Friday, September 20, 2013

Zahid nak Timbalan Presiden - dinasihat jangan..

Semasa pengumuman paklah membuat peralihan kuasa kepada Najib sebagai Presiden UMNO, pada masa itulah juga zahid menawarkan diri untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden yang dikosongkan walaupun sudah diwar-warkan tempat itu untuk Muhyiddin.

Atas nasihat Najib - Zahid melepaskan perebutan dan ini memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Muhyiddin dan kekal sehingga kini.

Persaolannya apakah pakej nasihat Najib kepada Zahid pada masa itu?

Berbeza dengan Zahid, Muhyiddin membawa halatuju politiknya berdasarkan kewibawaan dan pengaruhnya tersendiri tanpa membayangi atau dibayangi sesiapa. jauh sekali dari mendapat nasihat secara rasmi dari sesiapa.

Selepas menonjolkan diri sebagai 'penyapu baru' di Kementerian Dalam Negeri yang hampir pasti menjadikannya calon favourate Naib Presiden yang wahid tiba-tiba tersentak bila Mukhriz yang lambat panas di saat akhir menawarkan diri. Zahid mencadangkan Mukhriz mendapatkan nasihat Najib terlebih dahulu ??? Adakah zahid adalah orang yang sama meminta Azalina mendapatkan pandangan Najib hingga dia menarik diri perebutan Ketua Wanita ?

Kalau untuk calon pilihanraya atau jawatan dalam kabinet itu wajar atas budibicara dan kuasa Najib selaku PM tetapi apahalnya pulak dalam parti? Apakah zahid rasa tergugat kekanannya atau hampir pasti terkeluar dari senarai sebagai Timbalan Presiden dan Presiden 10-20 tahun lagi. Apakah nasib seperti KuLi dan King Ghaz tercicir bas berulang dan Zahid dari awal sudah menghidunya.

Anggaplah peluang Zahid sebenarnya sama dengan Muhyiddin tetapi hakikatnya tempat itu telahpun diisi oleh Muhyiddin atas dasar kesetiaannya pada parti, bukan seperti Zahid yang setia pada Anwar dan akhirnya hilang kepercayaan dan kekananan.
Sampai sekarang pun Zahid kritik Anwar sekadar 'batuk ditangga'. Jadi Naib Presiden dan pegang Menteri KDN sudah di anggap maksima dan Zahid sewajarnya sudah melihat kepada persaraan 10 tahun lagi.

Mempertahankan jawatan Naib Presiden - sudahkah Zahid mendapatkan pandangan dan nasihat Najib? Bukankah 'penonjolan' Zahid sebenarnya menghancurkan kredibiliti sepupu Najib?

Jika meremajakan UMNO di ambilkira, wajar Zahid merasa syukur jika di sangkut sebagai Naib Presiden undi ketiga terbanyak berbanding dengan Shafie Apdal dan Mukhriz.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA