Thursday, October 10, 2013

Perwakilan mati tercekik kekenyangan...

Politik wang dan salam kaut dalam pertandingan merebut jawatan parti UMNO dari peringkat Bahagian sampailah ke Naib Presiden terus selesa berleluasa berbudaya sebati secara terbuka. Perwakilan sudah menjadi anak-anak yang mendapat sampul hijau berhari raya menghitung sesama mereka siapa yang dapat lebih, siapa yang bagi lebih. 

Petang ini majlis di mana, malam nanti majlis siapa, esok malam siapa yang datang dan majlis penutup kempen nanti agak-agak berapa pula habuan yang akan dapat terus berkumandang sesama mereka. Makan minum tidaklah perlu dihitung lagi cuma yang belum kedengaran ada perwakilan mati tercekik atau terlebih kenyang.


SESUNGGUHNYA APA SUDAH JADI !!!

Aapakah situasi ini berlaku dalam lain-lain parti. Jawapannya pasti 'ada' tetapi sejauh mana dasyatnya. Jikapun ia berlaku dalam lain-lain parti apakah itu menjadi alasan untuk 'tidak apa' UMNO juga amalkan malah tidak keterlaluan kalau katakan UMNO khususnya di era Anwar mendahului dan menjadi juara politik wang.

Gambaran sekarang ada beberapa insiden Presiden dan Setiausaha Agung turut dikaitkan campurtangan atau memberi sokongan kepada calon tertentu terus memburukkan keadaan. Zahed Hamidi, SPRM, KDN, PDRM kenapa 'silent' dalam hal ini. Mencegah itu 1000 kali lebih baik. Hendak seribu daya....

Tidakkah ahli dan pemimpin UMNO merasa malu dan jijik dengan apa yang berlaku sekarang? Tidakkah nanti kalau pun menang jawatan akan dikaitkan dengan menang atas faktor wang, kualiti diri letak tepi.

Inikah pemimpin yang akan diharapkan oleh umat Melayu untuk memperjuang dan mempertahan Islam dan Melayu.

UMNO + PAS + Melayu PKR hanya ke arah membawa umat Melayu dan Islam jadi tukang basuh kencing berak babi DAP suatu masa nanti hanya sekaadar mencari sekeping dinar.




No comments:

Post a Comment

6ANGKA