Saturday, April 4, 2015

Integriti PDRM makin tercalar...


Calling IGP ‘liar,’ Sirul says never met Malaysian cops in Australia - Malay Mail Online - Malaysia Today.

 

Jika berita ini benar, bertambah parah lah jika pihak yang menegakan undang-undang dan wajib berkecuali tercalar integiriti !!


Any komen form Zahed !!

Friday, April 3, 2015

How To Correct Mahathir...

Tidak ada isu politik yang lebih hebat sekarang ini dari semuanya tertumpu kepada Najib..

Semasa Mahathir tidak berada di dalam negara lebih kurang tiga mingu yang lepas, Najib dan panglimanya seolah sudah bangkit dan menawan semula, menang di fikiran mereka.

Isu hudud hampir tenggelam,  isu GST sedang panas, rupanya ada yang lebih panas dari itu - kalau tidak berubah air muka, kalau tak pening kepala tak tahulah apa nak kata..

Ia menjalar naik kepada isu peribadi, satu pertanyaan yang menjadikan persepsi bertambah rancak dan sukar untuk dikawal lagi.

Ia bukan sekadar kena batang hidung Najib tetapi juga Ketua polis Negara dan Peguam Negara..apa respon mereka !!! yang selalunya KPN mampu menangkis pendustaan dan serangan pembangkang. Bagaimana kali ini (?)

Sejauh mana pengakuan Sirul itu benar dan ada dibuat, atau hanya sekadar khabar angin. Kalau pun Sirul tidak dapat dibawa pulang tetapi sekadar menyiasat atau ambil kenyataan tentunya tidak dihalang oleh pihak berkuasa Australia atas hubungan akrab yang terjalin sejak MH370 (?)

Samada Najib berundur dengan tekanan terbaharu Mahathir adalah satu topik lain. 

Tetapi soal integiriti PM dan UMNO sudah terlanggar tembok, bagaimana harus dibersihkan dan mengembalikan kepercayaan !!


Persaolan juga timbul kenapa pembangkang tidak mengambil kesempatan ini untuk menjuarai isu dan memberi tekanan hebat kepada Najib. Apakah mereka lebih bimbang jika Muhyiddin mengambilalih dan menjadikan halangan kembali besar untuk mereka tawan Putrajaya (?)

Dan persaolan yang lebih besar adakah Najib merasakan dia memang ada melakukan kesilapan dan sedang memperbaikinya atau bagi Najib apa yang dibuatnya betul belaka.

Jika kesilapan dan ketidakfahaman itu adalah atas Tun Mahathir sendiri, bagaimana Najib mahu membuat correction (?)

Wednesday, April 1, 2015

GST - Sakitnya Tuh Aku Di Sini

Senohong Siakap Gelama Ikan Duri
Menteri Kalau Rajin Bercakap Bohong
Memang Ada Potensi Jadi Pencuri

Senohong Siakap Gelama Ikan Duri
Pembangkang Kalau Selalu Bercakap Bohong
Memang Ada Hajat Nak Mencuri

Senohong Siakap Gelama Ikan Duri
Blogger Kalau Asyik Tulis Cerita Bohong
Memang Untuk Syok Sendiri

GST - Sakitnya tuh Aku Di Sini..
Siapa yang selingkuh...siapa yang curang..

Tuesday, March 31, 2015

Ahmad Maslan dan Hassan Malek tidak sejiwa

Ahmad Maslan kata kerajaan dah kaji GST bertahun lamanya sebelum dilaksanakan...GST akan menurunkan harga barang...
Malek Hassan kata kementerian tidak cukup penguatkuasa mengekang kenaikan harga...

Begitulah nasib rakyat Malaysia..

Sunday, March 29, 2015

DAP Kedah sifatkan Lim Guan Eng "palat"..

DAP terlalu dan terlebih demokrasi kah sehingga DAP Sarawak mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PAS tanpa menghirau keputusan DAP Pusat yang sekadar memutuskan hubungan dengan Hadi. Adakah langkah mereka atas keputusan sendiri atau atas arahan Lim Guan Eng (?).

Jika kita mahu menerimanya sebagai demokrasi tulin, kebebasan membuat keputusan, perkara ini mungkin ada kebenarannya jika kita melihat keputusan DAP Kedah yang menempelak Lim Guan Eng sebagai bengong dalam membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi. Bagi DAP Kedah, DAP hanya perlu menolak ususl persendirian Hudud PAS di Parlimen dan bukannya memperbesarkan isu.
 
"Dia (Lim) patut ada semangat Pakatan Rakyat (PR), jangan terburu-buru sebab dia perlu ambil kira penyokong PR pelbagai kaum yang banyak beri sumbangan," kata Law.

"DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi," - Law

Lim Guan Eng sekadar mempamirkan ego dan bodoh sombongnya serta kemarahan amat sangat apabila Hadi tidak dapat dijinakkan sepertimana dia dapat menjinakkan sekor dua PAS ke kandang ternakannya.
Bagi Lim, selepas Anwar tiada, sudah tentu dialah yang paling bagus dan paling ditakuti (?)

Bagi pengundi DAP, inikah jenis manusia yang anda sokong !!! Adakah ini jenis manusia yang rasional dan cerdik (?) Inikah jenis yang boleh harmoni dalam negara pelbagai kaum (?) Inikah jenis yang boleh dibawa berunding (?) dan bagi rakyat Pulau Pinang, adakah sudah tidak ada seorang Cina pun di Pulau Pinang yang boleh dipakai sehingga terpaksa menerima si palat ini yang licik dan tidak setiakawan (?)

# Palat-buat kesilapan atau berperangai teruk hingga orang lain menyampah

Kalau beras naik, kita makan pizza hari-hari

Harga barang naik mencanak sana sini - kita tidak perlu bimbang, kita ada Najib dan Ahmad Maslan.

Jangan buang masa dengan komplain lebih - Hassan Malek kan ada...

Kita sepatutnya bersyukur, walaupun harga naik, harga kita lebih murah dari negara-negara lain di dunia...

Lebih penting, rakyat perlu berhemah dalam berbelanja, ubah style, gaya hidup...kalau beras naik, kita makan pizza hari-hari...

GST untuk rakyat kepada rakyat....

<<<<<<< Kalau nak makan free...pun PDRM tak pernah kedekut walaupun digelar anjing...Rafizi pun dijamu KFC

Friday, March 27, 2015

Kita kategori bodoh atau taksub dalam menyokong atau membangkang..

Dalam kepelbagaian isu sekarang ada dua situasi yang menjadikan rakyat dan kerajaan berbeza. Dibezakan dengan jurang yang besar atas faktor politik yang sepatutnya sudah reda atau boleh duduk semeja secara rasional dan harmoni dalam menguruskan sebuah negara. Kerajaan dan pembangkang saling memerlukan untuk membina negara ini. tetapi ini tidak berlaku sekarang kerana masing-masing layan kepala sendiri.

Selepas pilihanraya umum, negara wajar diurus berdasarkan fakta dan realiti.

Sekali lagi, tuduh menuduh berlaku yang tiada kesudahan...

Sebagai orang atas pagar, perbezaan dilihat kepada dua situasi tanpa mengira samada mereka kerajaan atau pembangkang tetapi disatukan menjadi orang politik dan pemimpin.

Samada mereka sedang memperbodohkan penyokong yang taksub atau sebenarnya rakyat Malaysia rata-ratanya memang bodoh sombong.

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...