Wednesday, February 26, 2014

ahli pas desak hadi berundur kerana celupar?

ramai yg berpendapat khususnya dari pecacai umno yg tiba2 sahaja menunjukkan simpati kpd hadi awang yg diarah mahkamah membayar  2juta kpd bekas calon pkr dun bukit besi mohd shamsul md amin di atas keceluparan menghina.

mereka berpendapat perkara itu patut diselesaikan di luar mahkamah dan menganggap pkr sengaja membiarkannya untuk tujuan memalukan hadi?

logikkah tanggapan itu?
siapa yg sepatutnya mengusahakan rundingan selesai di luar mahkamah? sepatutnya ia di mulakan oleh hadi kerana dia yang disaman.

siapa jangka hadi akan kalah di mahkamah?

kenapa soal maruah hadi shj yg mahu dipertahankan sedangkan maruah bekas calon tersebut yg difitnah tidak diutamakan. apakah pembuat fitnah lebih mulia dari yg kena fitnah?

puak pas sepatutnya malu mempunyai presiden yg celupar serta menunjukkan tauladan yg kurang baik - tidak wajar berjihad ahli pas kumpul 2 juta kpd seorang kaki fitnah. sekadar presiden sebuah parti dunia bukanlah lesen untuknya menghina manusia lain tanpa boleh dihadap ke mahkamah.

jika najib digesa letak jawatan dng pelbagai alasan, bukankah ahli pas mempunyai alasan yg kuat kini untuk mendesak hadi berundur????



Tuesday, February 25, 2014

siapa yg menangis kalau najib berundur...

tun hussien onn sebak ketika melepaskan jawatan...

ramai yg sebak ketika dr mahathir cuba melepaskan jawatan secara mengejut...
tak kurang yg meraung ketika paklah terpaksa melepaskan jawatan...

hatta azizah juga tersebak ketika anwar dipecat..

siapa pula yg sebak kalau najib berundur...

Monday, February 24, 2014

jambatan kedua pp - wajar atas nama paklah

nama jambatan kedua pp dijangka akan menjadi isu murahan politik dan dikaitkan dengan perkauman yang memungkinkan pemboikotan penggunaannya oleh sesetengah kaum yang bagai diberi betis nak paha.

jambatan pah lah tidak boleh tidak boleh menjadi kompromi di antara kepentingan dua pihak dan dalam hal ini faktor 'kj' akan menjadi pelembut.

seharusnya juga nama jambatan sempena lim kit siang atau lim chong eu juga boleh dipertimbangkan. walaupun cadangan nama 'ching peng' ada disebut tetapi tidak mungkin dinamakan kecuali kalau disengajakan untuk mencari nahas.

tidakkah boleh jambatan tersebut dinamakan jambatan 1malaysia?

Sunday, February 23, 2014

umno kena faham satu perkara..

umno perlu hentikan kempen di kajang jika mahu mca menang !




umno tidak perlu jadi abdi mca dengan peruntukan gila babi yg tidak mendatangkan hasil, terperangkap dengan tipu daya pengundi cina.

umno perlu duduk diam dan lihat siapa yg kena !!!!

Wednesday, February 19, 2014

kj wakil hero tamil astro

tindakan meletak jawatan pengerusi hindraf, waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jpm sangatlah bagus dan tepat apabila haluan kerajaan dan pendekatannya tidak selari. tidak timbul samada siapa yg betul atau siapa yg salah. tindakan beraninya takkan terikut oleh mana2 menteri umno yg sangat melekap dengan jawatan untuk dibawa bersama masuk ke kubur.

yang terasa pedasnya paling awal sekali ialah kj yg melenting mempertikaikan? biarlah isu jpm dijawab oleh jpm dam pm sendiri. yg berangan jadi pm belum sesuai dan layak untuk jawab.

sekadar asas sebagai ketua pemuda? ini bukan isu politik !


Saturday, February 15, 2014

anwar kena main dari dalam...

secara logiknya, kenapa perlu anwar bertanding dun kajang jika tidak
mahu menjadi mb?

kalaupun ingin menyingkir khalid - bukankah melantik azmin sebagai mb adalah penyelesaian terbaik.

anwar sedar - seiapa shj menjadi mb selangor khususnya akan mempunyai kecenderungan untuk tidak patuh kpd nya. azmin lebih bahaya dari khalid jika diberi peluang.

musuh utama anwar kini berada di dalam, khalid enggan melepaskan jawatan dan dia juga turut dibantu oleh cita2 azmin sendiri untuk menjadi mb. azmin perlu merebut jawatan mb kerana itu adalah platform utama untuk mudah kembali dan diterima semula ke dalam umno - bererti tapak politik dan jawatan yg lebih kukuh sudah tersedia dlm umno.

begitu juga anwar mahukan jawatan mb selangor untuk 'bargain power' - semua mahu kembali ke umno - jalan pintas anwar sebagai pm???

jika tekanan berterusan - khalid akan melompat ke mana?
yg lebih wajar difikirkan azmin dan khalid ialah tewaskan anwar di kajang dengan strategi dan agenda dalaman ! sabotaj ????

Friday, February 14, 2014

Low class politik...

kita sedang berada di zone politik murahan.... tawar, hambar.

tidak kah kita sedang dimualkan dengan cita2 politik peribadi anwar hingga mengheret satu pilihanraya kecil yg membazirkan sdg kan pada yg sama mereka mencemuh pembaziran kerajaan.

sekurang2nya rosmah terlanjur membazir naik jet untuk urusan kecil negara sedangkan anwar sengaja membazir duit rakyat hanya sekadar ingin megecilkan seorang menteri besar yg kurang patuh kpd seseorang spt anwar yg tidak mempunyai jawatan sah dalam perlembagaan parti.

kalaulah mahathir sebagai penasihat petronas dan pensihat proton bertindak membabi buta, ganas dan bangang spt anwar hanya bertaraf penasihat pkr sudah tentu puak yg sama inilah juga akan mengecam mahathir siang dan malam.

usaha2 anwar ini hanya sekadar menunjukkan dia hanya mengejar sesuatu yg sudah tidak layak baginya walaupun dia terlampau pandai atau sudah hampir dalam genggamannya suatu ketika dulu.

memang benar, yg menggagalkannya dirinya, yg menghalangnya, musuh sebenarnya ialah dirinya sendiri

lawan tetap lawan - lawan dirinya sendiri.
lawan menentang arus kesilapannya masa lalu dengan mengulangi kesilapan demi kesilapan yg berterusan dengan membelakangkan kepentingan ugama, bangsa dan negara.

6ANGKA