Monday, June 22, 2015

KITA TIDAK MAHU SOKONG DAN PERCAYA PEMBANGKANG, TETAPI APA BOLEH BUAT KALAU PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN..--

Pendedahan seperti di bawah sangat serius jika tidak dinafikan dan ditangani dengan cepat dan telus. Pendedahan demi pendedahan walaupun akan dianggap "jangan terpengaruh dengan pembangkang" tetapi akhirnya kalau terlalu banyak, hampir betul ia akan jadi "senjata" yang sangat berkesan.

Jangan tunggu sampai pembangkang berkempen menurunkan pemimpin dan kerajaan sekarang bukan atas isu politik tetapi atas isu RASUAH PECAH AMANAH PENYELEWENGAN 


Kalau isu ini dimainkan, tidak seorang umat pun akan menolak.

Apa yang blogger proUMNO buat, mereka banyak menceceh je...
Contoh ini hasil tangan mereka...



Kalau sekali tengok, memang ada rupa 'Jerangkung' pakai sarung tangan...  Apa la diorang ni ek. Kesin tau kat Si Wan Azizah tu. Dah la dia ditinggalkan oleh suami dia yang pergi bercuti seorang diri ke Sungai Buloh Inn. Sekarang dah dia ditinggalkan pulak oleh rakan sekutu. ://semuthitam80.blogspot.com/2015/06/bila-dah-mati-memang-tinggal-semangat-je.html

ALAMAK! TIMBALAN PRESIDEN "CAP AYAM"!!!http://semuthitam80.blogspot.com/2015/06/alamak-timbalan-presiden-cap-ayam.html

Jadi siapa yang kata UMNO lemah kerana berpresidenkan Najib, boleh telan balik ludah masing-masing sekarang.  Testimoni dari Mat Sabu ini (tewas Naib Presiden ) membuktikan Najib bukan biasa-biasa ...http://www.mykmu.net/2015/06/kehebatan-najib-buat-pakatan-terkubur/


Itu sahajalah yang mereka boleh tulis konon untuk menunjukkan UMNo suci dan agung..betul ke? boleh bantu parti ke macam ni? habih boreh je lah jawabnya...


CUBA BACA SERANGAN PEMBANGKANG DIBAWAH...

DAP hari ini mempersoalkan siapa pemilik Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak serta menggesa perdana menteri mendedahkan sama ada yayasan berkenaan dimiliki organisasi kebajikan swasta atau kerajaan MalaysiaA

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan syarikat yang berkepentingan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu memberi sumbangan kepada "kebajikan" yang dikawal perdana menteri.

Pua berkata, akhbar kewangan antarabangsa itu mendedahkan, YR1M menerima sumbangan bernilai RM35 juta daripada Genting Plantation sebaik sahaja pengambilalihan Genting Sanyen oleh 1MDB berjaya."Sebelum ini, kita mengetahui semua keputusan 1MDB perlu melalui kebenaran bertulis perdana menteri tanpa pengecualian.

"Sumbangan syarikat seperti Genting Bhd menerima manfaat untuk asetnya yang dipindah milik kepada entiti dikawal perdana menteri dengan harga begitu tinggi menimbulkan konflik kepentingan yang jelas."Ini sempadan kepada rasuah dan salah guna kuasa yang jelas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan semakannya, Pua mendedahkan, laman web YR1M menyatakan yayasan itu dipengerusikan Najib tanpa menamakan mana-mana individu terlibat dalam kapasiti rasmi.

Semakannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati yayasan berkenaan adalah syarikat terhad dengan jaminan, dianggotai 4 ahli lembaga pengarah termasuk Najib selain Datuk Azlin Alias, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail dan Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.

Pua berkata, Azlin adalah ketua setiausaha sulit perdana menteri yang maut dalam nahas helikopter bersama bekas ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis di Semenyih baru-baru ini.Manakala, Wan Ahmad merupakan pegawai khas Najib sejak 2004, dan Che Lodin tidak bekerja untuk Jabatan Perdana Menteri."Perdana menteri bagaimanapun melantik Che Lodin sebagai pengerusi 1MDB," kata Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

"Daripada maklumat berikut dan dokumen berkenaan, jelas menunjukkan YR1M ialah unit kebajikan yang dikawal selia sepenuhnya perdana menteri," katanya. 

Pua berkata, YR1M boleh dikatakan sebagai "yayasan" yang dananya digunakan atas kehendaknya."Seperti didakwa, dengan bukti oleh WSJ, sumbangan itu kemudiannya disalurkan kepada aktiviti berkaitan kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN)," katanya.

Sehubungan itu, katanya rakyat Malaysia perlu mengetahui sema ada berlaku pecah amanah atau amalan korupsi dalam transaksi yang didedahkan sebelum ini."Keseluruhan pembiayaan dan struktur perbelanjaan YR1M diburukkan lagi dengan kegagalan mereka menyerahkan penyata kewangan kepada SSM yang tamat pada Disember 2014 sejak ditubuhkan pada Januari 2013.

"Tidak masuk akal perdana menteri melanggar undang-undang negara ini,' katanya

Sehubungan itu, Pua menggesa NajiB menyerahkan penyata kewangan YR1M untuk membuktikan yayasan berkenaan tidak melakukan kesalahan."Kegagalan melakukan perkara itu akan menyaksikan perdana menteri dilihat bersalah dalam aspek salah laku kewangan oleh rakyat, kerana beliau ada segalanya untuk disembunyikan,” katanya lapor The Malaysian Insider

Sunday, June 21, 2015

AMARAN: Setakat Mana Politik Johor

PERTAMA-TAMA: Jangan cuit Istana Johor untuk di politik kan
Jangan cuba try test Khalid Nordin - ia pada kadar natural dan boleh diterima akai.

Jangan cuba singkir Muhyiddin - pengaruhnya tidak mengancam sesiapapun tetapi menjadi sebaliknya jika disingkir.

Berita kurang baik buat UMNO: Walaupun hubungan pusat dengan pusat PAS dan DAP bercerai berai tetapi DAP JOHOR dan PAS JOHOR masih cintan cintun untuk mengambil alih kuasa negeri.

100% solid kawasan MCA dan MIC akan jatuh ke tangan DAP dan kekal menang di kawasannya.
DAP sedang membantu PAS JOHOR untuk menang di semua kawasan kelabu UMNO.
Berdasarkan strategi 70% akan berjaya mengambilalih kerajaan negeri tanpa perubahan besar seperti MB masih kekal Melayu tetapi DAP mendapat tempat untuk beberapa exco dan UMNO akan jadi pembangkang seperti di Selangor.

DAP JOHOR bukan sahaja akan bekerjasama dengan PAS Johor tetapi sedia bekerjasama dengan mereka yang tidak berpuashati dengan kerajaan sekarang.

Adalah penting UMNO sebagai PARTI (kepentingan ramai) menyelesaikan isu Presidennya (individu) dengan TDM (individu) tanpa berlengah sesaat pun.

DAP bukan sahaja bijak mengambil kesempatan tetapi sudah pun jauh ke depan dengan strategi, meninggalkan UMNO yang sedang meletakan sentimen dan emosi di depan dengan membelakangkan rational dan realiti.

# Pemimpin UMNO  yang memperjuangkan kepentingan peribadi dan menjadi beban parti perlu disingkirkan - itu antara ramuan dan formula berkesan besar untuk mengekalkan kuasa.

# Semangat juang akar umbi sudah luntur melihat pemimpin atasan berperang mengumpul harta dan berhujah memperbodohkan rakyat.
Apakah pemimpin atasan tidak sedar "kencing" mereka berbau hancing sampai ke akar umbi.

Malaysia lebih baik tanpa Najib..

KEMASKINI:
Blogg ini tidaklah semurah untuk dipenuhi hujah berasaskan makian, lantak kau orang lah nak sokong siapa pun, makian tidak memberi added value pun kepada pihak yang disokongnya sebab dia sendiri beradab haprak, bangkrap fakta, hujah dan idea...
Akan datang akan di delete. Jangan kata admin tak bagi amaran atau tidak bersikap terbuka.

............

Menyokong Pembangkang atau mengekalkan Najib mana satu pilihan yang lebih tepat (?)

Menolak Pembangkang dan undurkan Najib, mana satu yang lebih utama (?)

Serang dan burukkan Mahathir, apa faedah (?)

Sokong Najib tolak pembangkang (?)

Mungkin yang lebih tepat ialah tolak Najib dan pembangkang .. Malaysia ada harapan lebih baik.
Bukankah ini lebih adil untuk rakyat Malaysia.

"Saya jamin Barisan Nasional akan kalah dalam pemilu berikut jika Najib Razak menolak mundur," 
"Pihak oposisi tidak dalam posisi memerintah negara dengan baik. Akibatnya, akan ada anarki, dan semua orang menderita," 
- See more at: http://dunia.inilah.com/read/detail/2213276/malaysia-akan-lebih-baik-tanpa-najib-razak#sthash.z6TBVKzH.dpuf

# Najib ditolak bukan kerana dia Najib tetapi kerana kegagalannya mengekalkan intgegriti sebagai PM yang diyakini oleh majoriti rakyat dan sokongan akar umbi ahli partinya. PM bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu dilihat bersih dan tidak terlibat dalam kontroversi dan keraguan integriti yang manasabah.

Majoriti rakyat lebih percaya cakap Mahathir dan alasannya kenapa Najib perlu berundur. Walaupun PM mendakwa Mahathir menggesanya berundur kerana beberapa permintaan peribadi Mahathir yang tidak dapat dipenuhinya, maka dakwaan itu perlu dibuktikan secara bersungguh dan jika tidak, persepsi di atas masih berterusan.
Jika pun mahathir ada permintaan peribadi, rakyat mahu tahu apa permintaan itu yang cukup sukar untuk PM tunaikan (?)
Jika salah satunya Jambatan Bengkok, rakyat sememangnya ingin tahu kenapa ianya tidak dapat dilaksanakan, seperti kata Mahathir, mana dokumen perjanjian bahawa Malaysia perlu mendapat kebenaran singapura jika mahu membina Jambatan Bengkok.

Rakyat masih sedia mendengar kedua belah pihak, rakyat mahu PM berani tampil berhujah, bersemuka malah dalam apa jua cara menunjukkan realiti yang benar. Jika tidak, persepsi di atas masih kekal dan di anggap benar

#Jambatan Bengkok akan dibina di sebelah Malaysia dan bersambung dengan Tambak Johor di sebelah Singapura - apa masalahnya(?)
Tambak Johor sebelah Malaysia akan diroboh selepas Jambatan Bengkok siap dan segala saluran paip air dan sebagainya turut dibina semula sepanjang Jambatan Bengkok dan bersambung di sebelah Singapura.

AYAT YANG PALING GANAS UNTUK NAJIB

Kalau ahli UMNO tentu terpanas hati membaca artikel yang begitu keras terhadap Presiden tetapi sebagai rakyat kenalah pertimbangkan guna akai di kepala. Sebagai orang Islam (?) Ramai kot terkeliru dirinya sebagai siapa, Melayu? Islam? ahli UMNO? 1M4U, I LOVE PM....


Najib dan geng2 nya adalah kumpulan yang segera menjelma sebagai pembawa malapetaka dan bencana ekonomi yang paling dasyat kepada rakyat Malaysia. 1MDB adalah rencana beberapa oang mencuri duit rakyat. JHo Low tidak akan dapat buat apa yang dia lakukan tanpa bantuan Najib Tun Razak.

Perbuatan mencuri itu tidak terbatal dengan pembetulan yang dilakukan kemudian nya. Dan pembetulan iti dilakukan dengan rompakan bersiri keatas dana GLC2- tabung haji, epf, kwap dan bank2 milik kerajaan.

Walau berbuih mana pun Najib dan kerajaan mempertahankan dan menjustifikasi pembohongan mereka, rakyat sudah pun menghukum- apa yang dilakukan Najib ialah pembohongan belaka. Najib sudah sampai ketahap paling bawah dimana setiap kali dia keluarkan kenyataan, orang akan kata sudahlah- penipu.

Mereka yang percaya cakapan Najib ialah pasukan PR nya dan gerombolan yang dibayar oleh Najib.

Rakyat kena sedar bahawa kerajaan BN berada dalam fasa rompak sebelum terlambat. Jadi sebelum kerajaan bertukar tangan, rompak sampai bersih dan selagi boleh.


Keadaan buruk sudah sampai pada tahap, hendak  report SPRM pun tak berguna. Kalau kita merani-kulupkan diri kita dengan membuat lapuran polis, kita pun jadi pandir macam pak rani yang bercermin mata hitam dan berberet merah dan beruniform general tentera Najib.


Saya akan tetap sebut bahawa Najib adalah PM kita yang paling teruk. Form ada,substance tidak ada. Rupa elok, isi teruk. Dia hanya tin kosong yang jerit sana sini mengenai slogan dan bayar duit sana sini sebagai jalan menyelesaikan masaalah.

Negara berkecamuk dengan isiu 1MDB, pembelian IPP oleh TNB, pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji, kita ada pula FGV yang membeli kepentingan dalam ladang sawit dan gula sahabat Najib pada harga yang gila. Dua kali ganda dari harga yang patut.

Kita sudah jemu dengan istilah willing buyer and willing seller- kalau kedua nya berpakat untuk gasak duit rakyat, adalah istilah willing buyer and seller itu menyelamatkan keadaan? Mari kita lihat.


Cerita mengenai orang2 Peter Sondakh melayani pembuat keputusan adalah legendary. Mereka akan dijemput dengan private jet atau helicopter dan diterbangkan ke hotel 5 bintang. Kemudian segala idaman yang terfikir dan tidak pernah terfikir akan disempurnakan. Kemudian baru buat keputusan.

Bayangkan jika ada komsiyen yang dibayar.

FGV beli asset ladang Felda 360,000 hektar , yakni ladang dari FElda  pada harga yang cukup lumayan. Jadi mengapa bila tba ladang Sondakh, harga dan terma yang serupa tidak boleh di perolehi?

Kenapa tidak boleh pajak 99 tahun seperti FGV pajak tanah Felda Plantations? Kita mesti ingat FGV hanya bayar kepada Felda RM698.24 se hektar atau RM248.5juta setahun dan suatu peratusan dari operating profit bisnes perladangan FGV.

Felda yang melalui usunaga seperti ini sepatutya jadi bijak. Tapi nampak nya lebih jadi bodoh dengan Isa Samad mengemudi FGV.

Urusniaga dengan Rajawali ini akan dibiayai oleh pinjaman dan resev tunai Felda. Berapa banyak resev yang akan digunakan? Resev tunai sekarang sekitar RM2.87 billion. Bayangkan jika Felda menggunakan RM2 billion, ia hanya ada RM870 juta untuk mengurus rancangan felda. Felda dan fgv tidak  ada duit untuk menjaga kebajikan peneroka.

Tapi sebaliknya, Rajawali Group milik Peter Sondakh mendapat deal yang sangat baik. Walaupun membeli pada harga yang mahal, dan memiliki 37% kepentingan dalam syarikat tersebut, Felda tidak ada saham menguasai. Kumpulan Rajawali dengan kepentingan 31.6% dalam syarikat, akan terus mengurus syarikat tersebut. Jadi beli apa pada harga RM1 billion lebih ini? FGV menjadi syarikat pelaburan?

Seperti urusniaga ala Tabung Haji dan TRX, syarikat Sondakh akan diberi bayaran deposit sebanyak US$174juta atau sekitar 23% dari harga belian tanpa Felda melakukan due diligence keatas assets Rajawali Group atau mendapatkan kebenaran dari pihak2 berkuasa kedua negara.

Apa jadi jika assets yang digembar gemburkan itu jadi macam assets petrosaudi dalam kes 1MDB? Telaga minyak tidak ada, kepentingan keatas syarikat carigali tidak ada? Yang ada hanya omongan kosong tapi duit sudah dihantar.


Saya berharap, felda tidak hantar ke akaun individu seperti yang dilakukan oleh 1MDB kepada Good Star Limited.

Tahniah kepada penulis kerana kekentalannya dan risiko http://sakmongkol.blogspot.com/2015/06/fgv-menyusuli-1mdb-bahagian-1.html

Saturday, June 20, 2015

Najib Wajar Jumpa Paklah..

Apakah kempen pengunduran Najib memasuki fasa ke dua, bukan sahaja menggesanya berundur secara terhormat telah tamat tetapi kini kempen mensasarkan pengunduran secara di dapati bersalah dari segi etika dan undang-undang.

Kemungkinan ini tidak dapat di elakkan memandangkan beberapa pendedahan tentang perbelanjaan mewahnya yang tidak disiasat oleh LHN atau SPRM dan begitu pendedahan penggunaan wang 1MDB untuk kempen pilihanraya dan mungkin banyak lagi selepas ini.
http://dinturtle.blogspot.com/2015/06/video-tun-mahathir-kekayaan-melampau.html
http://addindeen.blogspot.com/2015/06/rahsia-najib-didedahkan-lagi.html


Pihak berkuasa termasuk PDRM sudah tentu tidak selamanya dapat berdiam diri tanpa mengambil langkah undang-undang untuk memastikan samada viral ini ada kebenaran atau hanya satu fitnah. Integriti PDRM tidak wajar terguris dalam situasi sekarang.

Walaupun semua dakwaan ini belum lagi dinafikan, belum lagi diberi penjelasan dan belum lagi dibuktikan tetapi pendedahan itu sendiri tidak membantu Najib memperbaiki prestasinya untuk tidak memungkinkan dia berundur.

Adalah wajar Najib berjumpa Paklah sebagai mantan yang banyak pengalaman dalam hal ini untuk mendapatkan nasihat, KJ mungkin boleh membantu...

Najib juga dilihat antara yang memainkan peranan di belakang tabir mendesak Paklah berundur walaupun pada permukaannya Muhyiddin diketengahkan sebagai pendesak utama.

Berjumpa dengan orang-orang seperti Shahrir Samad, Anuar Musa, Tunku Aziz, Musa Hitam, Johari Baharom dan beberapa nama lain tidak banyak membawa perubahan seperti sekarang...

Kematian Pembangkang Tidak Dapat Diraikan..

Meraikan sesuatu kematian adalah tidak wajar..

Ketika Pakatan Pembangkang masih dilihat tidak mati-mati kerana masih bermain tarik tali di kalangan pemimpinnya, ada sesetengah pihak berhempas pulas membuat pelbagai tuduhan, andaian dan doa supaya cepat mati.

Untuk apa kematian itu? Untuk diraikan?
Untuk dilihat kuat?

Biarlah kematian pakatan pembangkang itu semulajadi jika ditakdirkan. Sesetengah pihak kena ingat bahawa kematian itu tidak semestinya tamat segalanya. Ia boleh jadi sekadar kebangkitan semula yang lebih baik..

Ingatlah juga, kematian itu juga satu pengunduran dan pada mereka yang perlu berundur,  biarlah pengunduran itu dibuat dengan segera, sukarela, jangan sampai terpaksa, dipaksa dengan malapetaka yang menunggu.

Friday, June 19, 2015

LEGASI TUN HAJI ABDUL RAZAK


http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2015/06/an-open-letter-to-anifah-aman.html

http://www.mykmu.net/2015/06/dato-seri-idris-jala-menjawab-tuduhan-ke-atas-malaysia-dengan-mengemukakan-bukti-bukti-betapa-kukuhnya-perkembangan-ekonomi-negara/


Dato Seri Idris Jala Menjawab Tuduhan Ke Atas Malaysia dengan Mengemukakan Bukti-bukti Betapa Kukuhnya Perkembangan Ekonomi Negara

Siapa dia Idris Jala ini, apa jawatannya untuk diterima pakai penjelasannya. Bukankah ini kerja rasmi Bank Negara atau Menteri Kewangan, atau dia juga seekor lagi kucing..
Sebelum bercakap elok semak betul-betul fakta, jangan sampai kena buat pindaan berkali-kali hingga ke taraf pembohong...
 

6ANGKA