Saturday, October 12, 2013

Kemenangan Menepati Ramalan

Welldone braderr



BERSIH pun raikan




Itu macam lah anae

 Kekanda kekanda kepada calon yang menang
Peringkat global dan liberal


 Mewakili puak arab dan Afrika










Ayah dan bonda, auntie di singapura



DAP raikan


my x bf


no say



MIC raikan




Secara peribadi aku tumpang 'gumbira' bagi pihak UMNO


 




       




PAS anwarinas alu-alukan..





wa caya lu...

Friday, October 11, 2013

Kalau menang merugikan lebih baik kalah


"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) - Ingatan kepada calon Naib Presiden

“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti - Ingatan kepada calon Ketua Wanita

“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,”- Ingatan kepada calon Ketua Pemuda

Kalau ada menjadi liabiliti dan menyusahkan lebih baik tiada. 

Pilihlah calon yg bersih untuk UMNO - jangan kekalkan kotoran.
Pilihlah calon yang paling dibenci oleh pembangkang - itulah petanda calon terbaik buat UMNO !

Nak UMNO Selamat.. Pilihlah Kj




 


 

Kj dan Sharizat ada harapan besar untuk memang jika yang anti Melayu pun memberi SOKONGAN IKHLAS kepada mereka. Satu petanda baik buat UMNO kalau nak cepat dan selamat xxxxxx  ??


Key Performance Index
Di mana letaknya ‘performance’ atau KPI Khairy Jamaluddin? Sekadar pandai bergimik itu – dijaja The J-Star sebagai “Able to attract young via social media and his many projects for youths” – bukan bererti mengenal perjuangan mahupun mempunyai pegangan.
Selama 4 tahun KJ jadi pengerusi Pemuda BN dan Ketua Pemuda Umno, berapa banyak undi belia yang dapat dibawanya ke pangkuan BN?
Cuba tanya: Bagaimana BN boleh hilang undi popular sehingga ketinggalan 4 poin peratus di belakang Pakatan jikalau betul rancangan-rancangan oleh KJ adalah efektif?
KJ punya gengSTAR
Rencana ‘Khairy ready to answer allegations of power abuse‘ dimuatkan oleh suratkhabar suara DAP hari ini.
The J-Star memberi ruang kepada KJ untuk menepis tuduhan bahawa dia mengambil kesempatan jawatan menteri kabinetnya beserta menyalahgunakan jentera awam kementerian untuk berkempen pilihanraya parti.
Suratkhabar pro-DAP itu memetik KJ sebagai berkata: “I am not deterred by the smear campaign” dan “they have resorted to making unfounded allegations”.
Laporan J-Star tersebut adalah percubaan untuk memutihkan nama KJ dengan melekatkan label “kempen fitnah” ke atas dakwaan-dakwaan yang diajukan terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.
Harapan KJ dapat tarik balik undi Cina?
Wakakakaka.
Akhbar Jerusubang itu juga menguar-uarkan: “Khairy has earned the respect of many in the movement, including his detractors for his many ideas, which include the popular Barisan Nasional Youth job fairs and outreach activities for youths”.
Kecondongan The J-Star kepada KJ terserlah. Kalau media pembangkang begitu berkenan and sayang kepada Khairy, apa intipatinya bagi masa depan dan halatuju Umno?
Dicanangkan bahawa “YB KJ juga sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang sensitiviti dan norma kehidupan seorang Cina yang kini majoritinya simpati kepada DAP” menerusi pengambilan Regina Lee sebagai setiausaha akhbarnya. Bukankah Najib sudah pernah tunjuk peka dan prihatin kepada kehendak-kehendak masyarakat Cina?
Apa balasan yang diterima oleh Perdana Menteri?
Oh really?
Peranan Najib menaikkan KJ
“Meanwhile, in an earlier interview, Khairy described the revival of his political fortunes as a ‘second chance’ and said he did not want to squander it.
“I have spent the last four years trying to rehabilitate my political career and not many people get second chances’.”
Perdana Menteri Najib Razak lah yang bertanggungjawab memberi “peluang kedua” kepada KJ.
The J-Star menyebut bahawa “The 37-year-old Khairy’s political fortune is on the upswing after being appointed Youth and Sports minister after the 13th general election”.
Kita boleh simpulkan bahawa kerjaya politik KJ melonjak naik atas ehsan dan jasa Najib yang melantiknya sebagai Pak Menteri.

 http://helenang.wordpress.com/

 

Thursday, October 10, 2013

Perwakilan mati tercekik kekenyangan...

Politik wang dan salam kaut dalam pertandingan merebut jawatan parti UMNO dari peringkat Bahagian sampailah ke Naib Presiden terus selesa berleluasa berbudaya sebati secara terbuka. Perwakilan sudah menjadi anak-anak yang mendapat sampul hijau berhari raya menghitung sesama mereka siapa yang dapat lebih, siapa yang bagi lebih. 

Petang ini majlis di mana, malam nanti majlis siapa, esok malam siapa yang datang dan majlis penutup kempen nanti agak-agak berapa pula habuan yang akan dapat terus berkumandang sesama mereka. Makan minum tidaklah perlu dihitung lagi cuma yang belum kedengaran ada perwakilan mati tercekik atau terlebih kenyang.


SESUNGGUHNYA APA SUDAH JADI !!!

Aapakah situasi ini berlaku dalam lain-lain parti. Jawapannya pasti 'ada' tetapi sejauh mana dasyatnya. Jikapun ia berlaku dalam lain-lain parti apakah itu menjadi alasan untuk 'tidak apa' UMNO juga amalkan malah tidak keterlaluan kalau katakan UMNO khususnya di era Anwar mendahului dan menjadi juara politik wang.

Gambaran sekarang ada beberapa insiden Presiden dan Setiausaha Agung turut dikaitkan campurtangan atau memberi sokongan kepada calon tertentu terus memburukkan keadaan. Zahed Hamidi, SPRM, KDN, PDRM kenapa 'silent' dalam hal ini. Mencegah itu 1000 kali lebih baik. Hendak seribu daya....

Tidakkah ahli dan pemimpin UMNO merasa malu dan jijik dengan apa yang berlaku sekarang? Tidakkah nanti kalau pun menang jawatan akan dikaitkan dengan menang atas faktor wang, kualiti diri letak tepi.

Inikah pemimpin yang akan diharapkan oleh umat Melayu untuk memperjuang dan mempertahan Islam dan Melayu.

UMNO + PAS + Melayu PKR hanya ke arah membawa umat Melayu dan Islam jadi tukang basuh kencing berak babi DAP suatu masa nanti hanya sekaadar mencari sekeping dinar.




Peluang untuk Hisham siasat sampai ke lubang cacing

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang ( terkini disahkan dua orang) terbunuh dalam nahas pesawat Twin Otter MASwings terhempas di Lapangan Terbang Kudat, Sabah, kata Malaysia
Airlines (MAS).MAS dalam kenyataan malam ini, berkata nahas itu berlaku dalam kawasan
Lapangan Terbang Kudat pada 2.50 petang.Menurut kenyataan itu, jumlah yang cedera ialah lima orang dan jumlahpenumpang dan krew dalam pesawat itu sebanyak 16 orang.
MAS berkata punca nahas sedang disiasat.
"Fokus syarikat penerbangan ialah memastikan keselamatan dan kebajikan
penumpang, krew dan pihak-pihak lain yang terjejas.
"MAS bersama-sama MASwings akan memantau keadaan di tempat kejadian dan
memaklumkan perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.
Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat.
Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk
pertanyaan dan maklumat lanjut.


Lain pula semasa menjadi Menteri KDN:
Bagaimanapun bila Zahid mendedahkan perihal dahulunya   MCA dan MIC membela penjenayah dengan membuat rayuan bagi  pihak mereka tetapi sekarang beliau tidak lagi akan melayan tuntutan seumpama itu  maka ini memberikan fahaman dahulunya di layan. Maka   timbul pertanyaan di kalangan orang ramai siapakah menteri menteri  yang telah melayan rayuan penjenayah dan benarlah anggapan orang ramai  bahawa MIC melindungi penjenayah - zamkata

PERWAKILAN AKAN DIBEKAL SENARAI CALON YANG PERLU DIUNDI

Bersembang dengan salah seorang exco kanan Johor dari bab pertandingan satu lawan satu di bahagiannya melaratlah ke calon Naib Presiden dan Ketua Pemuda.

Atas kapassiti Ketua Bahagian, Hisham akan disokong tetapi mungkin pengakuan itu berdasarkan exco ini agak berhati-hati kalau-kalau dia sedang diintai oleh orang Hisham. Tetapi sudah tentu dia tidak dapat mengawal pilihan perwakilan semasa pengundian hatta dia sendiri tidak dapat yakin sepenuhnya kemungkinan tewas kepada lawannya.

Shafie Apdal antara yang mungkin mendapat tempat kerana beberapa peruntukan persekutuan yang diminta oleh bahagian ini malah seluruh bahagian di johor nampaknya dilayan dengan baik oleh Shafie melalui kementerian pembangunannya hinggakan Sabah sendiri belum tentu mendapat layanan sebegitu rupa.

Tupasalah Shafie agak dipertikai di sabah hingga memungkinkan Musa Aman masuk beertanding tetapi menarik diri di saat akhir.

Bagaimanapun Mukhriz turut terpilih atas keperluan sebagai ikon meremajakan UMNO di peringkat tertinggi dan ini akan dibantu di peringkat pemuda oleh Kj. UMNO memerlukan kedua-duanya. Hubungan akrabnya dengan Ketua Pemuda Bahagiannya yang bakal menjadi Ketua Pemuda Negeri mampu menceritakan.

Exco ini merupakan bekas exco Pemuda zaman Hisham mendakwa Kj merupakan seorang yang sangat brilliant dan the only Ketua Pemuda yang mendapat tempat di hati Ketua Pemuda BN !! (Dapat tempat kerana apa?)

Akhram seperti tidak mendapat tempat di kalangan Pemuda Johor, begitu juga dengan Fathul Bahari yang dianggap ada membawa unsur 'wahabi'? Terserah kepada perwakilan yang cerdik !!!

Apa yang pasti walaupun undian akan dibuat oleh perwakilan seluruh Malaysia tetapi kuasa penentuan masih di tangan Ketua Bahagian dan Ketua Sayap masing2 kerana perwakilan akan dibekalkan dengan senarai lengkap Calon Yang Kena Diundi dari Naib Presiden sehinggalah ke Majlis Tertinggi, Exco dan sebagainya.

Sementara itu salam bersampul terus subur menjadi budaya. Walaupun aku bukan perwakilan tetapi tetap mendapat habuannya.


siapa yang arah hisham membuat penafian..

1.arahan najib supaya ketiga-tiga mereka dipilih semula dan dikekalkan adalah tidak masuk akal - begitulah kurang lebih ungkapan penafian yang dibuat oleh hishamuddidin berhubung desas desus najib ada keluarkan arahan supaya perwakilan mengekalkan hisham, zahed dan shafie.

2. mengikut sumber, ini bukan lagi desas desus sebaliknya yg terpantul keluar dari mulut tekiu adnan dalam satu majlis di kuala lumpur walaupun kemudiannya cuba dibilas itu adalah pandangan bukan atas kapasiti setiausaha agung umno !!!

2a. hebat benar ku nan buat statement macam tu dan sampai sekarang tidak siapa berani menegurnya atau dikenakaan apa-apa tindakan.
2b. Najib sendiri masih mengambil sikap membisu.

3. Sejauh mana pula hishamuddin pasti itu bukan arahan najib? mungkin najib buat arahan tanpa pengetahuan mereka (hisham/zahed/shafie)

4. Jika pun ada arahan najib - arahan itu sesungguhnya wajar kerana sebagai presiden dia tentunya mempunyai keperluan untuk memberi pandangan.

5. Yang hilang akal atau kurang akalnya ialah  kalau najib beri arahan untuk menyingkirkan mereka?

6. Persaolannya, kenapa hisham sahaja yang menafikan, apa pula kata zahed dan shafie?

7. Yang tidak masuk akalnya sekarang ialah kita semua nak tahu siapa sebenarnya yang memberi arahan kepada hisham untuk membuat penafian?

Yang terbaru kini ialah penglibatan Istana dalam mempengaruhi perwakilan untuk menyokong Hisham - Apakah ini juga kurang akal dan akan disangkal oleh Hisham.

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...