Monday, June 29, 2015

AMARAN KEPADA MEREKA YANG KUTUK PERIBADI TUN DR MAHATHIR, Tangkap Dan Dakwa termasuk blogger posTpaid prepaid underpaid

Kalau itu arahan yang dikeluarkan oleh Najib atau Zahid Hamidi, boleh le aku percaya sikit..



Najib: jangan serang peribadi Dr Mahathir. kita jawab dengan fakta.

Apa kenyataan datang dari Najib, rakyat kena tapis2 dahulu. Seperti kenyataan nya bahawa dia akan jawab kritikan Dr Mahathir dengan fakta dan tidak akan menyerang peribadi Dr Mahathir.


Nak serang peribadi Dr Mahathir dari sudut mana? Kita tak pernah dengar DR Mahathir ada skendel dengan perempuan.  Kita tidak pernah dengar Dr Mahathir ada bau2 kaitan dengan pembunuhan?  Ada kita dengar isteri Dr Mahathir dituduh itu dan ini?

Kita tahu cara Najib- dia akan buat muka sadin, tapi budak2 nya akan menibai Dr Mahathir dengan teruk. Itu cara Najib beroperasi.


Apa fakta yang dia ada? Dia dan budak2 nya tidak ada fakta selain daripada mendedahkan apa yang sudah diketahui oleh masyarakat. Najib pun sebahagian daripada ‘kesalahan2’ yang dilakukan oleh Dr Mahathir. 

Sebagai seorang yang konon nya kuat berpegang kepada prinsip tanggungjawab bersama cabinet, bagaimana Najib mahu melepaskan dirinya dari terpalit dengan ‘kesalahan’ Dr Mahathir?


Fakta nya ialah Najib sendiri mengeringkan rerumput/hay ketika matahari Mahathir sedang menyinari. The fact was, Najib made hay while the Mahathir sun shone.



   ^^^^^^^
^^^^^^^^^
http://sakmongkol.blogspot.com/2015/06/bapa-nasi-kandar-24-jam-dan-tidak.html







Anonymous Anonymous said...


KD daripada perkembangan terkini , aku rasa rakyat kena bersedia dari sekarang untuk berdikari tampa BN , terutama orang melayu dah kena belajar berdikari la , macam juga najib dan kabinet musibat masing masing dah tau apa akan jadi pada PRU 14 .....
Monday, June 29, 2015 7:36:00 AM


# 1mdb JUGA TERHASIL SEBELUM pru13 dalam ketika ramalan kencang BN akan tewas !!!




AHLI KABINET GREECE
http://www.nytimes.com/2015/06/29/world/europe/greece-will-shut-banks-in-fallout-from-debt-crisis.html?emc=edit_th_20150629&nl=todaysheadlines&nlid=71208183&_r=0


Legasi dan Jasa Besar Sekelip Mata.


MAMAK 
IS (STILL) 
THE 
KING













                                                                         BAPA NASI KANDAR 24 JAM MALAYSIA



AHLI KABINET GREECE
http://www.nytimes.com/2015/06/29/world/europe/greece-will-shut-banks-in-fallout-from-debt-crisis.html?emc=edit_th_20150629&nl=todaysheadlines&nlid=71208183&_r=0

Shaberi Chik Berbueh Lagi..

Siapa Shabery Chik, siapa Muhamad Shafie, siapa Shahril Samad... (?) Inikah badot yang dikatakan oleh salah seorang pensyarah tempatan...

Mereka minta Tony Pua berundur dari jawatankuasa 1MDB atas alasan bercakap di luar sebelum PAC membuat keputusan...

Bagaimana dengan PM yang masih terpacak jadi Menteri Kewangan dan Penasihat atas badan yang sedang disiasat?

Kalau yang bercakap tu Pengerusi PAC , ada kewajarannya untuk berundur, itupun macam tak sesuai sebab tidak ada contoh pemimpin berintegriti depan mata.

Kata Shabery lagi, siapa yang sokong Pua patut malu, yang sokong Najib macamana?

.........

Peringatan: Urusniaga 1MDB dengan Petrosaudi hanya 10% sahaja. Oleh itu tangkapan Justo hanyalah untuk siasatan.

Jusco disiasat kerana memerasugut bekas majikannya untuk tambahan bayaran gantirugi atau dia akan membocorkan beberapa maklumat. Ertinya dia belum lagi pun berbuat demikian atau mengedar sebarang dokumen palsu (?)

Ada pihak yang cuba menekan KPN untuk campurtangan kes tangkapan ini supaya jadi real di Malaysia dan boleh lah dihebohkan.
Tahu tak apa jawapan KPN ?

Dan orang yang lebih berhak untuk bercakap ialah..


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamad meminta supaya peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah supaya tidak masuk campur dengan urusan jawatankuasa itu.

Nur Jazlan berkata Shafee juga tiada hak untuk meminta MP Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya meletakkan jawatannya dalam PAC kerana menjadi terlalu kritikal terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Beliau (Shafee) tidak mempunyai hak untuk meminta ahli PAC yang merupakan ahli badan perundangan, cabang ketiga daripada kerajaan serta dipilih oleh rakyat.

"Secara peribadi saya fikir dia (Pua) telah membantu untuk mengetengahkan isu 1MDB yang mana majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa PAC akan menolak isu ini dan memihak kepada kerajaan.

"Kami bekerja dengan baik sebagai satu pasukan," kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini.

Menurut Nur Jazlan lagi, Pua tidak pernah menggunakan sebarang maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB dalam mana-mana kenyataannya dan kebanyakkannya daripada jawapan Parlimen dan sumber lain.

"Pua melakukan dua peranan iaitu sebagai ahli parlimen untuk Petaling Jaya Utara dan ahli PAC. Dan sejauh mana yang saya tahu, dia tidak menggunakan apa-apa maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB di dalam kenyataannya.

"Apa sahaja maklumat yang digunakan dalam kenyataannya itu diperolehi daripada jawapan Parlimen dan sumber-sumber lain," katanya lagi.

Nur Jazlan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Shafee dalam laporan akhbar Berita Harian yang meminta Pua meletakkan jawatan sebagai ahli PAC bagi memastikan penyiasatan 1MDB dilakukan secara adil.

Sunday, June 28, 2015

Nak Tanya UKE atau UAI (?)

Apa hukumnya sebuah mesjid yang dinaiktaraf atas hasil sumbangan sebuah badan yang masih sedang disiasat samada aktivitinya sah atau tidak.

Sumbangan itu sudah diberi sebelum badan tersebut di siasat.

Jika didapati atau diragui sah atau tidak badan tersebut dan ada kemungkinan "disahkan" atas kedudukan dan pengaruh kuasa..bagaimana status mesjid tersebut.

# Bagi yang hendak memberi komen dan berkongsi pendapat, tolong beradab sopan sebaiknya hendaklah berdasarkan sumber Hadith dan Al Quran.


SELEPAS MAHATHIR SIAPA MANUSIA KEDUA DITAKUTI...

Selain Mahathir, kini Tony Pua
menjadi manusia kedua yang paling ditakuti di Malaysia.

Puak yang protes ni betul-betul macam dog dengan bayang-bayang.

Aku pun tak minat dengan Tony Pua ini dari sudut biadab, racist dan melampau tetapi tidaklah sampai perlu tunjuk takut sebaliknya lawan lah secara pro.

Bukankah situasi sekarang 1MDB diselimuti dalam keadaan betul dan menang, ada lagi ke perkara yang tersembunyi !!!!

Saturday, June 27, 2015

Najib Gulong Tikar


Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi.

Hasilnya Pemilihan UMNO ditangguhkan sehingga 2018 adalah hasrat akar umbi dan bukannya idea dari MT, itu kata Ku Nan.

Penangguhan ini bertujuan untuk menguatkan UMNO dan berkhidmat untuk rakyat - kata Najib.



# Jika ada yang mendapat maklumat,  penangguhan ini membolehkan UMNO berkhidmat untuk pemimpin, menyelamatkan pemimpin - kemungkinan besar maklumat itu palsu (tampered).


Friday, June 26, 2015

KEMASKINI: AKHIRNYA JUMPA JUGA TELOR..walaupun bertempoh

Kemaskini:

Letak semua jawatan mulai 11julai dan sokong TMJ.
Kenapa 11Julai (?)

Asal:

Datuk Khairul Anwar Rahmat Penganjur N2H mendahuli...


6ANGKA