Friday, July 25, 2014

Timbalan Menteri Besar Selangor..satu cadangan

Mungkin Selangor boleh mempertimbangkannya dengan perkenan Tuanku...

Calonnya dari PAS bagi membolehkan politik selangor stabil untuk terus mentadbir dng baik demi kesejahteraan ekonomi negeri dan negara.

Khalid dan anwar boleh terus berunding.

Ada yang Kena Penampar pasal isu MB Selangor..kesian dah nak raya ni

Selalu sangat PAS beralah dalam banyak isu seperti jumlah kerusi pilihanraya, isu exco, isu Exco Ugama Negeri, isu Hudud malah dalam isu liwat pun PAS banyak ditolak diansur, semuanya mereka katakan pada PAS, mereka bersetuju untuk tidak bersetuju.

Walaupun pada peringkat awal ada juga sedikit bantahan di kalangan pemimpin PAS tetapi akhirnya semua kena telan akibat campurtangan Nik Aziz yang banyak menyebelahi puak tersebut walaupun merugikan PAS. Nik Aziz tertelan slogan Asalkan Bukan UMNO.

Alhamdulillah seperti yang diperkatakan sejak dari dulu lagi, seperti yang dijangka, tanpa pengaruh besar Nik Aziz sekarang, PAS lebih bebas, berfikiran terbuka dan tidak terikat dengan beban berkawan dengan puak gila kuasa.

Hasilnya jelas hari ini Hadi Awang menolak pertukaran Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor kerana tiada pengkhianat perjuangan atau pecah amanah. Perjuangan peribadi Anwar Ibrahim dilongkangsampahkan dan hajat batuapi DAP dihumban jauh atas nama bersetuju untuk tidak bersetuju.

Rasa macam penampar besar menyinggah muka Anwar Ibrahim..

Thursday, July 24, 2014

Mohon Tuanku Sultan Selangor Bercuti Ke Luar Negara

Ampun Tuanku,

Patik mohon mengadap dengan rasa rendah diri, mendoakan kesejahteraan Tuanku dan Keluarga lebih- lebih lagi di pengakhir Ramadhan dan kemunculan Syawal yang mulia.

Sebelum patik berkata-kata, patik mohon maaf jika ini tidak mengikut adat istiadat dan protokol kerana patik adalah musafir yang bermaustatin di negeri Tuanku, menumpang teduh di Negeri Tuanku Yang Berdaulat.

Adapun ketika ini suasana siasah di negeri Selangor sepatutnya meriah dengan memuliakan malam dengan pertambahan amal sunat mencari lailatulqadar tetapi malangnya ada puak dan gerombolan yang mengadakan mesyuarat siang dan malam menggugat kedudukan Bendahara Khalid.

Seterusnya mereka akan mara ke Istana membawa persembahan yang patik anggap kurang berbahasa dan tergesa-gesa.

Dalam hal yang demikian patik mencadangkan ke Bawah Duli Tuanku untuk berangkat ke luar negara untuk bercuti sekurang-kurangnya 6 bulan untuk merehatkan jasmani dan rohani Tuanku yang penat bekerja menguruskan negeri dari Istana.

Sepeninggalan Tuanku kelak, Mamak Bendahara Khalid bersama Exco yang lain InsyaAllah mampu menguruskan negeri seperti biasa dan baik.

Sekali lagi patik memohon maaf jika sembah patik sembah derhaka tetapi kepada Allah patik berserah.

Wassalam.




AMARAN:

MANA MANA PIHAK YANG INGIN MEMBERI ULASAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN ADMIN BLOGG INI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS ULASAN ULASAN TERSEBUT DARI SEBARANG RISIKO DAN APPLIKASI UNDANG UNDANG !

Nak racist - joint DAP

Kenapa join DAP?

Boleh rasis dan diberi perlindungan dari siasatan dan dakwaan !!!??





Kj terpijak taik...

Pemuda UMNO demo di depan bangunan kedutaan Rusia membantah nahas MH17.

1. sebagai menteri pengiring obama ke malaysia adalah sewajarnya kj seiring dengan nada obama yg menuduh rusia terlibat dlm nahas mh17.
2. selaras hasrat kj untuk panjat hiriki politik yg lebih tinggi, seperti yg ditunjukkan anwar, pro amerika lebih membawa hasil yg lumayan.
3. pro amerika pro mana?
4. Kenapa Pemuda UMNO shj..ini bukan setakat soal Melayu atau Islam shj..ini soal negara..mana Pemuda BN?

Dasar kerajaan dan Najib dalam nahas mh17 ialah belum mahu menuding jari kpd mana2 pihak sehingga siasatan membuktikannya.

PERKASA berdemo di kedutaan ukraine? ibrahim ali agaknya lepaskan gian sebab lama dah tak berdemo..

Wednesday, July 23, 2014

Peguam Ikan Bilis

Agak2 anda, kiki akan sokong umno setelah dia mendapat balasan setimpal dari badan kerajaan yg pilih bulu.

PDRM bukan lagi perlu dipertahan dan disokong sentiasa, apa yg mereka buat walaupun digelar anjing kerajaan oleh pembangkang.

umno bukan lagi parti yg perlu dipertahan dan disokong, walaupun dicelakakan, mereka masih diam tidak bermaruah.

kita mempunyai badan penghakiman dan peguam negara yg menjadikan ikan bilis sasaran mereka.

Tuesday, July 22, 2014

isu pertukaran MB - Jangan ulangi kebiadapan

Sudah banyak ulasan yang dibuat berhubung ura2 pertukaran Khalid sebagai MB Selangor digantikan dengan wan azizah. Adalah sesuatu yg biadap jika pengesahan pertukaran itu dibuat mendahului perkenan Sultan.
Walaupun anwar terdesak jangan sampai anak pulau pinang yang tidak bersultan bersikap biadap pada Sultan Negeri Berdaulat, anak Selangor jangan dipermudahkan apabila Sultan mereka digugat.  Jangan sampai semua perkara anwar dicap gelojoh puyoh.

Sultan Selangor baru sahaja menyatakan kemurkaannya secara terbuka ke atas batang tubuh Khalid Samad yg cuba mencampuri kuasa Baginda dan jika ini tidak mendapat perhatian, sekali lagi akan mengundang kemurkaan Baginda.

Sultan Selangor juga tidak perkenan akan permohonan mengadap Khalid Samad dan sudah tentu tidak pelik untuk tidak perkenan mana mana pengadapan yang bersifat kurang ajar atau bukan melalui MB yang sedia ada.

Walaupun dari segi peruntukan undang2 tersedia satu kaedah lain jika Sultan tidak perkenan tentulah tidak wajar dan tidak bijak pentadbiran negeri ada pergeseran dengan Sultan.

Sesuatu yg menarik untuk di analisis ialah betapa anwar yg dicap hebat dan jaguhan politik kini terkulat kulat ketika berdepan dengan khalid yg baru belajar politik. Anwar bagai bertemu buku dengan ruas untuk memaksa khalid turun dari kerusi MB malah semakin liar dan garang pula khalid bertindak menyanggah kemahuan anwar. Jarang anwar begitu toleransi ketika berdepan dengan siapa sahaja yg menghalangnya tetapi dengan khalid, anwar mati kutu kaw kaw.

Semoga anwar berjaya sekali lagi meletakan isteri nya sebagai seorang MB, meletakan kepentingan dan cita2 peribadi, sekaligus memperbodohkan penyokongnya yang bestari.

Apakah nasib Islam dan Melayu selangor lebih baik di tangan Wan Azizah? Saolan ini bukan untuk anwar tetapi untuk ahli pkr selangor.

Untuk wan azizah - dah jumpa belum jam omega?
Jadi MB nanti - apa pula yg hilang...

"isteri diperguna untuk mencapai matlamat" - kata azmin, sudah tentu azmin tidak bermaksudkan anwar kerana dia pun  2x5 dengan anwar juga, mungkin pada lim guan eng.

UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...