Saturday, July 11, 2015

Lu fikir Le Sendiri...

Sarkis Daa· 17 hours ago
Adakah kerajaan Israel lebih baik dari negara kita? Polis Israel telah mengeledah rumah presiden Israel yang bernama Moshe Katsav dan merampas bukti-bukti presiden Israel merogol perempuann Israel. Selepas itu, presiden Israel dibicarakan dan dipenjarakan selama 7 tahun dalam penjara bersama banduan-banduan lain. 

Sebaliknya, di negara kita pemimpin-pemimpin yang disyakki terlibat dengan pelbagai skandal kewangan hidup bebas sedangkan orang-orang yang membocorkan skandal kewangan diburu. Orang curi susu bayi (mungkin kerana kemiskinan atau bayi lapar dirumah) dipenjarakan tetapi orang yang mencuri wang berjuta atau berbilion ringgit hidup bebas menikmati hasil jenayah. Apa yang sedang berlaku di negara kita?


Friday, July 10, 2015

Apa Kata Musa Hitam Tentang Cai..



"Mereka yang mengikrarkan sokongan ini adalah yang pertama akan angkat kaki apabila pemimpin mereka dilanda masalah," katanya mengimbau kembali kenangannya dalam parti - Tun Musa Hitam.


Siapa cai yang dimaksudkan..
Blongang
KBU
Said Keruak
Mohamad Hassan
Nazri
Ku Nan
Annuar Musa
Shahrir Samad
Zahid
Hishamuddin
Kj
Sharizat termasuk...
Muhyiddin
( ? )





“Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan
sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak.
Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.” – Kenyataan PM, 8 Julai 2015

Kenyataan di atas mengundang persepsi bahawa Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini. Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya.
Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Presiden PAS9 Julai 2015


MENTERI TAMBAHAN



Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. 

Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. 

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’

Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. 

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. 

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. 

Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. 

Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. 


Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. 

Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. 

Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. 

Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. 

Demikianlah semua manusia.Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. 

Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. 

Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu! 

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..

Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Ini adalah tulisan seorang Mufti bertarikh 15/7/2010

Kesimpulannya: Jika jaga tingkah laku dan bersikap mulia tidak ada sesiapa yang suka-suka kritik dan tidaklah perlu hari ini untuk menjawab berjela-jela membela diri.

Tentang diri sendiri, keji atau puji biarlah orang lain yang memperkatakannya.

# Kalau anda ada isteri, suruhlah dia baca dengan insaf kalau benar-benar dah insaf,  dan bukannya bertambah berang dan hantar askar upahan untuk menyerang.

Thursday, July 9, 2015

BETUL ATAU SALAH...BUAT KERJA MESTI CEPAT, TAKTIK BELI MASA DAH BASI..

MUTAKHIR, 9 Julai – Tak payah tunggu 14 hari. Dengan cepat Dow Jones & Co, pemilik Wall Street Journal, bagi tahu peguam Mohd Naji yang “We stand behind our fair and accurate coverage of this evolving story” 

(Kami berpegang kepada laporan kami yang wajar dan tepat mengenai sebuah peristiwa yang berterusan). Dengan itu, Mohd Najib wajib saman kalau dia ada bukti yang laporan WSJ itu bohong.

Bahasa sastera salah grammer past tense present tense surat  Peguam Najib dijawab secepat kilat dengan bahasa yang mudah tetapi tepat.

Saolannya, bila nak saman ? ..cuba spin cara lain pula, rakyat nak tengok..


http://kadirjasin.blogspot.com/2015/07/tak-menghairankan-jika-pm-didakwa.html



Hari ini harijadi Tun Dr Mahathir Mohamad
Asked what is his 90th birthday wish, Dr Mahathir replied simply: “For Najib to step down.”


Janganlah sampai integriti Petugas Khas ini pun menerima nasib yang sama..










#
Elakan cabar mencabar sesama pengomen di sini, soal peribadi selesaikan di luar.
Nama kurang penting - isi hujah mencerminkan nama.
Hormati perbezaan pendapat.
Hujah ada isi, message atau fakta yang mahu disampaikan, bahasa sopan.
Hujah pada tajuk.

Wajarkah Annuar Musa Sambung Sebagai Pengerusi MARA Selepas Cai Najib Mengejinya..

Bila Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh penyokong tegar Najib selaku Pengerusi MARA menggantung tugas dan arah bercuti kepada CEO dan Pengerusi anak syarikat MARA yang terlibat dengan kes hartanah Australia...berlompatanlah blongang dan cai kerana tindakan itu memberi "buah" kepada pelbagai pihak untuk menggesa Najib bercuti ikut contoh tindakan Annuar Musa.

Tindakan Annuar Musa selaras dengan prinsip korporat dan keadilan kepada semua pihak tidak dapat diterima oleh XXXXXXXXXXXXXXXXX (diedit oleh KD) golongan yang meletakan kepentingan indivividu lebih penting dari maruah parti dan kerajaan.

Atau sewajarnya Annuar Musa memohon maaf demi jawatan Pengerusi MARA.

MAT SAID GURUN KEDAH.




Wednesday, July 8, 2015

SURAT PEGUAM NAJIB - WSJ DAH MULA PANIK

Dengar cerdik pandai berhujah ...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2015/07/hafarizams-amateurish-legal-and-press.html

Bezakan pula yang terlebih cerdik ni.. bahasanya yang memukau...ular lidi nak telan naga.


PERDANA Menteri difahamkan sedia maklum akan gelombang-gelombang serangan peribadi ke atas beliau yang dirancang para konspirator terdiri dari kroni-kroni yang 22 tahun ‘kembung’ tapi bila kuasa bertukar tangan, ‘kekembungan’ itu tidak bertahan.

"Konspirasi " ayat yang macam biasa dengar dari seorang banduan terkenal.... dah joint venture ka
......

Ni satu lagi pendapat: 


Najib sebenarnya mengaplikasikan taktik yang sama seperti Anwar Ibrahim dengan cuba mengalih fakta untuk menyalahi orang lain kerana pongong sudah terpalit najis. Samalah seperti Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menuduh konspirasi demi konspirasi demi konspirasi. 
http://mummyrokiah.blogspot.com/2015/07/tidak-ada-niat-jahat-wall-street.html

....
Maklumat Siasatan - siapa yang arah bocorkan ?







Di Malaysia memang hebat, serah Laporan Audit siasatan Profile Jenayah Tinggi pun boleh senyum-senyum macam serah kueh raya...

6ANGKA