Wednesday, June 25, 2014

siapa mcm monyet air dapat pisang?

benarkah rakyat dan kerajaan malaysia betul2 serius dan caring atas apa yg menimpa dan telah berlaku ke atas oku firdaus dullah.

hingga hari ini masih saling menyalahkan kerajaan atau ibunya lola tanpa memgetahui isi realitinya.

Begitu juga wardina yg macam bagus sangat sampai membuat perbandingan dng negara kesayangan nya australia.

Hakikatnya  di dalam dunia ini, di seluruh negara,,di setiap negeri, pada setiap daerah malah pada setiap komuniti, situasi nasib seperti firdaus dullah ujud sebelum ini, sekarang dan di masa akan datang.

apa yg nak disarankan ialah tingkatkan kecekapan dan kurangkan kerenah birokrasi jabatan kebajikan masyarakat dan org2 yg pandai ckp asyik nak salahkan kerajaan, turunlah ke padang, berhentilah ckp mcm monyet dalam zoo disuap pisang.

Tuesday, June 24, 2014

Suami dapat, adik juga dapat..

Secara umum dan keseluruhannya aku tidak sokong pembangkang walaupun kerajaan sekarang dalam situasi yang hampir sama dengan pembangkang. Bagaimanapun bila ada isu atau berita yang dikaitkan dengan kerajaan melibatkan pemimpinnya walaupun berita itu datangnya dari pembangkang.

Maka sewajarnya diberi perhatian dan di analisa, lebih penting dari itu rakyat ingin mendengar jawapan dan penjelasan. Jika mendiamkan diri atau cuba2 memekakan telinga akibatnya buruk sekali dan persepsi bertukar menjadi 'betul'.

PM cukup cepat memberi respon berhubung khabar angin Muhyiddin akan bercuti panjang tetapi jangan pula jadi lembab untuk menjawab sesuatu yang lebih penting.
Kalau sekadar khabar angin boleh dijawab tentunya sesuatu yang fakta dan telah berlaku lebih mudah untuk menjawabnya.

Walaupun si mamat ini mungkin "mengadakan" cerita bagi menutup kekalutan dan kekecehon yang melanda partinya tetapi isu yang dibawanya perlu dijustifikasi.






Rafizi tak menang tangan, bakal bongkar satu lagi skandal rasuah
KUALA LUMPUR 25 JUN: Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni Umno, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat satu lagi skandal penyelewengan institusi pendidikan.
“Tak habis lagi saya selidik kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat lagi satu kertas tebal penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak cukup tangan.

“Saya dah belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun adalah skandal juga. Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan lain-lain sama-sama banteras isu rasuah macam ini,” kata Rafizi di twitter.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM Tapah.

Sebelum itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail turut mendapat manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM kampus cawangan Puncak Alam, Selangor.
Manakala dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus cawangan Jasin, Melaka.

Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.
 
Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62028


Apakah ini isu yang baru diketahui Rafizi memandangkan ia tidak ditimbulkan semasa PRK Teluk Intan atau sengaja disimpan untuk tidak membantu kemenangan calon DAP ?

Monday, June 23, 2014

Tengok sat..mana yang lebih gedik..

Add caption

Bila Kerajaan Nak cerdik ??

Samada kerajaan pandai atau kerajaan bodoh atau yang lebih teruk dari itu, beberapa perkara ini tolonglah, tolonglah. tolonglah  dihapuskan sama sekali, dibenteras dan di ambil tindakan yang paling tegas dalam dunia.

1. Penghinaan ke atas mana-mana ugama.
2. Penghinaan ke atas mana-mana kaum.
3. Penghinaan kepada Kesultananan Melayu.
4. Penghinaan atau memburukkan negara tanpa fakta kukuh.
5. Akta Hasutan, Pengkhianatan, Penderhakaan dan Fitnah.
6. Kembalikan ISA.


SEMUA INI BANYAK KAITAN DAN MEMERLUKAN PERANAN ZAHED HAMIDI UNTUK MEMPENGARUHI PERDANA MENTERI SEBELUM TERLEWAT @ SEBELUM DIA SENDIRI BERPINDAH JAWATAN !!

Sunday, June 22, 2014

LAIN POKOK YANG DIGOYANG, LAIN PULA BUAH YANG AKAN GUGUR !!!

Apa perkembangan Hadi Awang, Presiden PAS sekarang,



seperti tiada maklumat terkini.

Apakah situasi PAS sekarang terutama PAS Selangor juga sama keadaan dengan Hadi?

Pokok (Najib dan Khalid Ibrahim ) yang digoyang tidak juga gugur, rupanya buah yang lebih ranum akan bersepai ke bumi.

Saturday, June 21, 2014

Kenapa mahyuddin tak cuti panjang... ??

Penafian telah dibuat oleh kedua-duanya, muhyiddin dan najib - penafian untuk muhyiddin bercuti panjang...

2. jika khabar angin muhyiddin mahu bercuti panjang - apa perlu najib campurtangan dan nafikan, apa keperluan najib berbuat demikian kerana isu yg diributkan bukannya muhyiddin menghantar surat letak jawatan atau akan dipecat?

3. Perhatikan penafian mereka - apakah ada unsur "mereka tidak mempunyai masalah sefahaman atau berbeza pendapat"

3. Muhyiddin jika bercuti panjang boleh mendatangkan perpecahan melayu !!! Itu tanggapan ramai dan umum. Apakah bermaksud cuti panjang tersebut mempunyai agenda menarik keluar ahli umno untuk satu penubuhan parti baru?
Apakah percutian panjang Muhyiddin menimbul atau mendatangkan desakan untuk Najib juga turut kena cuti panjang?
Apakah umno tidak takut takut satu lagi penubuhan parti melayu baru asalkan bukan Muhyiddin yg mengetuainya?
Apakah menyimpan kekal muhyiddin di dalam umno lebih bertujuan untuk membolehkan umno dilihat masih melayu?
Muhyiddin dipujuk tidak bercuti panjang?

4. Di dalam blogg penulis ternama ada disimpulkan:
a. Najib kekal sehingga PRU akan datang
b. Muhyiddin tifak akan tanggalkan jawatan tersebut kerana untuk dapatkan tidaklah mudah.

5. Ada juga disebut, tidak siapapun di dalam umno yg berani menentang najib kerana di dalam almari JPM - sarat dengan file mereka?
Apakah mahyuddin juga jatuh dalam kategori ini?





#aku benar2 merepek kali ini...

KEMASKINI: siapa yg nak bantu Najib

kemaskini 22jun
sesuatu yg anda kena tahu:

1. Najib sedang sebok membangun negara, tetapi kenapa ramai yg mcm tak suka....
2. Najib juga Melayu dan Islam kenapa kita tidak sokongnya, kenapa kita sekongkol dng lebih ramai cina dan india yg tolak Najib dan celakakan melayu?
3. Najib tak peduli orang sebok membencinya kerana dia sebok bersama dengan ramai lagi yg masih sukakannya.


posting asal 21jun
untuk majukan negara, apa yg boleh kita bantu najib?

6ANGKA