Saturday, September 21, 2013

Obama datang ke Malaysia untuk siapa? Anwar atau Najib..


Oabama akan datang Malaysia Oktober depan, kunjungan pertama selepas 50 tahun  (presiden amerika lyndon johnson pernah datang ke malaysia pada tahun 1966) merupakan detik sejarah yang agak penting samada sebagai keperluan atau semata-mata kebetulan di era Najib.
 Obama terlebih dahulu akan menghadiri sidang apec di bali, indonesia.


Sebelum ini pernah dikatakan anwar mempunyai hubungan yang agak abrab dengan amerika dan bolehkah ini dikaitkan kunjungan obama kali ini sebagai moral support kepada anwar dan membawa satu message  khas kepada najib?

Apa keperluan obama datang ke malaysia sedangkan dia pasti akan berjumpa najib di apec, bali, indonesia sebelum itu?

Pada Jun 2013, Anwar turut sebok ke Indonesia untuk bertemu SBY semasa najib sedang melakukan lawatan di sana kononnya ada pertemuan di antara mereka.

Apakah Anwar juga akan turut sebok untuk mengambil peluang bertemu obama oktober nanti di tanah air atas alasan yang mana satu?  dia nak jumpa obama atau obama yang minta berjumpa?

Kerajaan wajar layan MCA. demi undi cina..

Kerajaan diminta menggunakan budibicara untuk memmbawa balik mayat sesiapa sahaja walaupun bukan warganegara jika itu diminta oleh Pakatan Pembangkang, MCA dan akhbar The Star dan yang sewaktu dengannya.

Calon2 Naib Presiden dan Ketua Pemuda UMNO diharap menjadikan ini sebagai satu perjuangan bagi memenuhi hasrat rakan komponen BN.

Ini akan mengurangkan kritikan ke atas kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib. Masyarakat cina mungkin akan memikirkan semula untuk memberi undi kepada BN pada PRU14.

Kalau mahu negara ini dipandang adil, mahu aman, mahu kaya - layanlah MCA.




Najib perlu dinasihati sebelum terlambat.. zahid jng bawa budaya anwar...




Gambar menceritakan seribu perkara berdasarkan pandangan masing-masing dan disahkan mereka akan mempertahankannya secara bersama-sama untuk jawatan Naib Presiden seolah-olah once mereka pegang, itu hak yang nak dipertahankan sehingga ada terlupa ukur baju di badan sendiri. Yang cerdik seperti Zahid masih mahu membawa bersama yang kurang cerdik seperti Hishamuddin yang lemah dan lembek 
 \
 Perjuangan ini untuk siapa sebenarnya?

Semata-mata atas alasan  Najib dah restu, atas alasan mereka saling memahami dan serasi. Sehinggakan orang lain yang nakbertanding mesti dapat nasihat Najib.
  Apapun politik tetap ada sepak terajangnya, di depan dan di belakang ada banyak
 perbezaan, rambut sama hitam, hati lain-lain. 

Hakikatnya apabila Mukhriz menawarkan diri, Ali Rustam dan Isa Samad dapat tempias untuk turut berpotensi menang.

Adalah penting untuk perwakilan menasihatkan Najib dalam bentuk penentuan undi pemilihan Naib Presiden bahawa UMNO bukanlah miliknya.


zahid pula bukan lagi remaja, dah tua, tunjuklah tauladan pemimpin yg boleh dihormati oleh pemimpin pelapis dan muda seperti mukhriz, janganlah cuba jadi kepala puak dengan membawa budaya anwar untuk terus kekal di dalam umno, ini pertandingan antara sahabat, berkempen secara individu, secara jantan dan tak perlulah dukung nama najib keseluruh negara.

isu abu mayat cinpeng - mca pujuk ajibgor ? tunduk lagi?

isu abu mayat chin peng yg bukan warganegara malaysia dilarang untuk dibawa masuk ke malaysia membuatkan mca yg cuba nak jadi hero wayang tongkoi terkedu dengan jawapan timbalan menteri dalam negeri bahawa mca bebas bersuara tetapi kerajaan telah membuat keputusan.

mca kemudiannya mempertikaikan kenapa mca tidak dianggap sebagai sebahagian dari kerajaan maka jawapan yg tepat ialah kerana mca sendiri yg menolak untuk berada dalam kerajaan. apa yg mca boleh buat dan bagitahu org cina ialah padan muka kamu kerana memilih dap utk menjadi wakil kamu, rasakanlah... kalau mca wakil org cina sudah tentu mereka dapat pujuk ajibgor atas semangat 1malaysia. peluang ini sudah terlepas...

Hishamuddin bernafas dalam lumpur..

Hishamuddin setakat ini digambarkan sebagi calon yang sukar mempertahankan jawatan Naib Presiden dan jika gagal, karier politiknya selepas ini sudah sukar untuk kembali berada di atas kecuali ada perubahan siskap dan caranya, tetapi itupun sudah dikira lambat. Harapannya kini lebih kepada peranan Najib itu sendiri membantunya atau terpaksa juga menerima keadaan.

Najib tentu boleh meminta Isa Samad @ Zahid @ Mukhriz untuk 'carry' bersama nama Mudin?

Apapun keputusan - tempat Muddin tetap ada selagi Najib menjadi PM.Bukankah Najib suka membuat koleksi antik seperti mengekalkan Syed Hamid sebagai Pengerusi Spad, Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan banyak lagi...

Persepsi pergantungan kepada Najib tidak dapat disangkal kerana berdasarkan kebolehan Hishamuddin sewajarnya dia tidak berada di Kementerian yang begitu penting dan kanan. Kelemahan muddin bukan terpancar sekarang, malah sejak menjadi Ketua Pemuda yang mempelopori pemuda lembek dan bisu yang diwarisi Kj.

Terbawa ke jawatan Menteri, dia diketawakan dengan jolokan Menteri Teragak-Agak yang tak agak dan rasanya dia kekal sebegitu di mana sahaja dia berada.

Mudddin boleh meminta maaf atas kapasiti peribadinya tetapi bukan mewakili bangsa Melayu meminta maaf kepada sesuatu yang tidak kena pada perkara dan tempatnya. Menghunus keris sebagai simbolik budaya Melayu dalam sebuah perhimpunan bertamaddun apa kejadahnya nak minta maaf.

Sikap meminta maaf ini juga dicontohi Najib, meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kepimpinan UMNO terdahulu juga sesuatu yang tidak wajar kerana ia memberi gambaran pemimpin UMNO melakukan banyak dosa besar kepada rakyat secara umum sedangkan hakikatnya dosa pemimpin UMNO lebih kepada individu.

Kesilapan mentadbir dan membuat keputusan tanpa sengaja adalah sesuatu yang normal tetapi membolot kekayaan negara secara rasuah dan salahguna kuasa itu adalah dosa besar, bukan sahaja dilakukan oleh sebahagian pemimpin UMNO tetapi juga majoriti pemimpin dari parti lain termasuk pembangkang.

Bagaiamnapun itu semuanya belum berakhir kerana persepsi perwakilan adalah berbeza dan kemungkinan besar kempen Naib Presiden mungkin dalam bentuk pakej 3 serangkai atau 2 serangkai yang turut disertai Muddin. Sebagai contoh kalaulah 3 serangkai itu membabitkan Zahid-Mukhriz-Mudin @ Zahid-Mudin-Shafie @ Ali Rustan-Mudin-Isa, bukankah itu memberi kelebihan kepadanya???
 http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/09/hishammuddin-tak-mungkin-kalah-naib.html

Friday, September 20, 2013

Zahid nak Timbalan Presiden - dinasihat jangan..

Semasa pengumuman paklah membuat peralihan kuasa kepada Najib sebagai Presiden UMNO, pada masa itulah juga zahid menawarkan diri untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden yang dikosongkan walaupun sudah diwar-warkan tempat itu untuk Muhyiddin.

Atas nasihat Najib - Zahid melepaskan perebutan dan ini memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Muhyiddin dan kekal sehingga kini.

Persaolannya apakah pakej nasihat Najib kepada Zahid pada masa itu?

Berbeza dengan Zahid, Muhyiddin membawa halatuju politiknya berdasarkan kewibawaan dan pengaruhnya tersendiri tanpa membayangi atau dibayangi sesiapa. jauh sekali dari mendapat nasihat secara rasmi dari sesiapa.

Selepas menonjolkan diri sebagai 'penyapu baru' di Kementerian Dalam Negeri yang hampir pasti menjadikannya calon favourate Naib Presiden yang wahid tiba-tiba tersentak bila Mukhriz yang lambat panas di saat akhir menawarkan diri. Zahid mencadangkan Mukhriz mendapatkan nasihat Najib terlebih dahulu ??? Adakah zahid adalah orang yang sama meminta Azalina mendapatkan pandangan Najib hingga dia menarik diri perebutan Ketua Wanita ?

Kalau untuk calon pilihanraya atau jawatan dalam kabinet itu wajar atas budibicara dan kuasa Najib selaku PM tetapi apahalnya pulak dalam parti? Apakah zahid rasa tergugat kekanannya atau hampir pasti terkeluar dari senarai sebagai Timbalan Presiden dan Presiden 10-20 tahun lagi. Apakah nasib seperti KuLi dan King Ghaz tercicir bas berulang dan Zahid dari awal sudah menghidunya.

Anggaplah peluang Zahid sebenarnya sama dengan Muhyiddin tetapi hakikatnya tempat itu telahpun diisi oleh Muhyiddin atas dasar kesetiaannya pada parti, bukan seperti Zahid yang setia pada Anwar dan akhirnya hilang kepercayaan dan kekananan.
Sampai sekarang pun Zahid kritik Anwar sekadar 'batuk ditangga'. Jadi Naib Presiden dan pegang Menteri KDN sudah di anggap maksima dan Zahid sewajarnya sudah melihat kepada persaraan 10 tahun lagi.

Mempertahankan jawatan Naib Presiden - sudahkah Zahid mendapatkan pandangan dan nasihat Najib? Bukankah 'penonjolan' Zahid sebenarnya menghancurkan kredibiliti sepupu Najib?

Jika meremajakan UMNO di ambilkira, wajar Zahid merasa syukur jika di sangkut sebagai Naib Presiden undi ketiga terbanyak berbanding dengan Shafie Apdal dan Mukhriz.

Kenapa sekadar pindah sekolah - terus berambus pindah negara kan lagi senang..

Benarkah dakwaan ramai pelajar bukan Melayu berhenti dari sekolah ini selepas kes tersebut?

Tidak benar. Hanya seorang murid sahaja berhenti kerana tidak berpuas hati mengenai isu ini. Dua murid Melayu yang berhenti adalah kerana berpindah ke Pahang. Tidak ada isu yang harus ditimbulkan mengenainya.
 
 sebuah akhbar Inggeris telah cuba menghidupkan terus isu ini untuk  mengapi-apikan perasaan kebencian orang India terhadap orang Melayu.

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...