GST bukanlah langkah yang popular tetapi rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan kelak kerana langkah itu membuatkan ekonomi negara kuat - NajibKenapa ekonomi negara sekarang tak kuat?Siapa Menteri Kewangan sekarang? Anwar @ Hadi ?
Anwar semasa Menteri Kewangan pernah sebut dan mahu laksanakan segera - Najib.
Bila Najib akui tidak popular, bermaksud ia membebankan rakyat. GST adalah neraka bagi rakyat miskin.
Dan rakyat yang berada dalam neraka akan berterima kasih kepada kerajaan kerana kewangan negara kukuh atas kertas !!! (?)
SIAPA RAKYAT MISKIN TERSEBUT?
Ingat lagi zaman paklah, petrol dinaikkan dengan margin besar konon untuk kerajaan sediakan frasarana pengangkutan yang lebih baik - habuk pun takdakk...berapa ribu kali rakyat nak ditipu !! Rakyat didahulukan - lancaucincau.
So what Najib kalau ekonomi kerajaan kuat? Bila tu?
Kalau akan kuat pada 2020..tak ada maknanya..UMNO dah bungkus ma,sa tu..2018
Rakyat tak peduli siapa yang sebut dulu, Anwar atau Mahathir atau Rosmah atau Azizah? - jika itu satu yang sangat membebankan rakyat bawahan ia wajar tidak dilaksanakan, cari kaedah lain, itulah tugas PM.
Penekanan cukai harus ditumpu kepada kekayaan yang berlebihan dan ketirisan pungutan cukai dan penipuan mengelak cukai oleh ikan jerung...bukan kejar dan heret rakyat ke mahkamah yang tidak bayar cukai dua ribu ringgit atau denda gila pada yang sekadar tidak hantar borang.
Rakyat bukan patung mainan untuk direbut oleh pemimpin, siapa sebut dulu, siapa dapat dulu, siapa main dulu..
Lebih baik Najib berterus terang - GST adalah pungutan cukai yang paling berkesan untuk negara bayar hutang disebabkan sikap boros Najib !!!
# Dengan begitu banyak kegagalan, kalau sekarang saya PM, saya dah letak jawatan - Mahathir
Tentunya saranan Tun bukan kepada Najib, cuma kepada kepada siapa yang jadi PM sekarang !!


.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)


