Tuesday, July 7, 2015

Siapa Rakyat Nak Percaya - Najib, Mahathir, Peguam Negara



Tulisan di bawah mempunyai justifikasi kredibiliti yang setiap orang perlu berlapang dada bagi menerima penghujung kemelut politik di mana kesudahannya UMNO tetap rugi, cuma samada rugi terus dan selamanya atau rugi sementara untuk bangkit semula.

Oleh kerana ia sudah dalam"pengetahuan dan pantauan" antarabangsa apa sahaja keputusannya nanti haruslah di anggap terbaik...

Cuma malangnya kenapa ketelusan di dalam negara kini bergantung kepada campurtangan luar negara. Rakyat seolah hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa keselamatan dan kerajaan sendiri untuk mengendalikan kes ini secara cepat, tepat, telus dan jujur.

Walaupun kepercayaan tidaklah sepenuhnya tetapi pendedahan yang dibuat hampir ujud menimbulkan persaolan samada perkara ini dipendam atau tidak ada tindakan oleh pihak berwajib (?)

Perkembangan terkini juga mendakwa akaun yang dibekukan oleh Petugas Khas bukanlah akaun yang dimaksudkan oleh ASWj - (?)

DS Najib juga tidak menyaman ASWJ sebaliknya menghantar surat meminta penjelasan dengan tempoh 14 hari.  

Adakah Cash Is The King still King Forever di Malaysia...


___________________


Daripada kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, sejak beberapa hari kebelakangan ini, kesimpulan rambang boleh dibuat bahawa ada bukti pembabitan Mohd Najib.

Malah kenyataan bersama pasukan petugas pelbagai agensi mengenai pembekuan enam akaun bank milik pihak-pihak yang dipercayai terlibat dengan kes akaun Mohd Najib pada 6 Julai memberi gambaran mereka tidak mahu berselindung lagi.

Ini bukan calang-calang kenyataan media. Ia ditandatangani sendiri oleh Abdul Gani, Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Abdul Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Abu Kassim Mohamed.

Ia memperkukuhkan lagi bukti bahawa akaun yang didakwa oleh WSJ itu wujud!

Seperkara lagi, penubuhan pasukan bertindak itu boleh mengelak agensi-agensi terbabit daripada ditekan, dipujuk malah diperas ugut sekiranya mereka bertindak bersendirian.

Soalnya sekarang, adakah Abdul Gani bersungguh mahu menghadapkan pihak-pihak yang terlibat, termasuk Mohd Najib, ke muka pengadilan?

Beban Maklumat

Beban beliau sangat berat kerana maklumat yang ada di tangan beliau, juga ada di tangan badan-badan penyiasat  seperti Polis, SPRM dan Bank Negara.

Selain itu, sebahagian maklumat dan dokumen berkaitan telah pun bocor dan jatuh ke tangan pihak ketiga, termasuk media massa asing.

Kalau Mohd Najib tidak dituduh sedangkan ada bukti yang kukuh, satu dunia akan ketawakan kita dan sahlah kita tidak serius membanteras rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi.

Peguam Negara terpaksa meyakinkan Polis, SPRM dan Bank Negara mengapa pendakwaan tidak dilakukan. Kalau tindakan tegas tidak diambil, ia akan menyebabkan pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus menyiasat dan mengambil risiko, berasa putus asa dan hilang semangat. Dan mereka mungkin bercakap kerana mereka tidak mahu dituduh bersekongkol atau tidak cekap.

Beban yang sama beratnya dipikul oleh orang seperti Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin kerana beliau juga mempunyai maklumat yang sama dan berkuasa untuk melakukan sesuatu.

Beliau perlu segera bertindak dengan berani dan tegas kalau mahu menyelamatkan negara daripada krisis imej dan keyakinan yang semakin meruncing yang telah merebak menjangkiti ekonomi dan kesejahteraan rakyat jelata.

Wallahuaklam.
http://kadirjasin.blogspot.com/2015/07/tak-menghairankan-jika-pm-didakwa.html


42 comments:

  1. Rakyat tidak percaya Madey laki Hasmah. . .juga rakyat tidak percaya laki Kak Mah..rakyat juga tidak perchaya Peguam Negara...Rakyat hanya Perchaya pada KD sahaja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted macai abadi! Takkan rkyt nk percaya sama ko? Ko tukang basuh berak najib bolehlah,!

      Delete
    2. Nampak tak bodohnya kepala otak ted hindu ni?
      balas dgn komen tahap otak mangkuk tandas!

      dah puas menyamar ted?
      "perchaya" tu apa ted?
      Kuno zaman jahiliah!

      Delete
    3. Ted Poyology Manoff - pembina tamadun ( sendiri declare )

      ..lebih bangang lagi kalo percaya penjual ikan yg duduk dlm alam khayalan...

      p/s:.. ikan kembong brape hengget sekilo hari ni...

      Delete
    4. Ikn sekarang mahal bro, ikn kembong je rm8 sekilo, tu belom gst lagi ,cuaca plk tk tentu sekarang

      Delete
    5. Apakah Najib berani membuat Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration - SD) untuk menafikan segala laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report serta Tun Dr. Mahathir itu. Malahan dalam Pengakuan Berkanun Najib itu, hendaklah Najib menyatakan bahawa :

      "Ini semua adalah didalangi oleh Tun Dr. Mahathir yang bersekongkol dengan media barat (dirujuk kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal) yang memfitnah saya (Najib) untuk menjatuhkan saya (Najib) dari jawatan Perdana Menteri.

      Motif utama Tun Dr. Mahathir mendalangi konspirasi ini adalah kerana Tun Dr. Mahathir tidak berpuas hati dan kecewa kerana saya (Najib) tidak melayani tuntutan peribadi melibatkan kepentingan peribadi Tun Dr. Mahathir itu.

      Tuntutan peribadi yang melibatkan kepentingan peribadi Tun Dr. Mahathir yang saya (Najib) tidak layan adalah seperti berikut:

      1.
      2.
      3.
      dan seterusnya.

      Saya (Najib) mengaku bahawa apa yang tercatat di dalam Pengakuan Berkanun ini adalah benar dan tiada sebarang penipuan maklumat dimasukkan ke dalam Pengakuan Berkanun ini."

      Sila Najib buat Pengakuan Berkanun seperti yang didrafkan oleh saya itu jika Najib benar-benar yakin dia tidak bersalah dan dia di pihak yang benar.

      Delete
    6. hebat nama hang...tu TED (tod..i MANOF nonok)
      sehebat tod...i nulis
      bingkai

      Delete
  2. Jelas sekali kepercayaan rkyat kepada najib kian terhakis, letak jawatan adalah jln terbaik buat najib! Tidak dpercaya TURUN!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. persepsi dan fitnah..20 ribu di terengganu

      Delete
  3. Tuduhan WSJ punyalah berat tapi najib cuma mampu minta penjelasan saja?Kenapa tak saman terus kalau memang dia tak bersalah?Entahlah cuma tuhan saja yg tahu motif tindakan najib yg seakan 'membeli masa'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "In the circumstances, we are instructed by our Client to seek confirmation as to whether it is your position as taken in the Articles that our Client misappropriated nearly USD 700 million from 1Malaysia Development Berhad?”

      Slm KD
      Apa yg lawngok ni buat ialah utk create evidence against wsj. Statement kat atas serta minta confirmation dr wsj adalah utk tujuan tersebut. Wsj x nah kata missappropriated from 1md!!! Wsj cuma kata fund msk dr company yg mungkin ada link dgn 1md..

      Tpi WSJ pun ada lawyer dorang dans saya rasa mereka x sebodoh yg htr surat ni

      Delete
    2. Dari palawan pindan bugis belit ke setan2 gondol kaki belit...cuma yg nak dibelitnya kali ni ialah king kong!

      Delete
    3. Sebenarnya Datuk Jahara Hamid ADUN Teluk Air Tawar lebih pahlawan berbanding Najib, kerana dia berani saman Lim Guan Eng hinggakan Lim Guan Eng didapati bersalah atas tuduhan memfitnah Datuk Jahara Hamid yang dituduh sebagai rasis.

      Najib ni pahlawan bugis ke bapuk tua bogel? Sedangkan Datuk Jahara Hamid, seorang perempuan, hanya ADUN sahaja berani ambil tindakan saman terhadap Lim Guan Eng yang berjawatan Ketua Menteri Penang, kerana Datuk Jahara yakin dia di pihak yang benar, mengapakah Najib tidak berani untuk mengambil tindakan saman terhadap portal berita dan seorang tua yang telah berumur 90 tahun yang tak ada jawatan apa-apa dalam kerajaan sekarang ini?

      Najib jangan lagi menganggap dirinya sebagai pahlawan bugis, kerana hanya memalukan kaum bugis sahaja dengan tindak tanduk Najib selama ini, lebih elok Najib rujuk dirinya sebagai bapuk tua bogel yang pengecut kerana berada di pihak yang salah.

      Delete
    4. setuju. malu la najib ketua pembangkang dun pulau pinang lagi berani dari kamu. kepenakutan najib hanya akan menjatuhkan moral orang2 umno je.

      jentayu

      Delete
  4. Sya pikir, Muhyiddin tunggu laparan paling 'jelas' & 'terang' dprd pasukan petugas.
    Jika memang laporan tersebut nanti berasas untuk pendakwaan dan mendapat lampu hijau drpd AG, saya pikir Mahyuddin akan mengadap Agong.
    Atau senario kedua, jika Najib tahu dia akan kena dakwa, saya rasa dia akan letak jawatan dan terus mengumumkan penggantinya (mestilah bukan Mahyuddin maa).
    Itu jangkaan saya sahaja iaitu ("JIKA').

    ReplyDelete
    Replies
    1. persepsi dan fitnah mainan syaitan mengharapkan ahli2 UMNO berpecah belah.

      Delete
    2. encik krenggge, kalaupun excited nak najib turun, dalam perlembagaan perkara itu tidak boleh berlaku. agong tidak boleh memaksa pm letakkan jawatan kecuali atas kerelaan pm sendiri atau pm didapati bersalah atas jenayah. dalam keadaan ketika ini hanya persepsi, bukti2 yang berubah2 dan bercanggah ianya tidak mampu dilakukan. mudah ceritanya mahkamah kena jatuh hukum baru pm boleh dilucutkan jawatan atau pm turun sendiri kerana tak sanggup dengan beban tekanan.

      Delete
  5. Sebenarnya bagi pendapat saya yang dah lama mengikuti perkembangan yang ultra hebat bagi kes skandal yg bermula ngan !MDB gagal, serangan Tun Mahathir dan pihak musuh Negara bersama pakatan haram pembangkang yang mengambil kesempatan.
    1) Yang memberi arahan kepada pembentukan pasukan mantap penyiasat ialah PM DS Najib sendiri. Beliau telah menggabungkan kesemua badan berwajib supaya tidak timbul mana-mana pihak yang akan berani membuat khianat dengan membocorkan apa jua perkembangan siasatan.
    2) Semua ini adalah balasan terhadap kepimpinan DS Najib yang telah membelakangkan rakyat keseluruhan demi hendak mengambil hati rakyat dari golongan kapitalis, cina india professional yang mahu lebih liberal dalam memegang kuasa serta bebas menentang agama Islam.
    3) Pendekatan paling buruk beliau ialah mewujudkan gagasan 1 Malaysia yang tidak jelas hingga menyebabkan terbentuknya fahaman semua bangsa, agama ketuanan adalah bersifat sama rata di Malaysia sejajar dengan berbagai Transformasi yang diperkenalkan.
    4) Penghapusan ISA dan cubaan hapuskan akta Hasutan yang mendapat tentangan kuat pihak Polis.
    5) Dasar pandang baik ke arah Singapura / Amerika yang mendedahkan ekonomi Malaysia terhadap penjajahan ekonomi alaf baru melalui TPPA.
    6) Malang sekali buat PM Najib gagal menampilkan seorang Isteri yang lemah lembut lagi sedap mata memandang. Yang dimanipulasi oleh musuh politik beliau hanyalah, kemewahan, ketamakan, wajah insan yang bengis kusam langsung tidak menunjukkan keikhlasan sebagai ibu juga harapan rakyat untuk dijadikan seri payung Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah dan persepsi utk memburuk2 kan UMNO.Semua ahli UMNO dari Timb,Naib,MT dan seluruh ahli menyokong penuh PM

      Delete
  6. Really ar u tuduh duit msk acc i? U da cek ke maklumat u? Mungkin anak u main komputer kot? Betul ke betul2 u tuduh duit msk acc i ni? Ckp la betul2...jgn jdi penipu cam i...u tuduh duit msk acc i ke tak? Ada 4 saksi bodoh tak?

    Bangang nye lawyerburuk cuba nak dptkan punca utk sue wsj!!!

    ReplyDelete
  7. anon 10:54pm

    Kesimpulan nya, kebanyakan pemimpi dalam uMNO adalah Serigala pondan yang lapar dan takut. Bila mereka dipilih menjadi seseorang mereka tidak lebih kpd seorang Pemimpi bukan pemimpin. Adakah UMNO akan terus dipercayai oleh orang Melayu. UMNO cuma melahirkan orang seprti Nazri Aziz, Hassan Malek, Mat Maslan dan yang semangkuk dgn nya.
    Orang Melayu perlu kpd satu Parti Baru yg didalamnya terdiri dari mereka yg berbakat bukannya mereka yang asyik berpakat utk mengenakan rakyat. Najib Puaka sudah jelas tersasar dari landasan. Rosmah sebagi Waze nya ternyata menyesat dan gerigi besi jelas dihadapan mata batin Najib.
    UMNO telah menjadi Badi kepada orang Melayu di kala ini. Bagi aku , jika PAS beseorangan undi Melayu solid berada didalam kantung PAS.

    ReplyDelete
  8. Salam Kd dh seminggu aku tk lihat kawan baik ko Din tontoi..apakah Najib telah meniru tektik Tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Tun Dr. Mahathir dulu, jika ada kontroversi melibatkan pihak kerajaan, maka Perdana Menteri dan para jemaah kabinet akan konsisten memberikan jawapan yang tegas dan jelas hinggakan rakyat mengerti apa yang sebenarnya berlaku dan rakyat dapat menerima penjelasan oleh kerajaan itu dengan hati yang terbuka.

      Tetapi zaman Najib banyak sangat nak disorok, lepas tu bila ada isu hanya diamkan diri, malahan suruh pecacai yang perangai dan mentaliti jenis tak bersekolah untuk beri komen, maka terus tunggang langgang sana sini sampaikan dah tak boleh dikawal oleh pihak kerajaan sendiri.

      Itulah beza kualiti kepimpinan yang bertarar lima bintang zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri berbanding dengan kepimpinan tahap sampah sarap zaman Najib sekarang ini.

      Delete
  9. adakah benar laporan2 tersebut akan dbawa ke TPM bkn PM?

    ReplyDelete
  10. Apa la punya baghal, kan dah terbukti dokumen-dokumen transaksi duit yang WSJ siar tu semua palsu........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau palsu mengapakah Najib tak ambil tindakan saman fitnah terhadap orang yang mengeluarkan artikel yang dikatakan palsu serta dalang utama krisis ini?

      Najib ni pahlawan bugis ke bapuk tua bogel, sebab pengecut sangat dalam tindakan.

      Delete
    2. Haah...betul la hang baghal...da tau palsu g hantar surat cinta plak tu pd wsj...bukan nak hantar saman...hahahah brp punya baghal la hang ni pun...

      Delete
  11. Tetapi mengapakah hingga kini pihak berkuasa terutama pihak polis tidak menyerbu Sri Perdana atau Pejabat Perdana Menteri untuk menangkap Najib? Atau kalau nak serbu dan tangkap Najib tu nampak keterlaluan bagi seorang Perdana Menteri, tetapi mengapakah pihak polis tidak memanggil Najib ke mana-mana IPD, IPK atau Bukit Aman untuk diambil keterangan Najib mengenai isu ini?

    Malahan sepatutnya di pihak kerajaan, di pihak jemaah menteri perlu mengambil tindakan segera samada menasihatkan Najib supaya 'berehat' dari jawatannya sepanjang tempoh siasatan supaya integriti siasatan tidak tercemar dengan gangguan yang masih boleh dilakukan oleh Najib sekiranya dia masih berjawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Lembaga Penasihat Khazanah Nasional, dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

    Jika di luar negara, di negara majulah, tak kiralah Perdana Menteri, atau Menteri, malahan Presiden sekali pun akan terus meletak jawatan kerana berasa bertanggungjawab terhadap isu berkenaan. Tetapi di Malaysia kita tak minta Najib terus letak jawatan, tetapi paling kurang 'berehat' dahulu dari jawatan yang disandang sepanjang proses penyiasatan berlangsung hingga selesai kes tersebut.

    Malahan kita juga hairan mengapakah Najib hingga kini tidak menyaman Wall Street Journal, Sarawak Report dan Tun Dr. Mahathir di mana Najib dengan selambanya menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai dalang utama yang bersekongkol dengan WSJ dan Sarawak Report untuk memfitnah bagi menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri.

    Jika kata proses nak saman WSJ dan Sarawak Report mungkin ambil masa sebab melibatkan kes dengan pihak luar negara, tetapi mengapakah Najib tidak menyaman Tun Dr. Mahathir yang Najib tuduh sebagai dalang utama memfitnah Najib supaya Najib jatuh dari jawatan Perdana Menteri itu? Kerana Tun Dr. Mahathir warga Malaysia, adalah tidak sekompleks untuk menyaman pihak asing, tetapi mengapakah Najib tak menyaman Tun Dr. Mahathir hingga kini?

    Bersambung.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambungan..................

      Jika kalaulah Najib kata walaupun Tun Dr. Mahathir sebagai warga Malaysia pun ambil masa juga untuk proses saman itu, maka mengapakah Najib tidak membuat Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration - SD) untuk menafikan segala laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report serta Tun Dr. Mahathir itu. Malahan dalam Pengakuan Berkanun Najib itu, hendaklah Najib menyatakan bahawa :

      "Ini semua adalah didalangi oleh Tun Dr. Mahathir yang bersekongkol dengan media barat (dirujuk kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal) yang memfitnah saya (Najib) untuk menjatuhkan saya (Najib) dari jawatan Perdana Menteri.

      Motif utama Tun Dr. Mahathir mendalangi konspirasi ini adalah kerana Tun Dr. Mahathir tidak berpuas hati dan kecewa kerana saya (Najib) tidak melayani tuntutan peribadi melibatkan kepentingan peribadi Tun Dr. Mahathir itu.

      Tuntutan peribadi yang melibatkan kepentingan peribadi Tun Dr. Mahathir yang saya (Najib) tidak layan adalah seperti berikut:

      1.
      2.
      3.
      dan seterusnya.

      Saya (Najib) mengaku bahawa apa yang tercatat di dalam Pengakuan Berkanun ini adalah benar dan tiada sebarang penipuan maklumat dimasukkan ke dalam Pengakuan Berkanun ini."

      Sila Najib buat Pengakuan Berkanun seperti yang didrafkan oleh saya itu jika Najib benar-benar yakin dia tidak bersalah dan dia di pihak yang benar.

      Jangan terus berdolak dalih ke sana ke mari, putar sana putar sini, kerana akan mencetuskan polemik dan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat. Dalam situasi sekarang, bukanlah Wall Street Journal atau Sarawak Report atau Tun Dr. Mahathir yang memecah belahkan masyarakat di Malaysia, mereka hanya menyatakan apa yang mereka punya bukti untuk membuat tuduhan kepada Najib.

      Sebenarnya Najib sendiri yang menyebabkan perpecahan ini kerana dia tidak mahu mengambil apa-apa tindak undang-undang samada saman atau pengakuan berkanun untuk menafikan perkara ini.

      Malahan di peringkat jemaah kabinet pun adalah penyebab kepada perpecahan dan polemik di kalangan masyarakat kerana mereka sendiri tidak bersikap jujur dengan menasihatkan Najib agar 'berehat' dari jawatannya supaya ketelusan dan integriti siasatan akan terjamin tanpa sebarang gangguan yang tidak sepatutnya.

      Apa yang kita lihat sekarang ini di pihak UMNO dan sebahagian jemaah kabinet sendiri tanpa usul periksa terus salahkan Wall Street Journal, Sarawak Report, dan Tun Dr. Mahathir dengan berbagai tuduhan yang tidak berasas, malahan mereka menyokong dan tidak membenarkan Najib untuk 'berehat' dari jawatannya pula.

      Kalau beginilah keadaannya, maka taraf kabinet serta pemimpin UMNO di negara ini tak ubahlah seperti kuncu-kuncu diktator di negara dunia ketiga, menyokong membuta tuli sebab sayangkan jawatan, bukannya kerana kepentingan terhadap negara dan rakyat.

      Delete
  12. TPM for PM post now...
    Letak 1MDB ni aside..
    Tolong tengok masalah rakyat ni..

    ReplyDelete
  13. Yang ini ayat fitnah..sumber dari pihak celaka..

    Daripada kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, sejak beberapa hari kebelakangan ini, kesimpulan rambang boleh dibuat bahawa ada bukti pembabitan Mohd Najib.


    Yang bawah ini dari AG..sumber berita dari Malaysia.

    Keenam-enam akaun yang dibekukan oleh Pasukan Penyiasat Khas Dana USD 700 juta tiada satu pun milik Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.

    “Perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri,” kata Tan Sri Abdul Gani Patail.


    ReplyDelete
  14. Persepsi merosakkankepimpinan AG dan PM.

    Peguam Negara terpaksa meyakinkan Polis, SPRM dan Bank Negara mengapa pendakwaan tidak dilakukan. Kalau tindakan tegas tidak diambil, ia akan menyebabkan pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus menyiasat dan mengambil risiko, berasa putus asa dan hilang semangat. Dan mereka mungkin bercakap kerana mereka tidak mahu dituduh bersekongkol atau tidak cekap.


    Ini sumber yg sahih dan benar

    Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan kenyataan yang dibuat mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu.

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66648

    Moga KD bertaubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD tak tau apa itu TAUBAT .....yang dia tau hanya TAUBUAT

      Delete
    2. Ted Poyology Manoff - pembina tamadun (sendiri declare)

      ...fuyyooo..bukan main bongkak lagi si penjual ikan ni..kalo tak poyo bukan ted manoff namanye, kalo tak sembang bukan lah.machai si bapok...

      p/s:..kalo tak TAU APE APE..tak paya lah komen..

      Delete
  15. ayat KD menunjukkan persaepsi buruk kpd PM.

    DS Najib juga tidak menyaman ASWJ sebaliknya menghantar surat meminta penjelasan dengan tempoh 14 hari.


    Berita yg sebenar tidak disiarkan oleh KD...

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk meneliti artikel yang diterbitkan The Wall Street Journal bertajuk " Malaysia Leader's Accounts Probed". Bertindak bagi pihak firma berkenaan, Wan Azmir Wan Majid, dalam satu kenyataan berkata, artikel bertarikh 2 Julai itu, dicemari pelbagai tuduhan terhadap Najib yang melibatkan beberapa syarikat dan transaksi. Beliau berkata dengan meneliti artikel berkenaan, mereka (peguam) membuat kesimpulan bahawa bahasa yang digunakan, dengan sengaja atau sebaliknya, merujuk kepada beberapa fakta dan syarikat yang diterangkan secara samar-samar. Katanya artikel oleh WSJ dikeluarkan, diterbit dan disebarkan melalui laman portal WSJ iaitu www.wsj.com. "Pertamanya, kami telah diarahkan untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kepengarangan, pengedaran dan penerbitan artikel tersebut, bagi tujuan menamakan pihak-pihak yang sewajarnya dalam apa-apa tindakan yang akan dilakukan. Ini memerlukan perbincangan dan penyelidikan memandangkan artikel itu tidak menggambarkan maklumat yang luas untuk perkhidmatan sebarang surat undang-undang atau dokumen mahkamah". "Kedua, satu lagi isu yang menjadi perhatian ialah bidang kuasa memandangkan penerbitan berasal dari Amerika Syarikat dan boleh diakses di seluruh dunia. Kami juga telah diarahkan supaya wakil tempatan WSJ hadir dan kami juga meneruskan usaha mendapatkan penjelasan lanjut dan terperinci mengenai perkara ini," katanya. Wan Azmir berkata memandangkan artikel itu melibatkan beberapa pihak, para peguam juga telah diarahkan untuk mempertimbangkan tindakan bersama atau tindakan ke atas, jika bukti menunjukkan wujud konspirasi terhadap pelanggan mereka. "Sila ambil perhatian bahawa syarikat dinamakan sebagai konspirator dengan pelanggan kami, dalam artikel ini adalah, International Petroleum Investment Co, Tanore Finance Corp, SRC International Sdn Bhd and Ihsan Perdana Sdn Bhd," katanya. Peguam itu seterusnya menyatakan bahawa beberapa nama-nama syarikat dan organisasi hanya dirujuk sebagai syarikat berkaitan atau syarikat-syarikat yang dimiliki oleh organisasi-organisasi tertentu atau syarikat-syarikat. Beliau berkata sumber atau destinasi atau transaksi yang didakwa tidak pernah didedahkan. "Ini, sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan wujud keperluan untuk identifikasi fakta. Apabila dia telah mengenal pasti pihak-pihak tertentu, bidang kuasa dan penglibatan konspirator atau pihak-pihak yang juga telah secara tidak bersalah dikaitkan dalam artikel ini, kami boleh meneruskan untuk menangani isu ketiga," jelas Wan Azmir. Beliau juga berkata, isu yang ketiga adalah untuk menangani semua kemungkinan atau remedi undang-undang munasabah untuk pelanggan mereka. Katanya ini termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan fitnah, tindakan selanjutnya yang berliku-liku dan remedi termasuk sebarang pelanggaran mengikut undang-undang oleh WSJ dan syarikat-syarikat berkaitan dan (jika ada) yang berkomplot. Peguam itu berkata bahawa ini bukan satu tindakan undang-undang yang berterus terang disebabkan oleh dakwaan-dakwaan di peringkat nasional dan antarabangsa. "Kami telah diarahkan untuk mengenal pasti fakta dan memberikan fakta-fakta penuh sebelum pelanggan kami dapat meneruskannya dengan arahan selanjutnya," katanya. Wan Azmir berkata tujuan penjelasan ini adalah untuk mengelakkan bantahan yang tidak perlu oleh WSJ berhubung dakwaan-dakwaan yang dibuat. "Apabila pelanggan kami telah mendapat semua fakta yang diperlukan dan kedudukan WSJ ditentukan, kita mempunyai arahan-arahan tegas untuk segera menggunakan semua saluran undang-undang dan remedi," katanya. - BERNAMA

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66646

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...lawak bodoh lagi...minta fakta dari org yg menuduh...sama bodoh ngan pondan dan pengikutnya...

      Bila x cukup fakta tu pasal la x blh nak saman wsj...boleh plak tu suruh wsj ngaku yg duit dtg dr 1md...betul nye penipu gampang..

      "En perompak...boleh tolong tak bagi tau nama tempat waktu dan lain2 supaya kami blh dakwa awak? Kami bg 14 hari boleh? Tak pun kami bagi 14 bulan, 14 tahun atau 14 abad..kalau u x bagi susah la i nak dakwa u....

      Lepas ni xde org la nak kan dorang ni represent kes2 mereka...

      Delete
  16. Persepsi yg disengajakan dibuat agar PM kita Najib dihina...


    "Kalau Mohd Najib tidak dituduh sedangkan ada bukti yang kukuh, satu dunia akan ketawakan kita dan sahlah kita tidak serius membanteras rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi."


    Hakikatnya ayat diatas tersebut hanya fitnah...
    Harap sahabt jgn bergantung berita dari KD semata2..sejak akhir2 ini KD hanya menulis berdasarkan sumber dari Barat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong bagi tau sumber mana, nama dan alamat yang boleh dapat berita yang sah dan benar (?)
      Mykmu?
      TV3?
      PMO?
      Mulut Najib sendiri?

      Delete
    2. Tolong bagi tau sumber mana, nama dan alamat yang boleh dapat berita yang sah dan benar (?)
      Mykmu?
      TV3?
      PMO?
      Mulut Najib sendiri?

      Delete
    3. Sian negara kita...dpt pee em x blh pakai...loya2 nya pun x blh pakai..mkn gaji buta...harap org sogok info...keje malas...mta kat mereka yg siarkan maklumat plak tu...hehehe...malulah loya2 lain dlm negara ni pasai bbrp loya yg tak competent nih...

      Ade juga jenis loya buruk camni ek!

      Delete

6ANGKA