Sesetengah berharap ia akan berlaku kekecohan penyokong dan Muhyiddin sendiri akan membuat ucapan berapi api seperti suasana Anwar dipecat.
Jika ini berlaku mudahlah pelbagai tuduhan dibuat ke atas Muhyiddin dan penyokongnya.
Ketenangan Muhyiddin dan vedio pengakuannya tentang pengakuan Najib menerima sejumlah wang memberi satu kejutan kepada semua pihak dan kesan jangkapanjang.
Adakah itu semua menyebabkan beberapa perjumpaan UMNO dibatalkan tanpa tarikh baru dan potensi Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Presiden terbantut.
Kehadiran Mukhriz ke kediaman Muhyiddin sangat gentleman dan bertanggungjawab atas kapasiti lawatan politik.
Kenyataan UMNO Perak dan Johor untuk menerima Muhyiddin untuk perasmian Bahagian juga satu tamparan kerana rakyat Johor dan Istananya penyokong kuat UMNO setakat ini.
Lagipun Mahathir belum bersuara panjang.Peluru yang belum dimuntahkan mempunyai 1001 kemungkinan.
Ketenangan Muhyiddin janganlah dipandang sebelah mata dan jangan dilayan seperi habis madu sepah dibuang.
Timbalan Speaker UMNO Malaysia mengingatkan jika UMNO hancur selepas ini, kita tahu siapa yang patut dipersalahkan.
KEMASKINI:
Bolehkah PM sekarang melantik Zahid untuk menggantikannya sebagai PM jika dia berhasrat berundur (?)



