Sekaligus membuktikan amerika dan sekutunya Israel langsung tidak terlibat dengan kehilangan qz8501, ia lebih mirip kepada masalah cuaca.
Kesimpulannya juga keakraban dan kemesraan Najib Obama menunjukan tiada kemungkinan langsung amerika dan Israel turut terlibat dalam mh370 Dan mh17 MAS yang lalu.
Kehilangan tiga pesawat dalam setahun di Malaysia akan jadi alah bisa tegal biasa - tahap ke arah negara maju.
Mana mungkin dua sahabat yang baik seperti Obama untuk sabo kawan baiknya seperti Najib.
Oleh itu apabila Najib mengutamakan hubungan diplomasi dengan amerika melalui permainan golf adalah sesuatu yang rakyat sangat faham bahawa itu sangat penting untuk kebaikan negara, rakyat dan pemimpin itu sendiri.

Kecuali Mahathir, semua bekas PM yang lalu kakigolf, TPM kini juga hebat golf - ini menunjukkan tahap diplomasi mereka sangat tinggi. No wonder Mahathir tidak diminati !!!!
Apa itu hubungan diplomasi? Apa yang dibincangkan ? - sesetengah rakyat seperti penerima BRIM tentunya kurang ariff dengan istilah tersebut.
Apakah soal dan hal serta isu seperti Anwar dan desakan Mahathir dan penarikan balik sokongan merupakan antara intipati yang dibincangkan dalam hubungan diplomasi tersebut antara najib dan obama !







