Friday, August 1, 2014

Anwar perasan jawatan MB Selangor penting apabila Azmin tergila-gilakan jawatan tersebut?

10hb Ogos merupakan tempoh penantian yang amat panjang untuk Anwar dan kroninya, tarikh keramat atau
penanda akhir sejarah politik Anwar yang ditamatkan dengan begitu mudah oleh Hadi jika tiada pusingan "U" yang dibuat.

Kalau dalam permainan badminton, smash Anwar di anggap tersasar luar gelanggang atau tersangkut di jaring. Pedihnya kalau itu bola penamat. Sebab itulah penyokongnya tertonggeng tunggang terbalik tak percaya, frust dan malu.

Tentunya sukar diterima untuk Anwar diperbudakan dengan Hadi yang dianggap bukan lawan sebenarnya, malah kalau ikut politik Malaysia sekarang Anwar adalah No.1 politikus yang paling liat untuk menerima kenyataan bahawa dia sudah tidak mungkin, sudah berada dalam kedudukan mustahil untuk jadi PM sekaligus tidak mungkin dapat memadam sejarah hitam dirinya, isterinya, anaknya dan keluarganya.

Belum ada politikus Malaysia yang ada sejarah sehitam Anwar, hatta Musa Hitam pun tak lah berapa hitam.

Apapun, sakit hati dan marah sebenar penyokong Anwar bukanlah pada Hadi, mereka mati-matian masih menganggap ini adalah permainan politik UMNO bermula dengan Khalid dan kemudiannya menjangkiti Hadi.
Ini adalah perasaan takut pada bayang-bayang sendiri malah boleh dianggap pesalah politik memang mempunyai perangai aneh sedemikian yang dihukum keegoan sendiri - tidak mahu menghadapi kenyataan.

Sebelum melulu menuduh segala dan semua punca UMNO, kena juga terfikir bahawa sebelum ini Khalid diserang hebat oleh penyokong UMNO dalam pelbagai isu. Bukankah itu selari dengan kehendak strategi dalaman PKR untuk memburukkan Khalid supaya menjadi mudah untuk menyingkirkan Khalid dengan digantikan oleh orang mereka sendiri yang mudah dicucuk hidung.

Anwar sendiri terkesan betapa pentingnya jawatan MB Selangor seperti yang digila-gilakan Azmin !!

Adakah itu satu kebetulan kumpulan yang berstrategi dalam PKR bekerjasama dengan penyokong UMNO untuk memburukkan Khalid??

budaya pelacur politik siapa mulakan..

Pelacur politik?

siapa yg dimaksudkan... apa yg dilacurkannya!!!

Berapa harga yg dibayar? siapa bayar? untuk apa dibayar?

Pernahkah anda terfikir bahawa DAP keseluruhan kepimpinannya selalu berfikiran, merekalah bapak ayam kpd PAS dan PKR... mereka akan arahkan parti ini untuk "stay" or "out" bila2 masa ikut nafsu mereka.

Thursday, July 31, 2014

Si Tong Ngong Berpandir...

Di hari dan bulan yang baik ini kita sarankan Anwar dan Hadi saling bermaaf-maafan di atas tindakan bodoh masing-masing lebih-lebih lagi melibatkan kesan kepentingan politik  matlamat merampas Putrajaya mungkin gagal jika tidak dibendung sekarang.

Adalah tidak sesuai sekadar jawatan MB menjadi punca keretakan sedangkan jika mahu bergasak pun biarlah jawatan itu berbaloi. Lagipun dengan perkembangan terbaru harapan Anwar untuk menjadi PM semakin kabur dan ini membuka peluang sepenuhnya kepada Hadi kecuali DAP meletakan calon Melayu sebagai boneka PM.


Le me put it another way. PKR is the driver and DAP the co-pilot. PAS is merely a passenger. So if PAS does not like the direction Pakatan Rakyat is going then just get off the bus.

As Anwar Ibrahim said, Pakatan Rakyat works on consensus. And if PKR and DAP vote one way but PAS votes the other way then no consensus can be reached. A consensus means all three must vote in concert. Hence to be able to reach this consensus PAS must vote according to how PKR and DAP wishes them to vote. If not then PAS will not be seen as a team player and therefore might as well get out of Pakatan Rakyat.

- Malaysia Today


Kebocoran whatsaap Dr Zuhdi bukanlah perkara pokok dan boleh dilupakan kerana Dr Zuhdi sendiri tidak terdiri dari kumpulan yang mahu PAS keluar dari Pakatan, lebih kepada salah taipan dan ditafsirkan berdasarkan cebisan print screen sedangkan jika dibuat kajian keseluruhannya langsung tidak membayangkan apa-apa rancangan tersebut.

Ugutan dan amaran keras pemimpin kanan DAP dan PKR kepada PAS  lebih kepada nasihat dalaman dan saling mengingati sebagai amalan sihat dan kesuburan budaya demokrasi yang telah lama mereka amalkan. 

Dan paling penting, ini hanya merupakan perselisihan pendapat yang biasa kerana salah
komunikasi tetapi telah dipetik digembar gemburkan oleh perkakas umno dan utusan malaysia yang memang merancang untuk merosakkan reputasi pakatan dan Anwar.(?)

Langkah yang paling tepat ialah Anwar wajar saman sesiapa sahaja yang mengulang saolan kenapa Khalid Ibrahim perlu ditukar dengan wan azizah.

Kesimpulannya - Anwar dizalimi.

Wednesday, July 30, 2014

Siapa Anwar utk berbohong dan membuat keputusan bagi pihak Majlis Tertinggi PAS?

Begitu banyak kenyataan-kenyataan pemimpin kanan pkr dan dap telah dikeluarkan dengan majoriti mengkritik keras, mengugut dan sudah mula mengungkit dan memburukan hadi dan pas sedangkan tarikh penentuan sebenar 10hb ogos sudah diketahui umum.

Kesilapan awal yg dibuat oleh anwar menyatakan pas bersetuju tidak ditonjolkan sebaliknya kenyataan umum hadi dipersoalkan......?
pembohongan dan rasa tidak hormat  anwar ditutup, jawapan pembetulan hadi dipertikai?

PAS hanya bersetuju membawa cadangan PKR menggantikan Khalid dengan Wan Azizah ke Mesyuarat Tertinggi PAS pada 10hb Ogos untuk diperbincangkan...

Siapa anwar untuk membuat keputusan bagi pihak Majlis Tertinggi PAS? Kenapa pula ada yg pertikaikan pendirian awal Hadi selaku dan selayaknya dia seorang Presiden!!!

Kenapa Anwar perlu berbohong? tidak boleh bersabar sehingga 10hb? Kenapa terburu-buru? Apa yg Anwar bimbang dan takut dengan "masa" ... dan sekarang siapa yg kerugian dan buang masa?

Hari ini ramai yg membuat analisa PAS akan lemah jika menarik dari atau tersingkir dari pakatan... Apakah pkr dan dap akan kekal kuat, bertambah kuat jika PAS keluar? Jika mereka juga akan jadi lemah kenapa selama ini mereka tidak menunjukkan rasa hormat kpd PAS?

Pembocoran whatsapp dr zuhdi bukan sesuatu yg pelik..pemikiran yg lebih dasyat sentiasa ada pada DAP dan Anwar, cuma masa belum sesuai untuk didedahkan. Bukan setakat soal kerjasama di kalangan pembangkang tetapi menyentuh tentang keselamatan dan kemajuan negara!!!

Sudah ada suara meminta mesyuarat Majlis Tertinggi PAS disegerakan? Disegerakan untuk siapa? Kenapa masih nak gelojoh...

Missi Bersihkan Nama di Belanda

kata orang:

Jika anda seorang ahli politik khususnya pemimpin yang sudah begitu banyak terpalit kekototoran luar dan dalam dan ada yang sudah teruk sangat sehingga terpaksa berundur atau letak jawatan maka satu-satunya peluang untuk menyelamatkan diri atau membersihkan nama ialah dengan melawat Holland sekarang.

lepastu:

Buy cheese. Visit the Tulip farms (its summer now) Go down to the canals. Buy a souvenir windmill. Go shopping - Syed Akhbar Ali / Outsyed The Box





Tuesday, July 29, 2014

Orang Melayu Tidak Lagi Memerlukan UMNO...# PASTI

Kemenangan masih kekal untuk UMNO di PRU13 seketika kerana Melayu menolak dua perkara:
1- Anwar Ibrahim sebagai PM dan
2- DAP mendominan

Jika dua perkara ini dapat diurus dan diselesaikan oleh mana-mana pihak termasuk DAP, jika hari ini selesai esok juga UMNO akan dibungkuskan !!!

Sudah pasti orang cina hatta MCA juga sudah lama menolak UMNO - tidak ada keistimewaannya lagi UMNO di kacamata rakyat malaysia dan dunia jika melayu dan islam pun menolak umno.

DAP dipandang tinggi oleh musuh dan kawan bukan kerana orang melayu suka atau tidak tetapi kerana 79% orang cina sokong DAP di PRU13





#Kata-kata itu tidak perlu datang dari mana-mana pemimpin... memadai ianya datang dari setiap suara hati orang Melayu...
##Isu MB Selangor dan kebocoran whatsaap dr zuhdi serta sikap ugutan DAP mewajarkan PAS mengambil peluang keluar dari pakatan haram dan sekaligus mengambilalih peranan umno yang gagal memimpin Islam dan melayu.


Siapa Dalang Dalam PAS lebih mudah dikenalpasti - kena dibersihkan

Sesuatu yg menarik dalam isu penggantian MB Selangor dari Khalid kepada Wan Azizah ialah secara terbuka tidak ada percanggahan pendapat di kalangan pemimpin PKR itu sendiri, solid di belakang Anwar, begitu pemimpin2 DAP yg terus menyokong Anwar - secara senada mereka juga melahirkan kebimbangan atas pendirian awal Hadi dan seterusnya mengutuk dengan keras akan niat PAS Selangor untuk bekerjasama dengan UMNO merampas kuasa pentadbiran negeri dengan mengekalkan khalid sebagai MB.

Berbeza di kalangan pemimpin PAS, terdapat dua suara yg jelas iaitu satu menyokong Hadi dan satu lagi menafi secara lembut dng merujuk  itu adalah hanya pandangan peribadi Hadi.

Petanda awal pemimpin PAS mudah dipengaruhi dan Presiden tidak lagi dihormati. Apakah benar pandangan mursyidul am tibai hadi awang hanya kucing kurap pada anwar?

Apakah whatsapp dr zuhdi sengaja dibocorkan untuk memaksa hadi berpusing 360 darjah untuk kembali menyokong anwar sekaligus menyelamat dan menutup maruah partinya drp mempunyai niat untuk bekerjasama dengan umno?

Kalau ini berlaku, nyatalah lim guan eng super tokong !!!

6ANGKA