Saturday, September 28, 2013

MUKHRIZ BOLEH KALAH SECARA TEKNIKAL

UMNO berada dalam satu kedudukan yg paling merbahaya dan boleh musnah dengan perpecahan yg lebih besar jika sistem, proses dan kaedah pengiraan undi yg telus, dan menepati matlamat tidak tercapai.

lebih memburukkan lagi jika ada unsur teknikal berat sebelah atau penipuan dikesan samada secara langsung atau tidak langsung.

semua ini boleh dijangka berlaku kerana perebutan dan kerakusan politik tidak kenal kawan dan lawan, tiada sempadan.

bolehkah manusia bernama ku nan dapat membeza dan mengasingkan dirinya atau diri mereka dari pelbagai jawatan kpd fungsi dan jawatan sebenar. bolehkah mereka kelak menerima apa yg mereka endorse tidak akan sama dengan mereka dan boss mereka endorse ?

jika kemenangan seseorang calon di sesuatu bahagian mendapat 1 mata, bagaimana pula dengan calon yg mendapat jumlah undi terbanyak di seluruh malaysia tetapi masih gagal kerana tidak mendapat point. jumlah perwakilan tidak akan sama antara satu bahagian dengan satu bahagian.

ambil contoh 3 bahagian:

bahagian A - mamat mendapat undi 99, abu mdapat 98, ali dapat 90 - mamat dapat 1mata

bahagian B - mamat dapat undi 100, abu dapat 800, ali dapat 600 - abu dapat 1 mata

bahagian C - mamat dapat 800 undi, abu dapat 750, ali dapat 790 undi - mamat dapat 1 mata

keputusan:
mamat 2 mata - menang
abu 1 mata - kalah
ali 0 mata - kalah

jom kita kira jumlah undi keseluruhan:
mamat - 99 + 100 + 800 = 999
abu - 98 + 800 + 750 = 1648
ali - 90 + 600 + 790 =  1480

siapa sebenarnya yang perwakilan mahu dan patut menang? SUARA AKAR UMBI TEWAS PADA TEKNIKAL.

Jika pengiraan di atas digunapakai untuk jawatan Presiden dlm pertandingan 3 pejuru - agak2nya sejauhmana penerimaan ahli umno terhadap mamat yg menang secara teknikal tetapi mendapat undi tercorot.

bolehkah ahli umno tetima mamat sebagai presiden dan rakyat malaysia terima mamat sebagai perdana menteri - jangan marah kalau mat sabu jinjing buat lawak satu malaysia dan apapula pandangan antarabangsa?

UMNO HARUS BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.

umno johor main wayang dng hisham..

atas faktor kenegerian hisham akan disokong mati-matian oleh umno johor dlm mempertahankan jawatan naib presidennya! - itulah lebih kurang laporan rumusan yg berdendang di negeri johor, tidak pula diketahui ini sekadar wayang atau utk menyedapkan hati hisham.
kena diingat, sejarah telah menunjukkan umno johor tidak penah memberi sokongan padu pada pada mana2 calonnya sejak zaman musa hitam, muhyiddin dan tidak mungkin juga untuk hisham..

kalau umno johor solid di belakang hisham kenapa pula dia menyelit gelojoh berseorangan dlm program 100% wanita di kluang baru2 ini yg turut dihadhiri shahrizat ! kenapa perlu sampai ke tahap itu? malah mungkin kehadhirannya menjejaskan kredibiliti shahrizat untuk tetus kekal sebagai ketua wanita.

sesuatu yg hisham kena tahu, tidak semua kehadhirannya diperlukan dlm keadaan masing2 sdg menyelamatkan diri lebih2 lagi bagi kapal yg bocor atau sarat, tambah sorang penumpang pun mampu menenggelamkannya terus.

mana tangan zahid dan shafie sepertimana yg digenggam erat pada hari pendaftaran calon di pwtc?

Friday, September 27, 2013

pau umno hampir capai taraf cec dap..

ku nan sudah bayangkan pau umno akan sama taraf dengan cec dap dan lebih utama dia pun sama penting mcm lim guan eng, keua-dua mereka setiausaha yg cukup berpengaruh.

siapa yg perlu diundi, siapa yg perlu dipilih sekarang bukan rahsia lagi, kalau sebelum ini najib 'sukar dibaca' - sekarang ini tidak lagi, ku nan rubberstamp terbaik?

.........

ini tips kalau salah cakap.

1. kumpul sebanyak mungkin jawatan dan pangkat
2. kalau salah cakap - boleh buat alasan bukan atas kapasiti setiausaha, tetapi atas kapasiti ketua cawangan.
3. kalau penjelasan itu tidak memuaskan, terus pusing cakap, itu pandangan peribadi...
4. boleh minta pihak lain juga, timbalan presiden utk mengesahkan itu pandangan peribadi...
5. boleh tambah juga, saya bercakap dalam jamban sendirian, wartawan yg salah dengar, salah petik.


ITULAH WAJAH TUA UMNO SELAMANYA

Thursday, September 26, 2013

kompromi VP yg lebih baik buat UMNO - ali rustam no. 2

1. hisham kekal sebagai calon favourate yg tidak akan dipilih semula hingga dilabel 'asalkan jangan hisham' - mampu membuatkan hisham menangis sekali lagi.

2. shafie afdhal berada dalam kedudukan 'ditelan mati omak, dibuang mati ayah' oleh perwakilan dlm mengimbangi samada calon mewakili malaysia timor ini perlu dikekalkan atau tidak kerana adalah menjadi penting untuk umno terus kuat dan mendapat undi rakyat sabah di masa2 mendatang.

3. ali rustam dilihat gabungan yg lebih baik dan mantap untuk digandingkan dengan zahid dlm keadaan apa shj untuk umno hadapi arus di masa hadapan. mukhriz sekadar lebih beruntung utk banyak belajar dari kedua mereka ini.

4. keenam-enam mereka masih relevan, saling memerlukan seumpama menarik rambut dlm tepung dan penyelesaiannya isa samad setiausaha, shafie sebagai ketua penerangan dan hisham sebagai bendahari.

aku harap najib bersetuju !

Wednesday, September 25, 2013

Wow !!! Lokman Adam nak ganyang siapa...



Kenyataan Media:

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.


Namun, apa yang menarik perhatian saya hari ini ialah berita berita kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.


Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.


Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.


Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara.


Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.


Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.


Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia
16/9/2013

Tulisan yang dihijaukan itu - aku macam pernah selalu baca...oooooooo Menteri kita yang hebat - Mudin 
- Di mana Lokman dan Pemuda dalam isu "kalimah Allah"

Najib makin telus..

Saya mahu jadikan rasuah perkara berlalu dan bukan amalan masa depan bagi malaysia dng mengubah budaya organisasi dan perniagaan - najib, san fransisco

1. Kenapa tiba-tiba
2. Kenapa diluar negara
3. Perkara berlalu = dimaafkan? Tiada tindakan? Dilupakan?
4. Mengubah budaya - mulakan dng apa? Batalkan brim? Pertandingan Ketua Pemuda? No more kroni?
 Dan saolan terakhir...
5. Berapa pula peruntukan yg kerajaan akan belanjakan untuk kempen ini???

Dan paling akhir
6. Berani berubah?

7. Siapa yg akan percaya? Persepsi rakyat terhadap Najib dan UMNO

8. Apakah bersyarat:  bergantung kpd kerjasama rakyat, jika gagal, rakyatlah yg gagalkan.

Kesimpulan: baliklah ke Malaysia dng segera, bentangkan kertas kerja di parlimen, mulakan dng pengistiharan harta masing2. Rasuah di kalangan anda, di kalangan pemimpin bukan boleh dibenteras dengan sebaris dua ayat dan sekali lafaz. Dan ini bukan janji pertama PM - malah janji setiap PM..

Tuesday, September 24, 2013

Mahathir double standard..

Peranan tidak rasmi tingkat 4 era Paklah 
VS 
peranan rasmi Omar Ong & Gang era Najib



TDM diam - double standard ?

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...