Kemaskini 7.12pm 1902 Tahun Baru Cina.Kesimpulan Tulisan Dibawah:
Menyokong Pembangkang dan menjadikan mereka kerajaan bukan satu dosa jika kerajaan sekarang lemah.
Sokongan kepada kerajaan bukan sokongan membawa rebah, sokongan secara borong dan membuta tuli kepada pemimpin yang lemah hanya memusnahkan negara.
Dalam UMNO masih ada pemimpin yang BERKEBOLEHAN jika diberi peluang.
Sebagai contoh: Muhyiddin merupakan antara Menteri yang mampu menjalankan tugasnya secara berkesan samada semasa menjadi MB Johor atau Kemeneterian-Kementerian yang pernah dipegangnya.
Untuk Pembangkang Menjadi Kerajaan mereka perlu tunjukkan bukti mereka lebih kuat, lebih jujur, lebih ikhlas dan lebih berkualiti dari kerajaan sekarang - jika tidak, mereka mimpi syok sendiri.
.......................
TULISAN ASAL:
Bagi mereka yang mahu Najib berundur atau berubah....pembangkang perlu dikuatkan.
Jom kita mulakan tekad sokong pembangkang dengan satu syarat "mereka tidak bercakaran sesama sendiri dan pemimpin mereka tolong berhenti berfikir menggunakan kepala lutut".
Lantiklah kalangan kamu yang bersih dan bukan "bersih". Ketua Pembangkang mesti jauhi sifat penipu pembohong auta.
Lim Kit Siang sudah lapuk - tolong nyah !!!
Lupakan Anwar dan anak beranaknya - sendiri berani berubah dan cakap serupa bikin sebelum minta UMNO berbuat demikian.
Bekas wartawan (gambar hiasan) - apa yang mereka bincangkan...




