Thursday, April 30, 2015

Selepas Bertanya, Tun buat permintaan pula..

Dalam peringkat individu berusia 90 tahun, bertanya kepada generasi yang lebih muda menjadi beban besar kepada mereka..

Kesilapan Mahathir ialah banyak bertanya..
 Kesilapan Mahathir ialah tanya saolan susah..
Kesilapan Mahathir bertanya bagi pihak rakyat..
Kesilapan Mahathir ialah tidak bertanya kepada pokok..
Bertanya sudah jadi dosa besar....
Bertanya sudah boleh merosakan parti...

Selepas silap bertanya apakah Tun layak pula untuk meminta:

6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.

# Apakah pembebasan Anwar akan berulang di era Najib (?)



  

Apabila Tun saran GST dibatalkan Ahmad Maslan kata Tun tak faham.. Bila pembangkang gunakannya sebagai kempen...apakah mereka lebih tak faham...Kempen sebegini macamana nak jawab arrr

Wednesday, April 29, 2015

PELUANG UNTUK MENJAWAB ADALAH PELUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI..

Jika peluang itu tidak digunakan..ia hanya mengundang persepsi..
Jika persepsi itu hampir sekata..ia menjadi seperti benar dan betul..

Peluang dan masa yang ada lebih banyak meracau.
Bukan soal berapa banyak langau @ lalat hijau  untuk menyerang dan bertahan tetapi yang lebih utama sampai bila ..
Mulut tempayan boleh ditutup, bangkai gajah boleh ke ditutup dengan nyiru...

Ahli UMNO dan rakyat bila-bila masa akan berada di belakang pemimpin yang amanah.


#  Kenapa agaknya BN kali ini berstrategi tidak meletakan dan"menjual" muka Najib atau Muhyiddin di Mega Iklan dan poster di PRK . Bukankah itu pemimpin kesayangan rakyat.

Tuesday, April 28, 2015

POSTING ASAL UNTUK DINIKMATI SEMULA

Saya berminat untuk copy paste semula posting saya yang lepas seperti di bawah kerana merasakan ianya masih relevan.

Cuma kesal kesederhanaan artikel itu dicemari dengan komen-komen yang saya anggap sampah kerana tuduhan liar ke atas Tun Dr Mahathir dan Najib, blog ini tidak kompromi dengan fitnah dajjal dan sekadar tuduhan kosong. Pergilah buat repot jika benar dari melalak liar.


Kena diingatkan bahawa sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah tentu ada silap dan salah tetapi jika ada jenayah yang beliau lakukan, sewajarnya laporan polis boleh  dibuat sekarang lebih-lebih lagi beliau sudah tidak punya jawatan, kuasa dan pengaruh untuk menghalangnya.

Sepanjang pemerintahannya hingga sekarang, sudah ramai yang cuba mengorek kalau kalau ada kesalahan jenayah Mahathir termasuk salahgunakuasa, korupsi atau apa sahaja yang boleh  membawanya kepada tindakan undang-undang atau memalukannya tetapi semuanya nyata gagal.

Mana dia berlori-lori bukti jenayah Mahathir seperti yang diwar-warkan Anwar selepas dipecat?

Sekarang ini pun Rafizi ulang, Mahathir takut ke penjara jika UMNO kalah juga merupakan cakap-cakap kosong.

Bukan setakat musuh politik seperti pembangkang tetapi juga melibatkan badan perisikan luar neara seperti CIA, KGB, Mossad dan banyak lagi bagi tujuan perasugut - tiada satu pun boleh dikaitkan Mahathir dengan apa jua sekandal.


Oleh itu apabila hari ini Mahathir sarankan Najib berundur kerana gagal menjawab dengan jelas pertanyaan berhubung kehilangan 28B dlam isu 1MDB, beliau telah diserang oleh orang umno sendiri yang fanatik kepada Najib dengan tuduhan liar.

Dengan katalain - Janganlah dipanjangkan isu dengan mengungkit soal2 peribadi hanya untuk mencari kesalahan atau membandingkan siapa yang lebih hebat antara Tun Mahathir atau Najib ..... tumpukan saja kepada persoalan yang dibangkitkan, maka cepatlah selesai masalah - Din Turtle

Serangan membuta tuli itu sungguh memalukan, mual.

Dalam isu pergeseran Mahathir Najib, sewajarnya mereka sendiri selesaikan dengan bijaksana. Najib kena guna kebijaksanaannya untuk kekal dan Mahathir juga akan guna kebijaksanaannya untuk memastikan Najib berundur. Apakah kita lebih tahu dari mereka berdua  tentang keadaan sebenar ?


OLEH ITU SEBARANG TUDUHAN LIAR KE ATAS TUN ATAU NAJIB TIDAK AKAN DILAYAN OLEH BLOG INI.





POSTING ASAL UNTUK DINIKMATI SEMULA:

Apa yang Tun minta ialah  Najib berundur merupakan satu titik tolak yang kelak menjadi catitan sejarah.

Samada Najib berundur atau tidak sudah menjadi pertimbangan besar yang sedang melanda Najib untuk halusi dan mungkin mengganggu seisi keluarga. Mahathir tetap tidor lena.

Tidak ada kemenangan atau keuntungan untuk Mahathir jika Najib berundur dan tidak ada kekalahan atau kerugian kepada Mahathir jika Najib terus memimpin UMNO.

Yang perlu banyak memikir adalah ahli UMNO dan rakyat. Yang perlu merealisasikan samada putih atau hitam adalah pemimpin.

Mahathir sudah menjalankan tanggungjawabnya dan apa yang akan diusahakan seterusnya masih atas status  nasihat dan ingatan.




Monday, April 27, 2015

Nasihat dan Ingatan bukannya Keuntungan atau Kerugian..

Apa yang Tun minta ialah  Najib berundur merupakan satu titik tolak yang kelak menjadi catitan sejarah.

Samada Najib berundur atau tidak sudah menjadi pertimbangan besar yang sedang melanda Najib untuk halusi dan mungkin mengganggu seisi keluarga. Mahathir tetap tidor lena.

Tidak ada kemenangan atau keuntungan untuk Mahathir jika Najib berundur dan tidak ada kekalahan atau kerugian kepada Mahathir jika Najib terus memimpin UMNO.

Yang perlu banyak memikir adalah ahli UMNO dan rakyat. Yang perlu merealisasikan samada putih atau hitam adalah pemimpin.

Mahathir sudah menjalankan tanggungjawabnya dan apa yang akan diusahakan seterusnya masih atas status  nasihat dan ingatan.


SEBAB TU LAH MAHATHIR TOLAK KERJASAMA DENGAN BADOT

Mahathir dalam isu gesaannya Najib berundur telah menggaris sebab dan beberapa perkara. Walaupun ia seperti berpatah arang dengan Najib tetapi dalam satu sudut ia masih cuba menyelamatkan Najib dari bertembung dengan satu situasi yang lebih sukar dan berakhir seperti Anwar.

Anwar memilih untuk lawan Mahathir, jika dia berundur secara lebih bijak, sudah tentu Anwar sudah comeback sekarang dan memang layak jadi PM. Walaupun Mahathir bukan lagi PM sekarang untuk Najib merasa lebih kuat, tetapi isu yang Mahathir buka punya kekuatan tersendiri.

Mahathir juga telah menolak kerjasama dengan pembangkang. Alasan itu tepat bila ada badot yang mula meletakan beberapa syarat.

Antaranya mahu Mahathir bekerjasama dengan banduan.
Antaranya mahu Mahathir endorse Ku Li sebagai pengganti
Antaranya mahu Mahathir tolak Muhyiddin
Antaranya mahu Redhuan Tee tidak lagi mengiringi Tun
Antaranya memperlekehkan Ibrahim Ali yang turut menyokong Tun
Dan mungkin selepas ini banyak lagi syarat atok dan opah dia orang..

Siapa mereka ini, yang minta itu dan ini..
Apakah mereka lebih suci dan mulia atau sekadar pemimpin longkang..

Adalah lebih baik jika mereka mahu menyokong, mereka sokong tanpa bersyarat...
Apa yang Tun suarakan bukan untuk kepentingan pemimpin seperti mereka..
Tun lebih fokus untuk parti, rakyat dan negara..
Biarlah yang menyokong Tun rakyat biasa dari pemimpin longkang seperti mereka..

Sunday, April 26, 2015

Bila cerdik dipuji, bila tak cerdik kenalah komen...Bila Ahmad Maslan akan pohon maaf,,,



Mulianya Ahmad Maslan tidak boleh dinafikan...
Memberi kemaafan kepada si mati yang memakinya..




Bagaimana pula simati - Apakah si mati sudah memberi kemaafan kepada Ahmad Maslan yang berbohong, bersubahat menzalimi diri dan keluarga si mati dalam perlaksanaan GST.



Persepsi si mati bahawa dia dizalimi tidak boleh ditolak mentah-mentah. Hatta Mahathir yang cerdik tu pun Ahmad Maslan kata tak faham, apatah si mati...



Yang patut memberi kefahaman itu siapa? Kalau dia gagal memberi kefahaman itu salah siapa? Kenapa dia laksanakan jika benar-benar belum sedia dan ketika majoriti rakyat sampai sekarang pun membantah dan mahu kerajaan mengkaji semula?



Hinggakan Pegawai Kerajaan pun sendiri tak faham habis?



Apakah Ahmad Maslan tidak ada kesedaran dan rasa bersalah dalam soal menzalimi rakyat Malaysia, berbohong mengatakan barang akan lebih murah, kemudiannya mengambil sikap menyalahkan perniaga sedangkan dia di pihak kerajaan tidak mengambil segala tindakan yang perlu.



Meletakan kesalahan kepada pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri bukan budaya orang yang dapat CGPA 3.85.



Apakah menzalimi itu lebih mulia dari bermakian antara individu dengan individu.



Ahmad Maslan kena ingat, Nik Aziz yang dikatakan ulama dan tinggi egonya itu pun akhirnya sedar dan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahannya apatah lagi Ahmad Maslan yang sudah dikenali seenterio alam.



APA KATA MUFTI


“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?
“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, Mohd. Asri berkata, dalam fekah orang yang safih atau bodoh serta kurang cerdik tidak boleh diserahkan mengendalikan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri.
“Persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai? Patutkah golongan sufaha diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya,” katanya lagi.


Kalau Ahmad Maslan masih nak beralasan atau menyalahkan pihak lain, dia masih boleh berbuat begitu. Sudah tentu bukan salahnya, yang salah ialah orang yang melantiknya. 
Elok benor jika Ahmad Maslan balik kawasan, Pontian - masih ramai lagi orang kampong tak faham Gomen Suruh Tax (GST)

Yang Pro Najib Jangan Baca - Jangan Nak Mendidih Tak Tentu Pasal Lepas Tu Nak Mencarut...

KUALA LUMPUR: Mungkin ada segelintir daripada kita yang masih belum mengenali dan menyedari jasa yang dicurahkan selama ini oleh bekas Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamed kepada semua dan pastinya beliau bukanlah seperti parti pembangkang PAS kelihatannya seolah memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria.

Jauh sekali pula jika mahu dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah enak bertopeng menyokong tindakan negara Zionis atau Israel.

Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan penggerak kepada  negara-negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia dengan mudahnya.

Beliau juga telah bertindak menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu.

“Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” kata-kata beliau untuk diamati semua.

Beliau juga turut berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei pada ketika itu bagi menyediakan jumlah dana yang berjumlah berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk kegunaan tentera Islam di Bosnia.

Insan ini juga yang pernah mengalirkan air matanya ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

Tun Dr Mahathir Mohamed juga merupakan pemimpin Islam yang telah dihubungi oleh Yasser Arafat bagi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

Beliau juga turut digelar Maha Firaun kerana kelantangannya bertindak mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj atau Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

Pemimpin kita ini yang telah berusaha keras dan tidak hanya duduk berdoa tanpa sebarang tindakan biarpun ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya.

Beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun hanya memimpin sebuah negara yang kecil.

Beliau juga bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi turut berusaha memerdekakan negara-negara lain daripada belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.

Pastinya kebanyakan daripada kita juga apabila berbicara mengenai pemimpin negara ini, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak mampu dibalas.


http://www.peraksilveryouth.com.my/2015/04/siapa-tun-m_24.html

Bagi mereka yang anti Tun atas dasar emosi dan tidak faham perjuangan, tak perlulah tunjukkan kebodohan diri sendiri dengan makian dan tuduhan liar (JIKA ADA MAKIAN ITU JATUH KEPADA IBUBAPA ANDA SENDIRI)

Blog ini terbuka untuk siarkan apa jua penulisan yang menceritakan kehebatan dan jasa Najib - silakan.

6ANGKA