Thursday, October 23, 2014

Bukan sahaja Anwar, Melayu pun dah bosan dengan Najib..boleh terima ke tidak realiti itu...

Kaum cina sedang ghairah berpolitik bertuankan DAP terutama sedang gigih merencanakan strategi do or die dan berusaha untuk menjadi kuasa utama, dominan memerintah negara.

Pada masa yang sama parti berteraskan Melayu seperti UMNO, PAS dan sedikit di PKR sedang berdrama dan menggelusur turun prestasi mereka. Pemimpin ketiga parti sudah hilang integriti, kalau tidak pun masih di sindrom menafikan atau syok sendiri.

Adalah lebih baik ahli dan penyokong parti-parti tersebut memberi fokus yang secukupnya untuk membetulkan dalaman parti masing-masing daripada sebok membuat provokasi dan memburukkan parti lawan.

Jika mereka berterusan kegilaan kuasa yang melampau, tamak dan haloba harta dunia, Islam hanya jadi kosmetik, lupa diri, lupa cermin diri, rakyat menjadi bosan dan akhirnya orang Melayu menarik diri dan hilang minat kepada siasah semasa yang mengakibatkan pemulauan atau kebingungan untuk mengundi apabila sampai masanya.

Inilah saat dan ketikanya, musuh cukup suka. Mereka juga bukan sahaja rasis tetapi pengikut kristian yahudi yang sedang membilang hari.

Wednesday, October 22, 2014

Najib lebih bagus tanpa arahan sesiapa


Azmin hanya akan jadi MB yang bagus jika dia tidak menerima arahan dari sesiapa...begitulah lebih kurang saranan Dr Mahathir dalam pandangannya terhadap Azmin...

Apakah Dr Mahathir sarankan yang sama kepada semua Ketua Negeti di Malaysia atau sekadar kepada Azmin sahaja (?)

Sudah tentu sewajarnya Dr Mahathir tidak campurtangan terhadap Mukhriz dalam urusan pentadbiran di negeri Kedah...cuma untungnya Mukhriz dia sudah tentu boleh mendapat nasihat percuma jika perlu...

Apakah juga bermaksud Najib juga akan jadi PM yang bagus jika tidak menerima arahan dari sesiapa... termasuk darinya {Mahathir} (?)

Apakah teguran Mahathir diklasifikasikan sebagai arahan (?)

Arahan sesiapa..kepada Azmin bukan semestinya dari Anwar sahaja..mungkin ada dari orang lain (?)
Arahan atau teguran.... kepada Najib bukan semestinya dari Mahathir sahaja...mungkin ada dari orang atau pihak atau kuasa lain...(?)

Arahan tersembunyi jika ada tentu lebih merbahaya jika rakyat tidak mengenalpasti siapa dan dari mana...
Arahan rakyat atau suara rakyat sudah tentu kurang laku terutama ketika di luar musim pilihanraya...

Ahmad Maslan dan Shahidan Kassim perlu jawab...inilah masanya

Isu senggolan Rosmah terhadap Najib sudah jadi viral...

Seperti biasa adalah sukar untuk mendapatkan komen PM melainkan diam.. Rosmah sendiri memerlukan rakyat bersabar untuk penasihat menyiapkan skrip terbaik.

Inilah masanya tugas dan tanggungjawab Shahidan dan Ahmad Maslan tampil untuk menyelamatkan keadaan kecuali difikirkan remeh temeh.
Kj, Nazri, Hassan Malek jika ada idea terbaik boleh turut mencelah.

Tuesday, October 21, 2014

Senggol senggolan...

Kalau tak mau letak jawatan...
Berehatlah....
Atau ambik MC...

Jangan malukan kaum...

Monday, October 20, 2014

Perangai bangsat...

Pelik benar bila masalah dalam kain sendiri, dibawa ke pengetahuan sampai ke Astolia.. burukkan negara sendiri selepas tak laku dan hilang pengaruh di negara sendiri...

Atau sebenarnya nak cari suaka politik di sana...lebih bebas bergay..

Mana PM ?

" Kita ada Perdana Menteri macam tak ada Perdana Menteri "

Sunday, October 19, 2014

ISU sahaja pun Melayu dah lemas...

Dari isu anwar..
ke isu dyana
now ke isu pegang anjing..

isu-isu lama
akta hasutan
sekolah vernakular
isu biasiswa
isu muflis
isu rezab melayu

tenggelam..

kemudian recyle....
Melayu akan pupus ditelan isu sebelum sempat berperang.





#
Isu pegang anjing - masyarakat dan bijak pandai ugama serta pemimpin asyik kritik keterlanjuran dan jahilnya sekumpulan kecil masyarakat Islam tetapi di mana penyelesaiannya....
Kenapa tak buat satu majlis penyesalan dan taubat dengan menjemput mereka secara terbuka..satu contoh dan tauladan yang lebih berkesan.
Ini menunjukkan Islam itu sangat sempurna cuma penganutnya sahaja yang khilaf.

6ANGKA