Wajahnya yang
tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak
campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.
Ya! Ketika Tun
Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap
bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’.
Orang tidak
memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik,
tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.
Tun Siti sangat sederhana
sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana
lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London . Saya masih ingat
jawapan Tun Siti: “ada orang hendak
bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”.
Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang
datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.Saya
kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun
Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu
berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya
tentang politik.
Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.
Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau
pandangan agama tentang urusan harian.
Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah
berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa
perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’bagi
negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Maka tidak hairanlah ketika
Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak
menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut
celupar sahaja yang cuba
mengguris Tun Siti yang selalu diam itu.
Itu pun puak yang suka menyentuh
urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.Begitu
lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana.
Tiada cerita
kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek
itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan
merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak.
Tidak banyak cerita di media tentang dirinya,
sehingga melebihi suaminya. Namun,
sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu.
Demikianlah
semua manusia.Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun
Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai
isteri pemimpin.
Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.
Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat
kerana gaya dan sikap isterinya.
Ertinya, jangan sampai rakyat membenci
seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah
Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak
dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan
yang benar. Menasihati suami
agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang
menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..
Tun Dr Siti
Hasmah, tahniah!
Ini adalah tulisan seorang Mufti bertarikh 15/7/2010
Kesimpulannya:
Jika jaga tingkah laku dan bersikap mulia tidak ada sesiapa yang suka-suka
kritik dan tidaklah perlu hari ini untuk menjawab berjela-jela membela diri.
Tentang
diri sendiri, keji atau puji biarlah orang lain yang memperkatakannya.
# Kalau anda ada isteri, suruhlah dia baca dengan insaf kalau benar-benar dah insaf, dan bukannya bertambah berang dan hantar askar upahan untuk menyerang.