Saturday, April 4, 2015

Integriti PDRM makin tercalar...


Calling IGP ‘liar,’ Sirul says never met Malaysian cops in Australia - Malay Mail Online - Malaysia Today.

 

Jika berita ini benar, bertambah parah lah jika pihak yang menegakan undang-undang dan wajib berkecuali tercalar integiriti !!


Any komen form Zahed !!

21 comments:

  1. Lihatlah apa reaksi Najib bila Tun Dr. Mahathir kritik dengan begitu keras dalam blog beliau pun, reksi Najib tak ubah seperti lembu yang sedang makan rumput, tak ada respon, dia hanya lepas tangan tak mau bertanggungjawab, dia hanya kerahkan para jemuan dan blogger bangang belaannya supaya meracau dan merapu menghentam kritikan Tun Dr. Mahathir dengan komen-komen bertaraf sampah sarap dan najis sahajalah.

    Hingga kini mana ada Najib ulas dan beri penjelasan yang diperlukan mengenai isu-isu yang diutarakan itu sedangkan Barisan Nasional sedang karam kerana masalah yang dibuat oleh Najib itu sendiri.

    Manusia seperti Najib ini sangat gila populariti, gila syok sendiri, gila ampu dan bodek, itulah kesukaannya, jika ampu dan bodek perkara membohong pun Najib akan suka tak terkira. Tapi kalau beritahu perkara benar yang tak mendatangkan rasa syok sendiri kepada Najib, dia akan jadi seperti lembu yang sedang makan rumput, dikritik, dimarahi, dihentam itu dan ini pun, tak akan ada respon, inilah Najib yang sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulke Najib tak jawab?

      Stail Pemerintahan Najib mudah dibaca sebagai pemimpin yg berpegang kpd intergriti...(ingat ya masa PRU najib menandatangani ikrar intergriti
      http://www.sinarharian.com.my/pm-tandatangani-ikrar-integriti-pilihan-raya-transparency-international-1.133012

      Jadi apa maksudnya..Mudah kata kalau ada Isu bawa ke Mahkamah ,SPRM, Jawatankuasa Kabinet.,.Majlis tertinggi UMNO dan sebagainya.

      Masalah Altantuya apa yg Najib perlu Jawab? Mahkamah kan ada?
      1MDB bukankah SPRM ,Audit dan PAC sedang buat kerja?

      Najib bukan jenis suka jatuh menjatuhkan itu stail TDM. Kalau dilihat zaman TDM memang terkenal dengan sepak terajang dan jatuh menjatuhkan.UMNO semakin kukuh dan stabil.Tiada lagi isu jatuh menjatuhkan hanya kedengaran dikalangan pemimpin-pemimpin lama.

      Delete
  2. Berhubung kes Sirul Azhar berkaitan kes Altantuya, apakah motif yang menjadi keperluan Sirul dan Azilah untuk membunuh Altantuya? Isu ini tak pernah dijelaskan dengan betul.

    Jika Najib terus bersikap seperti lembu sedang makan rumput dan hanya membiarkan para jemuan dan blogger bangang belaan Najib membuat penjelasan yang merapu dan tunggang langgang, maka isu ini akan makin merosakkan Barisan Nasional, kalau Najib nak rosakkan dirinya lantaklah, tapi bila dah melibatkan Barisan Nasional, itu dah melampau.

    Kau blah la Najib, makin hari makin teruk dan makin haru biru serta carca marba. Majoriti rakyat tak boleh menerima PKR, DAP dan PAS sebagai kerajaan negara ini sebab prestasi buruk mereka, tetapi janganlah kerana disebabkan Najib buat onar, maka Barisan Nasional pula yang ditumbangkan oleh rakyat hignga PKR, PAS, dan DAP berkuasa di negara ini dalam PRU 14 kelak.

    Sekarang Tun Dr. Mahathir dah tak dapat nak berdiam diri dengan sikap buruk Najib, jangan sampai kerana sikap buruk Najib menyebabkan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 kelak, maka ada orang baling taik dan air kencing kepada Najib dan keluarga kelak kerana geram dan sakit hati atas perbuatan haram jadah Najib selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg Najib perlu lakukan..panggil balik Sirul bagi semula hak bercakap di mahkamah?

      Adakah perlu Najib paksa Mahkamah ikut tellunjuk TDM agar jelaskan siapa yg mengarahkan Sirul?
      atau bagaimana?

      Inilah mentaliti rakyat Malaysia yg sebahagian besar masih suka membuat berbagai-bagai persepsi...Ingatlah kalau bukan TDM bersuara isu Sirul tentulah sudah menjadi lawak jenaka dikalangan blogger pro ketuanan Melayu.
      Tetapi TDM memang bernasib baik kerana rata2 blogger pro ketuanan Melayu berpegang pada prinsip jgn hancurankan Teman seperjuangan kalau tidak... entahlah habis ranap..

      Ingat ya jangan pandang sebelah mata dan menggunakan bahasa jijik pada blogger pro ketuanan Melayu..Lihatlah bagaimana hebatnya Datuk Sri Anwar yg terkenal dengan gaya yg memukau hancur dengan gerakan tersusun dan serangan bertali arus hingga terkulai Intergritinya.

      Delete
  3. Bila seorang yang diekspreskan kenaikan pangkat mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pihak yang terlibat mengkepreskannya, apa yang boleh dijangkakan. Maka kita tidak hairan sekiranya apa yang dilaporkan tersebut adalah benar, ada unsur kenang budi atau balas budi yang berlaku. Orang potong barisan mungkin rasa seronok hingga tidak sedar diri dan berbuat seolah-olah dialah yang terbaik. Nak kenang budi atau nak balas budi perlulah berasas kepada kebenaran dan bukan pembohongan. Kita percaya kebenaran akan jelas juga supaya kita tidak terus keliru.

    ReplyDelete
  4. salam,
    semasa kedua polis ditangkap dan dibicarakan, saya berpandangan, mungkin ini kambing hitam. mereka mungkin dijanjikan akan bebas. sebab tu tiada panggilan untuk boss mereka di dalam mahkamah untuk jadi saksi sebagai memberi arahan untuk selesaikan masalah orang awam yang sangat rapat dengan pm yang diganggu oleh wanita warga asing. polis berbaju biru yang lain tak boleh selesaikan tugasan ini, hanya pegawai polis yang rapat dengan pm sahaja yang layak. setakat gangguan wanita warga asing pun kena dapatkan bantuan pegawai polis berpangkat dsp kalu tak silap. tu pun dah jadi pertanyaan. tapi malas lah kita nak kecoh kerana tak ada orang besar yang kecoh pun. jadi kecoh pun isu ni bila sirul berada di luar negara ketika mahkamah persekutuan jatuh hukuman mati, ganti hukuman bebas oleh mahkamah rayuan. tu pun bila akhbar yang berbunyi baru kita tahu. mahpuz bean pulak cekap ambil kesempatan walaupun bodoh. orang cerdik pun tak dapat nak jawab tindakan bodoh mahpuz tu. bila tdm tanya, pakat nak angin satu badan pi belasah tdm.

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum KD ...

    Alamak teruk la KD tak sangka bertambah parah...tetapi doakanlah segala-galanya baik.Susah utk membaca tetapi yakinlah Allah akan menjaga kepimpinan UMNO.

    UMNO sudah melaui berbagai-bagai zaman tetapi Allah maha berkuasa.Allah akan membantu hambanya yang iklas dan sabar.

    KD apa pun yg dibuat jaga UMNO pastikan UMNO menjadi parti memayungi agama dan bangsa kita.Jangan terikut-ikut rentak dengki mendengki dan jatuh menjatuhkan...

    Isu sirul sudah semakin jelas dan siapa dibelakang yang menghantarnya ke Australia.
    KD perang antara kroni sudah semakin marak tetapi percayalah blogger pro UMNO sudah bersedia mempertahankan kerana itulah JIHAD kami.

    ReplyDelete
  6. Elok kalau kita berjihad dan menyokong Pemimpin Islam Yang Benar...

    Salam kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD Pemimpin ditakdirkan oleh Allah ..kau percaya tak Allah lah yg berkuasa memilih kepimpinan.Manusia hanya merancang tetapi Allah menetukan takdirnya?

      KD UMNO adalah parti yg tiada ulamak kerana itulah ahli2 UMNO berpendapat kita boleh saling jatuh menjatuhkan setiap masa dan saat.Bagi ahli UMNO fakta tak penting yg diutamakan persepsi maka cukuplah satu sahaja persepsi yg kuat maka dibolehkan jatuhkan pemimpin.

      BN gagal mendapat majoriti 2/3 bkn kerana PAKATAN kuat tetapi sikap ahli UMNO yg terlampau suka bermain persepsi jatuh menjatuhkan PM. Di setiap bahagian UMNO yg buat kerja utk mendekati rakyat amat menyedihkan ..Tetapi ketua bahagiab dibiarkan tanpa ada usaha menjatuhkan? sebaliknya siapa yg menjadi PM itulah kesukaannya kenapa?

      KD jgn anda ingat andalah penentu kepimpinan UMNO.Siapa cuba mencorak kepimpnan UMNO?
      Kapitalis.
      Daim salah seorang pengatur hebat kepimpinan yg dirancang. Bagaimanakah hubungan beliau dengan Anwar?
      KD tahukah kamu kenapa kedutaan Australia ,UK dan US berdekatan?

      KD malaysia bukanlah negara yg bebas seperti yg disangka tetapi sentiasa menjadi perhatian kuasa besar dunia.Merekalah pencatur segala-galanya cuma kita sedang bermain GAME mereka.
      KD ramai menjadi bidak2 yg sedang dipergunakan..percaya atau tidak?
      Sukar dipercayai tetapi endingnya semakin jelas dan akan berakhir.Insyaallah buatlah semampu mungkin atas dasar kepercayaan anda tetapi sebagai Muslim kita ada jalanya yg sudah ditunjukkan oleh Rasululullah.

      Jadikanlah pedoman bagaimana Rasulullah mengajar sahabat2nya menjaga negara sehingga menawan dunia.

      Delete
  7. Elok kalau kita berjihad dan menyokong Pemimpin Islam Yang Benar...

    Salam kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misteri menyelubungi tragedi udara yang mengorbankan dua orang pegawai kanan Perdana Menteri Malaysia petang tadi apabila saksi melaporkan helikopter tersebut meletup diudara sebelum terhempas.

      Bernama melaporkan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias antara penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih petang ini.

      Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), nama mereka terdapat dalam senarai penumpang helikopter berkenaan.

      “Berdasarkan maklumat awal yang saya dapat daripada DCA, senarai penumpang helikopter ini memang ada nama mereka berdua. Tetapi, kita kena semak lagi selepas bdah siasat (mangsa) dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

      Walaupun pada awalnya media melaporkan helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang akibat cuaca buruk, namun terdapat laporan bahawa helikopter tersebut meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.

      Dakwaan helikopter meletup ini menimbulkan tanda tanya sama ada helikopter tersebut meletup akibat kegagalan mekanikal atau disabotaj pihak tertentu.

      Delete
    2. KUALA LUMPUR 4 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi melakukan siasatan rapi dilakukan terhadap nahas helikopter yang turut membabitkan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

      "Terlalu awal untuk buat sebarang kesimpulan tetapi siasatan komprehensif mesti dikeluarkan," katanya dalam siaran langsung di televisyen, sebenar tadi.

      Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian.

      ‎Terdahulu, enam individu termasuk Jamaluddin dilaporkan terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih pada sekitar jam 4:55 petang tadi.

      Kesemua enam mayat mangsa nahas itu sudah ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu.

      Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas melibatkan helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) tersebut..

      Katanya, pasukan itu akan menyiasat dengan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru.

      "Pasukan khas ini akan membuat tinjauan di lokasi kejadian termasuk mengambil rakaman kokpit dalam helikopter untuk siasatan lanjut," katanya dalam temubual Astro Awani, secara langsung malam ini.

      Delete
  8. Pemimpin turun juga ditakdirkan Allah. INSHA ALLAH jibby akan tersungkur dlm masa teedekat. Yg bathil pasti tumpas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

      مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

      “Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

      “Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57, no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

      “Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memberi wasiat kepadaku supaya patuh dan taat walaupun yang memimpin adalah seorang hamba yang cacat (hina).” (Hadis Riwayat Muslim, 9/367, no. 3420)

      Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau, “Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata, “Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah, “Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu, berpuasalah kamu pada bulannya, tunaikanlah zakat dengan harta kamu, berbuat baiklah terhadap diri kamu, dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)

      Delete
  9. Satu aku nk tanya kenyataan tun."sirul pernah kerja dgn tun, dan masa kerja dgn tun sirul tak pernah bunuh sesiapa". Pernahkah tun terfikir bahawa persekitaran, peluang, nafsu boleh berubah. Adakah jika sirul berkerja dgn najib, bila sirul bunuh org maka wajib najib yg arah? Mahkamah yg bicarakan sirul tun letak bawah kakikah? Tun dh tak pandai menghormati institusi kehakiman? Selama perbicaraan berlangsung, berapa kali nama najib disebut sebagai tukang arah bunuh altantuya? Aku bukan pro najib sbb najib lemah dlm soal pentadbiran dan gila glamour. Tapi aku tak faham negarawan mcm tun boleh terperangkap dgn cerita bodoh mahfuz omar. Kritiklah najib ikut fakta. Imdb, br1m, isa, akta hasutan dsb semua adalah kerana lemahnya najib. Tapi bila gunakan isu altantuya utk serang najib oleh negarawan ulung spt tun, aku terfikir adakah tun sudah nyanyuk atau melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun bukan pertikai keputusan mahkamah la anon 11:24.
      Dah mahkamah jatuh hukum, nasib diorang 2 ekor kambing itam lha. Salah tetap salah.
      That the facts. Nobody argued.
      Tun cuma tanya, SIAPA YANG ARAH?
      Sebagai bekas PM, saya rasa tun masih punya access dan mendapat maklumat tertentu,
      Berbanding dengan kita, yg hanya mendapat maklumat drpd media dan internet.
      Semuanya hanya dengar 'cakap cakap', takde kredibiliti sources.
      Dalam platform politik, pertanyaan Tun tu dianggap sebagai serangan politik, bukan serangan peribadi.
      Bila serangan politik, kalau berjumpa dengan ko misalnya, aku masih bleh salam dan berbual dgn ko,
      xder hal lha, samada plastik atau tidak, itu tidak penting.


      Delete
    2. encik krenggge, thanks kerana respon isu yg aku utarakan.
      tanya sikit lagi boleh. tun tanya 'SIAPA YANG ARAH'. agak2 ko la, soalan tu tun tuju pada siapa? najibkah yang kena jawab? sebagaimana yang ko sebut sendiri, tun punya banyak akses untuk mendapatkan maklumat. sepatutnya soalan itu diutarakan di mahkamah. adalah malang seorang mantan pm yang bertaraf negarawan ulung masih mempertikai keputusan mahkamah yang 'tidak menyebut siapa yang arahkan sirul azhar dan azilah membunuh altantuya'. kenapa tun menyebut perkara ini di luar mahkamah? orang yang paling wajar menyebut siapa yang arah sirul dan azilah membunuh altantuya ialah mereka berdua bersama para peguam mereka. soalnya adakah perkara itu disebut? jika tidak, kenapa? adakah para hakim, pendakwa, peguambela malah si tertuduh telah dibayar oleh najib agar tidak menyebut namanya dalam perbicaraan? kalaulah tun, seperti yang ko cakap banyak akses maklumat, bukan macam kita yang bergantung kepada maklumat sekunder patutnya tun tak perlu tanya 'SIAPA YANG ARAHKAN ALTANTUYA DIBUNUH?'.

      Delete
    3. "Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin... pasal terlalu banyak skandal dan dia tak dapat jawab,"

      Dengar baik-baik tu...
      "Kalau dia nak selamat" - ada unsur ugutan, ingatan dan amaran..
      "banyak skandal" - oohhh banyak hal, bukan satu dua je...

      Tak ape lah, kita anggap Tun bergurau je, omong kosong !!!

      Delete
  10. Salam
    Perbicaraan sirul n azilah tertumpu kpd pembunuhan. Bila dah salah, org tanya la sapa yg arah pasal polis ikut arahan. Bukan terus pi bunuh. Ada arahan dulu. Ni bkn polis biasa, body guard pm bro. Tahap tinggi punya prestasi. So tdm tanya, sapa arah, krn polis ni tak bunuh kalu tak diarah.

    ReplyDelete
  11. tun m adalah d antara ramai (termasuk pakar undang2) yang bertanya perkara yg sama. MOTIVE ?????

    saya yg tiada 'legal background' merasakan bahawa pihak pendakwa; pihak pembela dan makhamah tidak serious utk meyelesaikan kes ini secara rapi dan professional.

    pertanyaan tun m amat 'valid'. SIAPA YG MENGARAH?????.

    ReplyDelete
  12. Anon 02:08:00
    Saya rasa, anda dah bley pikir pertanyaan anda sendiri.
    Apa benda belakang tabir yang berlaku sebenarnya?

    It's about MOTIVE.
    Motive peribadi=NO
    Motive politik=YES
    Motive 'SAVE MALAYSIAKU' = 50-50

    Kalau Tun M sudah dpt 'ole ole' dari sumbernya,
    inilah masanya nak digunakan...... tak guna, rugi plak kan....

    Saya clearkan sekali lagi, jika Najib tak jawab... there's samting wrong....
    Kalau dia tak salah, jawab jer kan senang dpn tv...
    dah bapak tiri tanya tanya, jawab jerlah...

    Mahkamah tak panggil Najib sbb kes hanya bertumpukan soalan : ADAKAH DUA MANGKUK HAYUN NI BUNUH ATAU TAK BUNUH.
    Soalan lain tak relevan (siapa arah siapa master mind siapa the hidden hand)...

    ReplyDelete

6ANGKA