Kj dan Sharizat ada harapan besar untuk memang jika yang anti Melayu pun memberi SOKONGAN IKHLAS kepada mereka. Satu petanda baik buat UMNO kalau nak cepat dan selamat xxxxxx ??
Key Performance Index
Di mana letaknya ‘performance’
atau KPI Khairy Jamaluddin? Sekadar pandai bergimik itu – dijaja The J-Star
sebagai “Able to attract young via social media and his many projects for
youths” – bukan bererti mengenal perjuangan mahupun mempunyai pegangan.
Selama 4 tahun KJ jadi pengerusi
Pemuda BN dan Ketua Pemuda Umno, berapa banyak undi belia yang dapat dibawanya
ke pangkuan BN?
Cuba tanya: Bagaimana BN boleh
hilang undi popular sehingga ketinggalan 4 poin peratus di belakang Pakatan
jikalau betul rancangan-rancangan oleh KJ adalah efektif?
KJ punya gengSTAR
Rencana ‘Khairy ready to answer allegations of power abuse‘
dimuatkan oleh suratkhabar suara DAP hari ini.
The J-Star memberi ruang kepada KJ untuk menepis tuduhan bahawa dia
mengambil kesempatan jawatan menteri kabinetnya beserta menyalahgunakan jentera
awam kementerian untuk berkempen pilihanraya parti.
Suratkhabar pro-DAP itu memetik KJ
sebagai berkata: “I am not deterred by the smear campaign” dan “they have
resorted to making unfounded allegations”.
Laporan J-Star tersebut
adalah percubaan untuk memutihkan nama KJ dengan melekatkan label “kempen
fitnah” ke atas dakwaan-dakwaan yang diajukan terhadap Menteri Belia dan Sukan
itu.
Harapan KJ dapat tarik balik undi Cina?
Wakakakaka.
Akhbar Jerusubang itu juga menguar-uarkan: “Khairy has earned the
respect of many in the movement, including his detractors for his many ideas,
which include the popular Barisan Nasional Youth job fairs and outreach
activities for youths”.
Kecondongan The J-Star kepada
KJ terserlah. Kalau media pembangkang begitu berkenan and sayang kepada Khairy,
apa intipatinya bagi masa depan dan halatuju Umno?
Dicanangkan bahawa “YB KJ juga sedikit sebanyak
dapat mempelajari tentang sensitiviti dan norma kehidupan seorang Cina yang
kini majoritinya simpati kepada DAP” menerusi pengambilan Regina Lee sebagai
setiausaha akhbarnya. Bukankah Najib sudah pernah tunjuk peka dan prihatin
kepada kehendak-kehendak masyarakat Cina?
Apa balasan yang diterima oleh
Perdana Menteri?
Oh really?
Peranan Najib menaikkan KJ
Seterusnya, rencana J-Star tersebut berkata:
“Meanwhile, in an earlier interview,
Khairy described the revival of his political fortunes as a ‘second chance’ and
said he did not want to squander it.
“I have spent the last four years
trying to rehabilitate my political career and not many people get second
chances’.”
Perdana Menteri Najib Razak lah yang
bertanggungjawab memberi “peluang kedua” kepada KJ.
The J-Star menyebut bahawa “The 37-year-old
Khairy’s political fortune is on the upswing after being appointed Youth and
Sports minister after the 13th general election”.
Kita boleh simpulkan bahawa kerjaya
politik KJ melonjak naik atas ehsan dan jasa Najib yang melantiknya sebagai Pak
Menteri.
http://helenang.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment