang..



Buat pertama kalinya aku merasakan bahawa memang benar bahawa apa salahnya been end ditumbangkan, tidak ada apa apa kerugian kepada melayu dan Islam dan rakyat malaysia amnya, sekadar lima tahun, kalau problem boleh tukar kepada satu alternatif lain pada masa itu. Pun mungkin pada masa itu parti parti dalam pembangkang sudah berpecah dan saling tuduh menuduh.

Melihat pada perangai bee end dan umno sekarang, akujanji setia sudah tak boleh pakai.
Tidak dicalonkan, kumpul orang kampong, belanja teh tarik lepas tu buat statement 'rakyat' tak setuju dia tak dicalonkan yang sudah bertungkus lumus sebelum ini - inilah pengakuan haram jadah.
Sebelum dia jadi pemimpin, jadi timbalan menteri, jadi menteri sudah tentu tu tempat tu ada orang lain. Adakah dia beranak terus jadi menteri dan mahu kekal terus jadi menteri ketika dikapankan !!!

Pilihlah siapapun calonnya, pasti ada kekurangan dan kelemahan kecuali kalau calon pas semuanya maksum, calon pkr itu anugerah tuhan dan calon dap sudah mendapat hidayah. Hanya calon umno yang banyak rasuah, kroni, kurang mesra, kurang turun jumpa rakyat, ada kabel, pilih kasih, hubungan sulit bla bla bla...Jadi apa nak tunggu lagi, pilihlah calon yang maksum, anugerah atau dapat hidayah!!!

yang terbaik ialah sendiri jadi calon sebab kita lah bapa mithali kat rumah, jadi imam pada keluarga, suami mithali yang tak pernah 'gatal' dan zina mata kat luar, anak2 semuanya moral dan akhlak terpuji, semua tutup aurat, isteri tutup aurat, kita lah ahli masyarakat yang ambil berat dan yang pertama sampai bila jiran sakit demam, yasinan tiap malam jumaat. Tak pernah ambil hak orang.

Mana ada orang lain yang lebih hebat dan betul, hanya aku saja le..



No comments:

Post a Comment

6ANGKA