Saturday, September 28, 2013

MUKHRIZ BOLEH KALAH SECARA TEKNIKAL

UMNO berada dalam satu kedudukan yg paling merbahaya dan boleh musnah dengan perpecahan yg lebih besar jika sistem, proses dan kaedah pengiraan undi yg telus, dan menepati matlamat tidak tercapai.

lebih memburukkan lagi jika ada unsur teknikal berat sebelah atau penipuan dikesan samada secara langsung atau tidak langsung.

semua ini boleh dijangka berlaku kerana perebutan dan kerakusan politik tidak kenal kawan dan lawan, tiada sempadan.

bolehkah manusia bernama ku nan dapat membeza dan mengasingkan dirinya atau diri mereka dari pelbagai jawatan kpd fungsi dan jawatan sebenar. bolehkah mereka kelak menerima apa yg mereka endorse tidak akan sama dengan mereka dan boss mereka endorse ?

jika kemenangan seseorang calon di sesuatu bahagian mendapat 1 mata, bagaimana pula dengan calon yg mendapat jumlah undi terbanyak di seluruh malaysia tetapi masih gagal kerana tidak mendapat point. jumlah perwakilan tidak akan sama antara satu bahagian dengan satu bahagian.

ambil contoh 3 bahagian:

bahagian A - mamat mendapat undi 99, abu mdapat 98, ali dapat 90 - mamat dapat 1mata

bahagian B - mamat dapat undi 100, abu dapat 800, ali dapat 600 - abu dapat 1 mata

bahagian C - mamat dapat 800 undi, abu dapat 750, ali dapat 790 undi - mamat dapat 1 mata

keputusan:
mamat 2 mata - menang
abu 1 mata - kalah
ali 0 mata - kalah

jom kita kira jumlah undi keseluruhan:
mamat - 99 + 100 + 800 = 999
abu - 98 + 800 + 750 = 1648
ali - 90 + 600 + 790 =  1480

siapa sebenarnya yang perwakilan mahu dan patut menang? SUARA AKAR UMBI TEWAS PADA TEKNIKAL.

Jika pengiraan di atas digunapakai untuk jawatan Presiden dlm pertandingan 3 pejuru - agak2nya sejauhmana penerimaan ahli umno terhadap mamat yg menang secara teknikal tetapi mendapat undi tercorot.

bolehkah ahli umno tetima mamat sebagai presiden dan rakyat malaysia terima mamat sebagai perdana menteri - jangan marah kalau mat sabu jinjing buat lawak satu malaysia dan apapula pandangan antarabangsa?

UMNO HARUS BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.

1 comment:

  1. Melalui perlembagaan, tentukan kaedah menentukan kemenangan terlebih dahulu baru buat pertandingan yg telah dipersetujui kaedahnya oleh semua jemaah dan x leh dipertikaikan lagi ibarat rumah siap pahat berbunyi. Bukan buat pertandingan dulu, pastu baru tentukan kaedah kemenangan..kusut la lagu tu. Macam pertandingan permainan, nak main badminton ikut cara kira badminton, nak main bola sepak ikut cara kira gol.

    ReplyDelete

6ANGKA