Sunday, April 19, 2015

Enam antara Ratusan Isu ... (CAWANGAN KESAL BAHAGIAN BERPIHAK...)

Di seluruh negara cawangan-cawangan UMNO sedang menjalankan Persidangan Agung Tahunan dan beberapa isu utama tidak ketinggalan:

1) Menyokong GST tetapi kesal di atas kelemahan pentadbiran dan perlaksanaan - UMNO Bahagian lansung tidak turun padang menjelaskan kepada rakyat tetapi dilaporkan jika mana-mana cawangan dapat mengumpulkan minima 100 kehadiran, Menteri GST akan beri peruntukan RM10,000.00, ada betul ke ?

2) IMDB - langsung tidak faham

3) Kesal di atas campurtangan Ketua-Ketua Bahagian dalam pergeseran Najib dan Mahathir kerana masing-masing mempunyai penyokong di akar umbi. Sikap Ketua bahagian berpihak akan menyebabkan perpecahan di cawangan.

4) Semangat Melayu minat dan sokong UMNO di cawangan sudah berkurangan sehinggakan untuk cukup korum pun sangat sukar dan kedapatan terpaksa "tolong" tandatangan kedatangan (?)

5) Semua ini akan menyumbang peratus yang semakin tinggi cawangan-cawangan tidak dapat menjalankan persidangan tahunan dan kesannya di Persidangan Tahunan Bahagian sendiri, akan ada perwakilan yang ponteng

6) Ketua Cawangan dan Ketua Zon akan menghadapi kesukaran meyakinkan ahli dan pengundi untuk sokong BN jika pilihanraya di adakan kerana terlalu banyak isu yang mereka sendiri tidak puas hati dan blurr.

# Saya percaya banyak pembahas di blogg ini atau di maya ini yang pro Najib sebenarnya tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Cawangan atau Bahagian, mereka lebih mudah celupar tanpa perlu memikirkan realiti dan kesannya nanti. Sokongan mereka lebih kepada tin kosong, bising tetapi tidak menyumbangkan tenaga di pilihanraya nanti.

JikaPengerusi Perhubungan Negeri pun campurtangan dan buat pendirian sokong satu pihak - Johor sendiri dalam kedudukan bahaya. Ramai akan protes tidak keluar mengundi !!! Ia bukan sesuatu yang asing bagi Negeri Johor....

1 comment:

  1. Kedudukan ketua cawangan (kcu) sebagai pemimpin akar umbi yang tulen cuba dikaburi dengan dakwaan bahawa ketua bahagian (kbu) memainkan peranan demikian. Hakikatnya, kcu adalah barisan kepemimpinan yang paling rapat dengan ahli serta masyarakat umum. Bilangan kcu yang berjumlah lebih kurang 20 ribu orang itulah yang berhadapan dengan segala macam bentuk soalan, kritikan, cemuhan dan sebagainya. Bukan semua malahan kenyakan kcu bukanlah mereka yang berolehsebarang ganjaran dari parti atau kerajaan. Berbanding blogger upahan yang diberi habuan ribuan ringgit setiap bulan dan pelbagai kemudahan secara percuma, kcu terpaksa mengemis dari bahagian untuk mendapatkan peruntukan mengadakan mesyuarat mahupun melaksanakan aktiviti. Sebesar mana pula tanggung jawab blogger upahan berbanding dengan kcu dalam memastikan sokongan terhadap parti terus kukuh juga wajar dipertimbangkan. Sesetengah pihak cenderung menyalahkan kepemimpinan termasuk kcu dalam pelbagai salah laku parti. Anggapan itu mungkin salah faham kerana mereka tidak pernah ambil tahu tentang politik di peringkat cawangan.

    Mengenai gst, sebaik pengumuman dibuat pada oktober 2013, ada cawangan yang memohon kepada ketua bahagian untuk mengadakan taklimat kepada kepemipinan cawangan mengenai gst tetapi tidak dilayan. Hanya pada bulan disember 2014, barulah usaha itu dibuat, itu pun atas inisiatif kerajaan, bukan parti. Tentang 1mdb, sewajarnya najib menjelaskan secara terus kepada kcu sebagai pemimpin akar umbi tulen sebagaimana yang dibuat kepada kbu, wanita, puteri dan pemuda hingga mereka berpuas hati. Lucu juga memikirkan bagaimana najib percaya bahawa kbu sebagai pemimpin akar umbi dan yakin dia beroleh sokongan akar umbi umno. Nampaknya najib bukan sahaja blur sebagai ketua kerajaan bahkan sebagai presiden parti pun beliau mudah dikelirukan. Sehingga kini berapa ramaikah kcu yang tampil menyuarakan sokongan kepada najib sebagai mewakili akar umbi parti? Dengan pendirian umno kedah serta ucapan ts muhyiddin kepada tun dr mahathir, adalah diharapkan kita akan dapat menyaksikan arah sokongan yang lebih jelas di peringkat akar umbi.

    ReplyDelete

6ANGKA