Monday, March 2, 2015

Najib wajar bimbang tentang nasibnya sendiri..



Antara Wajah Terbaharu Najib di Majlis Perpaduan Melayu - kredit untuk Jinggo-Fotopages - 28/2/2015

Jangka 20 ribu yang hadir tetapi sekitar 8-10 ribu sahaja tanpa NGO tonggak Melayu utama seperti PERKASA, ISMA.

Bagaimana mahu dikatakan tentang perpaduan Melayu kalau mahu satukan UMNO dengan PERKASA dalam satu majlis sebegini pun tidak mampu.

Najib patut bimbang tentang nasibnya sendiri... Nasibnya perlu dianggap sebagai pengorbanan  jika mahu Melayu lebih bersatu. Walaupun ini bukan satu jaminan sekurang-kurangnya Najib wajar melakukan tindakan yang betul.

 https://helenang.wordpress.com/2015/03/03/tick-tock-tick-tock-najibs-days-are-numbered/

3 comments:

  1. Esok Pasti Tiada

    Tak dapat dinafi tak dapat disanggah
    Kepimpinan Najib teramatlah lemah
    Walaupun tujuh amanat digaris sudah
    Melayu dan islam masih dihina difitnah

    Menteri KDN Najib sangatlah lesu
    The best Rhetoric King Zahid namanya
    Bila bercakap bergegar bumi melayu
    Disergah dek musuh kecut maaf dipinta

    Menteri KPM Najib lembik tindakannya
    MH 370 ke Beijing malangnya hilang
    Wajib koroborasi kuasa besar dunia
    Takut yahudi amerika datang menyerang

    Sedih mengenang peguam negara
    Membisu memekak juga hanya memerhati
    Penghina pemfitnah dibiarkan berleluasa
    Musuh senyum tiada apa yang ditakuti

    Malangnya hidup di negara Malaysia
    Kuasa yang ada namun tak digunakan
    Membantu nasib sebangsa dan seagama
    Seolah-olah Melayu dan islam satu bebanan

    Kalau Esok Masih Ada aku pasrah dan rela
    Walaupun Menanti Hari Esok amatlah seksanya
    Percayalah wahai melayu islam semua
    Melihat semasa sejujurnya Esok Pasti Tiada

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Aikkkk, kan ker Najib telah berjanji bulan dan bintang????

    ReplyDelete
  3. Salam tn. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM

    ReplyDelete

6ANGKA