
Ucapan di UMNO Kedah, siapakah yang Najib maksudkan "jemuan-jemuan" dalam UMNO..."
Bagi Najib menghapuskan musuhnya dalam UMNO lebih penting dari pembangunan rakyat Kedah..
Najib berkata usaha mengeluarkan UMNO daripada dibelenggu elemen ‘jemuan’ dan ‘tukang kipas’ yang menggugat perpaduan parti adalah penting.
Sudah tentu jemuan-jemuan ini mengganggu pemikiran Najib !!! Mereka cukup berkesan..sehingga menjadi keutamaan Najib.
“Ia lebih penting daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau cadangan convert loan (menukarkan pinjaman kerajaan Kedah) kepada geran, walaupun ia tidak kurang mustahaknya. Kalau bersatu dengan suara sepasukan, insya-Allah, UMNO akan terus menang, itulah ramuannya,” katanya.
Asal:
Perjumpaan tertutup Najib dengan 153 Ketua Bahagian UMNO tanpa kehadiran antaranya Muhyiddin dan
Mukhriz bagi menunjukkan "kekuatan" menimbulkan pelbagai persepsi.
Pertama, kenapa Muhyiddin dan Mukhriz tidak bersama kerana kedua pemimpin ini memang mempunyai keperluan yang kuat untuk menunjukkan tidak ada perbezaan di kalangan pemimpin UMNO, adalah kurang logik mereka tidak bersama atas urusan lain sedangkan perjumpaan itu sangat penting untuk menunjukkan soldiariti kepada Najib.
Samada tarikh itu dipilih untuk meminggirkan mereka atau memang sengaja kebetulan Muhyiddin dan Mukhriz mencari tugasan lain pada tarikh itu. Ini semua meninggalkan persepsi yang sepatutnya tidak diujudkan..
Kena juga diingatkan bahawa kehadiran 153 Ketua Bahagian itu atas nama solidariti kepada Najib hendaklah diterima sebagai kulit sahaja. Jangan memperkecilkan sebahagian Ketua Bahagian yang hadir kerana mereka juga mempunyai prinsip, agenda dan strategi masing-masing yang mungkin ditunjukkan apabila sampai masanya nanti.
Najib menang Presiden UMNO bukan atas pertandingan tetapi lebih kepada persetujuan bersama pada masa itu dalam lain perkataan memberinya peluang. Oleh itu tidak jelas setakat mana dia mendapat sokongan ahli UMNO dan Ketua Bahagian.
Serbaik sahaja selesai solidariti tersebut, Tun Dr Mahathir melalui blognya telah menulis sesuatu tentang 1MDB dan kesannya blog tersebut telah tidak dapat dilayari atas faktor-faktor kemanusiaan yang disengajakan !!!??
Bererti pertentangan terbuka masih berterusan dan sudah tentu Mahathir tidak keseorangan dan pasti pembangkang akan mengambil kesempatan. Persaolannya kenapa Najib dan team tidak bersemuka dengan Mahathir menyelesaikan once for all atau sememangnya TDM seseorang yang sukar difahami, buat perangai dan keras kepala !!!
Apapun, kebijaksanaan bergantung kepada Najib sebab dia yang menjadi fokus sekarang.