Thursday, March 5, 2015

1MDB Zahid lambat sedar..

Ada usaha terancang untuk menyerang 1MDB...Zahid Hamidi.

Benar tu Dato'... Usaha terancang bukan sahaja atas 1MDB tetapi boleh dikatakan pada semua perkara..

Itu bukan sesuatu yang tidak normal di negara ini malah kerajaan juga selalu merancang untuk menyerang pihak lawan. Adakah Dato' mahu nafikan UMNO juga merancang untuk melemahkan PAS, PKR dan DAP (?)

Mungkin jauh lebih dari itu, masing-masing cuba sabotaj sesama sendiri..

Untuk itu kerajaan sudah tentu perlu menyediakan pelan tindak balas atau penjelasan demi penjelasan menjawab tohmahan dan sepanjang diketahui persaolan kepada 1MDB lebih kepada pelbagai saolan. Adakah bertanya juga dikategorikan sebagai menyerang dan fitnah (?)

Dengan tidak menjawab saolan, bukankah itu memberi ruang kepada sesiapa jua untuk melipatgandakan usaha menyerang secara terancang.. (?)

#Dato'..ada saolan tambahan: Adakah Odit Negara salah satu cara menghalalkan kesilapan dan mencari kambing hitam yang sudah dilepaskan.

Nurul Murung: Kawalan Penjara Longgar...KDN perlu ambil perhatian..


Berita sebenar belum diketahui, tetapi pihak yang menyerang Anwar dikenalpasti.....
CCTV di bawah menunjukkan suspek...mirip siapa?













Add caption

Wednesday, March 4, 2015

Anjing Dengan Kucing..


Apakah mereka ini akan berpegang dan kembali kepada tali Allah...

Shabery Chik kebiasaannya mungkin boleh menjemput untuk mereka untuk berdebat di kaca TV dan dipengerusikan...

Monday, March 2, 2015

Najib wajar bimbang tentang nasibnya sendiri..



Antara Wajah Terbaharu Najib di Majlis Perpaduan Melayu - kredit untuk Jinggo-Fotopages - 28/2/2015

Jangka 20 ribu yang hadir tetapi sekitar 8-10 ribu sahaja tanpa NGO tonggak Melayu utama seperti PERKASA, ISMA.

Bagaimana mahu dikatakan tentang perpaduan Melayu kalau mahu satukan UMNO dengan PERKASA dalam satu majlis sebegini pun tidak mampu.

Najib patut bimbang tentang nasibnya sendiri... Nasibnya perlu dianggap sebagai pengorbanan  jika mahu Melayu lebih bersatu. Walaupun ini bukan satu jaminan sekurang-kurangnya Najib wajar melakukan tindakan yang betul.

 https://helenang.wordpress.com/2015/03/03/tick-tock-tick-tock-najibs-days-are-numbered/

Sunday, March 1, 2015

Dalam PAS ada "barua"...dalam UMNO...clear

Memang seronok ataupun sebenarnya apa perasaan kita (?) tentang antara  perkara yang heboh diperkatakan sekarang ialah pendedahan Nik Abduh tentang ujudnya "barua" yang ingin memisahkan corak pemikiran Hadi dan Nik Aziz atau amnya memecahbelahkan PAS untuk kuasa dirampas (?)

Apapun itu belum lagi disahkan ada kebenarannya dan sudah tentu dinafikan oleh pihak yang dilabelkan "barua" sebaliknya yang membuat dakwaan itupun tentunya dilabel "barua" juga.. Umumnya kita kena faham.. di penghujung perselisihan ini...antara mereka akan dipanggil "Barua DAP" dan "Barua UMNO"...

Melentinglah pulak puak dan pecacai UMNO dan DAP...yang akhirnya meneggelamkan isu sebebenar dalam PAS dan di sana pi mai pi mai tanggu lah jugak..

Persaolannya, sebahagian kepimpinan PAS sudah sedar ujudnya situasi ini antara mereka, bagaimana untuk diselesaikan adalah lebih penting kerana penyelesaian bererti mereka akan berpecah dan bertambah lemah !!!

Dalam DAP pun ada dajai, tapi kecik...Lim Guan Eng kentut pun, hilang virus ni..

Dalam UMNO bagaimana !!!
Ohhh...Dalam UMNO boleh kata tak ada langsung..
Kalau ada pun...yang dok suruh Najib berundur !!!???
 

Saturday, February 28, 2015

Melayu bimbang tidak pada tempatnya...

Bimbangkah kita kalau Melayu hari ini tidak bersatu..


Tidak bersatu di bawah panji pemimpin yang liwat
Tidak bersatu di bawah kepimpinan yang korup
Tidak bersatu di bawah kepimpinan ulama politik yang sesat
Tidak bersatu di bawah kepimpinan anak beranak
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang kencing rakyat
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang tunduk
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang banyak kepentingan peribadi


Rugi ke Melayu kalau tolak pemimpin garet umpama pelacur dan jalang
Parah ke Melayu kalau menjauhkan diri dari pemimpin alat dan kuda tunggangan
Rosak kah Melayu Islam kalau tidak mengikut pemimpin yang merubah kiblat
Melayu tidak derhaka kepada pemimpin yang mengkhianati dan hipokrasi

Pemimpin mana, apabila mereka berselisih telah kembali kepada Al Kitab, Al Quran (?)
Solidariti untuk apa (?) al kocek al saku (?)

Bila, kenapa, di mana Melayu perlu bimbang...
Kita perlu bimbang apabila tidak bersatu menentang kemungkaran...
Kita perlu bimbang apabila pakar-pakat sokong dan bodek ke arah kemudaratan..

pEMIMPIN mENCONGAK sOLIDARITI

8hb Mac..Usaha Solidariti dari Ketua-Ketua Bahagian UMNO kepada Najib...

Majlis Perpaduan Melayu
28 Februari...


 

Angin tak ada, ribut tak ada.......memang cuaca panas sekarang ni......boleh goyang  !!!!!

Sejarah menunjukkan apabila "masa" sudah sampai, memberi tanda turun..... Perancangan Allah lebih baik....doa rakyat lebih termakbul.

Solidariti kepada Anwar juga gagal sama sekali....

Pemimpin yang lemah memerlukan solidariti dari segi kosmetik perhimpunan... Pengaruh dan Pangkat sudah tidak mempunyai kuasa..

Pemimpin yang gagah akan terus bersuara walaupun sudah tidak ada jawatan dan kuasa...

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...