Thursday, July 9, 2015

Janganlah sampai integriti Petugas Khas ini pun menerima nasib yang sama..










#
Elakan cabar mencabar sesama pengomen di sini, soal peribadi selesaikan di luar.
Nama kurang penting - isi hujah mencerminkan nama.
Hormati perbezaan pendapat.
Hujah ada isi, message atau fakta yang mahu disampaikan, bahasa sopan.
Hujah pada tajuk.

Wajarkah Annuar Musa Sambung Sebagai Pengerusi MARA Selepas Cai Najib Mengejinya..

Bila Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh penyokong tegar Najib selaku Pengerusi MARA menggantung tugas dan arah bercuti kepada CEO dan Pengerusi anak syarikat MARA yang terlibat dengan kes hartanah Australia...berlompatanlah blongang dan cai kerana tindakan itu memberi "buah" kepada pelbagai pihak untuk menggesa Najib bercuti ikut contoh tindakan Annuar Musa.

Tindakan Annuar Musa selaras dengan prinsip korporat dan keadilan kepada semua pihak tidak dapat diterima oleh XXXXXXXXXXXXXXXXX (diedit oleh KD) golongan yang meletakan kepentingan indivividu lebih penting dari maruah parti dan kerajaan.

Atau sewajarnya Annuar Musa memohon maaf demi jawatan Pengerusi MARA.

MAT SAID GURUN KEDAH.




Wednesday, July 8, 2015

SURAT PEGUAM NAJIB - WSJ DAH MULA PANIK

Dengar cerdik pandai berhujah ...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2015/07/hafarizams-amateurish-legal-and-press.html

Bezakan pula yang terlebih cerdik ni.. bahasanya yang memukau...ular lidi nak telan naga.


PERDANA Menteri difahamkan sedia maklum akan gelombang-gelombang serangan peribadi ke atas beliau yang dirancang para konspirator terdiri dari kroni-kroni yang 22 tahun ‘kembung’ tapi bila kuasa bertukar tangan, ‘kekembungan’ itu tidak bertahan.

"Konspirasi " ayat yang macam biasa dengar dari seorang banduan terkenal.... dah joint venture ka
......

Ni satu lagi pendapat: 


Najib sebenarnya mengaplikasikan taktik yang sama seperti Anwar Ibrahim dengan cuba mengalih fakta untuk menyalahi orang lain kerana pongong sudah terpalit najis. Samalah seperti Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menuduh konspirasi demi konspirasi demi konspirasi. 
http://mummyrokiah.blogspot.com/2015/07/tidak-ada-niat-jahat-wall-street.html

....
Maklumat Siasatan - siapa yang arah bocorkan ?







Di Malaysia memang hebat, serah Laporan Audit siasatan Profile Jenayah Tinggi pun boleh senyum-senyum macam serah kueh raya...

RAKYAT DENGAR DENYUT NADI NAJIB..

Lepas ni dalam PRU 14 para perayu undi termasuklah pemimpin UMNO sendiri, korang berkempenlah sesama ahli korang, kami ni orang luar, bukan ahli UMNO pun, jadi tak penting untuk kamu semua, lepas ni jangan datang untuk rayu undi pengundi atas pagar lagi.
Kepada pengundi atas pagar, UMNO sekarang ni dah besar kepala, mereka berlagak bukan main, bila ditegur mereka tunjuk hero sangat. Nanti bila undi datang untuk rayu undi aku hambat semuanya, pergi jahanamlah dengan korang, aku sakit hati sangat dengan komen juak-juak Najib yang menghina pengundi atas pagar sebelum ini.



Setuju sangat juak2 Ah jib gor ni dia masih perasan...masih buta...aku tak tahu dari mana juak2 ni datang yang masih yakin yang Umno ni masih kuat? Tolong lah sangat2 sekali sekala p la jengok facebook Ah jib gor...90% komen negative macam tu ke rakyat masih sokong dia?


.....

Ada pihak semborono mendakwa blog ini menggunakan sumber barat untuk menulis.

Anon sendiri yang tiada identiti tidak pula menamakan sumber mana yang ada integriti untuk dipercayai dan diyakini buat masa sekarang hatta PM sendiri sudah tercampak ke dalam situasi yang diragui.


Semua pihak tidak perlu menuding terlalu banyak telunjuk dan jari kepada pihak lain untuk menyalahkan sebaliknya akui lah banyak silap dan salah itu datang dari
tindak tanduk diri sendiri, dari kabinet syok sendiri dengan menteri samseng dan berlagak pandai >>>>>>>>>

Apakah sikap ini sedang di amalkan oleh pemimpin kita sekarang.
Ada dengar mereka buat statement semulia ini..
Yang ada sekarang banyak tuduhan kosong, pembelaan kosong dan penafian kosong...

Lebih malang, kerajaan sangat lemah dalam pengurusan krisis, flip flop yang menyebabkan isu satu inci membesar jadi satu kilometer, akhirnya tidak dapat dikawal dan menjadi virus.

Sebaiknya kita mendapat sumber dari pelbagai hala dan cara, menilai dan menganalisa untuk diterima atau ditolak ... blogg ini menghargai perkongsian maklumat dan perbezaan hujah..bukannya peningkatan maki hamun..sedikit emosi perkara biasa kerana rakyat sakit hati atas apa yang berlaku...sekarang negara dalam porak peranda pun dicaturkan oleh barat.

Siapa yang memberi peluang itu?
Kelemahan siapa membuatkan barat ambil kesempatan?
Kalau kita betul dan benar, boleh ke barat perkotak katik...

Sekali lagi jangan banyakkan salah pihak lain..
jangan salahkan rakyat..
jangan mudah cakap..rakyat jangan terpengaruh...
Hakikatnya pemimpin sendiri lupa diri, klentong, membuat fitnah, tidak amanah, bercakap bohong, kroni, rasuah, gagal memahami kehendak rakyat, boros, mewah tak bertempat, menunjuk-nunjuk..

Kelansungan kehidupan rakyat terkini, apakah sengaja rakyat benci dan marah Najib, sengaja bercakap dan jealous pada Rosmah, sengaja geram dan sakit hati pada Menteri dan Pemimpin raja lawak, sengaja mempertikai GST dan 1MDB..... semua itu tidak sengaja, tidak suka-suka kerana rakyat sendiri pun banyak tanggungjawab dan urusan..

Rakyat terfokus apabila kehidupan seharian terganggu dengan peningkatan kos dan gangguan keselamatan dan ketidakstabilan perpaduan...serta banyak perkara yang menjolok mata dan tidak sedap didengar dan dipandang..

Lebih penting apabila rakyat bertanya, samada yang bertanya itu mantan, pembangkang atau mana-mana pihak pun, ia menjadi tanggungjawab kepada kerajaan untuk menjawab dengan cepat dan tepat.


Bukan sekadar jawapan, tetapi jelas, telus, nothing to hide dan
tidak terdedah pula kepada persepsi liar. Jawapan yang berisi akan menangkis segala bentuk persepsi dan fitnah.

Jika isu 1MDB, GST dan isu semasa dan akan datang sekadar bangkai nyamuk.. wajar Najib terus menjadi Ketua Kerajaan sekarang dengan sedikit pengubahsuaian sikap dan pengurusan tetapi jika ianya sebesar bangkai gajah - berundurlah.


Keadaan bertambah buruk apabila penyokong dan cai terlebih sudu dari kuah...
Keadaan juga bertambah buruk jika siasat jadi sesat, audit jadi auta, PAC jadi PACK...

Mohon uruskanlah rakyat dan negara dengan amanah.

Tuesday, July 7, 2015

Siapa Rakyat Nak Percaya - Najib, Mahathir, Peguam Negara



Tulisan di bawah mempunyai justifikasi kredibiliti yang setiap orang perlu berlapang dada bagi menerima penghujung kemelut politik di mana kesudahannya UMNO tetap rugi, cuma samada rugi terus dan selamanya atau rugi sementara untuk bangkit semula.

Oleh kerana ia sudah dalam"pengetahuan dan pantauan" antarabangsa apa sahaja keputusannya nanti haruslah di anggap terbaik...

Cuma malangnya kenapa ketelusan di dalam negara kini bergantung kepada campurtangan luar negara. Rakyat seolah hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa keselamatan dan kerajaan sendiri untuk mengendalikan kes ini secara cepat, tepat, telus dan jujur.

Walaupun kepercayaan tidaklah sepenuhnya tetapi pendedahan yang dibuat hampir ujud menimbulkan persaolan samada perkara ini dipendam atau tidak ada tindakan oleh pihak berwajib (?)

Perkembangan terkini juga mendakwa akaun yang dibekukan oleh Petugas Khas bukanlah akaun yang dimaksudkan oleh ASWj - (?)

DS Najib juga tidak menyaman ASWJ sebaliknya menghantar surat meminta penjelasan dengan tempoh 14 hari.  

Adakah Cash Is The King still King Forever di Malaysia...


___________________


Daripada kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, sejak beberapa hari kebelakangan ini, kesimpulan rambang boleh dibuat bahawa ada bukti pembabitan Mohd Najib.

Malah kenyataan bersama pasukan petugas pelbagai agensi mengenai pembekuan enam akaun bank milik pihak-pihak yang dipercayai terlibat dengan kes akaun Mohd Najib pada 6 Julai memberi gambaran mereka tidak mahu berselindung lagi.

Ini bukan calang-calang kenyataan media. Ia ditandatangani sendiri oleh Abdul Gani, Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Abdul Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Abu Kassim Mohamed.

Ia memperkukuhkan lagi bukti bahawa akaun yang didakwa oleh WSJ itu wujud!

Seperkara lagi, penubuhan pasukan bertindak itu boleh mengelak agensi-agensi terbabit daripada ditekan, dipujuk malah diperas ugut sekiranya mereka bertindak bersendirian.

Soalnya sekarang, adakah Abdul Gani bersungguh mahu menghadapkan pihak-pihak yang terlibat, termasuk Mohd Najib, ke muka pengadilan?

Beban Maklumat

Beban beliau sangat berat kerana maklumat yang ada di tangan beliau, juga ada di tangan badan-badan penyiasat  seperti Polis, SPRM dan Bank Negara.

Selain itu, sebahagian maklumat dan dokumen berkaitan telah pun bocor dan jatuh ke tangan pihak ketiga, termasuk media massa asing.

Kalau Mohd Najib tidak dituduh sedangkan ada bukti yang kukuh, satu dunia akan ketawakan kita dan sahlah kita tidak serius membanteras rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi.

Peguam Negara terpaksa meyakinkan Polis, SPRM dan Bank Negara mengapa pendakwaan tidak dilakukan. Kalau tindakan tegas tidak diambil, ia akan menyebabkan pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus menyiasat dan mengambil risiko, berasa putus asa dan hilang semangat. Dan mereka mungkin bercakap kerana mereka tidak mahu dituduh bersekongkol atau tidak cekap.

Beban yang sama beratnya dipikul oleh orang seperti Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin kerana beliau juga mempunyai maklumat yang sama dan berkuasa untuk melakukan sesuatu.

Beliau perlu segera bertindak dengan berani dan tegas kalau mahu menyelamatkan negara daripada krisis imej dan keyakinan yang semakin meruncing yang telah merebak menjangkiti ekonomi dan kesejahteraan rakyat jelata.

Wallahuaklam.
http://kadirjasin.blogspot.com/2015/07/tak-menghairankan-jika-pm-didakwa.html


TIADA SIAPA BUAT TUDUHAN, MASIH LAGI BERTANYA...


KD..simple question...ragu2 gak dgn tindakan ni..AG repot pada siapa? Zety resport pd sapa? IGP report pd sapa? SPRM report pd sapa? Sng kata..selagi org tu tidak direhatkan..aku x percaya siasatan dpt dijlnkan dgn bebas..dan wo fear or favor..







Yang lemah otak, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi jangan baca..



Breaking News : Najib's Six Bank Accounts Frozen. Warrant of arrest next?

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/special-task-force-freezes-six-accounts-linked-to-najib-wsj-probe

://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2015/07/breaking-news-najibs-six-bank-accounts.html


Masa masih ada untuk sesiapa yang nak lompat kapal...

6ANGKA