walaupun mereka berpendapat Tun keseorangan dan Najib dipenuhi sokongan tetapi nyata suara kecil dan individu kini sudah membentuk volume yang besar dan berpengaruh.
di bawah adalah salah satu kesan sehingga blogger tertentu menggunakan alasan untuk tidak menyiarkan komen pembacanya.
Asalkan ianya bukan makian dan tidak biadap melampau kenapa takut untuk disiarkan ???
hakikatnya blogger yang sealiran kalau menyerang pembangkang sudah tidak ada susilanya tetapi apabila kena batang hidung dan kem sendiri, menggelupur jadinya...
APABILA PEMIMPIN UMNO DISERANG OLEH PENYOKONG SENDIRI, BERMAKSUD MEBEGUR DAN TIDAK BERERTI SOKONG PEMBANGKANG.
Kenapa hakikat ini disalahertikan sehingga pihak yang menegur seperti Tun yang menegur secara berhemah di awalnya dan menegur secara terbuka sekarang, dengan sopan, tiada bahasa kasar, penuh dengan huraian dan fakta tetap juga diserang dan dituduh secara biadab.
Kenapa mereka yang lebih kecilian sedangkan yang makan lada orang lain.
apakah ia ada kaitan dengan upah lumayan yang sukar ditolak?
apapun dalam beberapa contoh blogger anti kebenaran, blogger mykmu antara yang lantang dan aktif tetapi pujian boleh diberi kepadanya kerana masih menyiar komen yang tidak sehaluan.
Dibawah salah satu contoh kepanasan yang sedang dihadapi oleh blogger seumpama...
( Kalau blogger tu sendiri sebok nak jadi tukang jawab, serang Tun, kenapa pula dia tidak boleh diserang...)
" Mutakhir ini ramai sangat komentar tak mahu komen atau debat pasal isu tapi lebih menyerang penulis dalam usaha untuk discredit kami. Caranya dengan melabel blog ini sebagai blog si polan dan sipolan, dibayar duit dan lain-lain label negatif.
Semua komen demikian tak akan dibenarkan keluar walaupun panjang lebar dan berisi komen ditulis. Nak komen atau persoalkan teruskan tapi komen melabel negatif psywar taktik ini tak payahlah nak lakukan ke atas kami. Paham benor niat jahat kamu.
Mutakhir ini penyerangnya sesama BN. Hai ... kalau BN serang sesama BN, sukalah pembangkang. Siapa nak serang pembanglang macam gini. Game gitu kami tak campur.