Tuesday, July 28, 2015

MUHYIDDIN DISIASAT...

Astro AWANI / Shahir Omar
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini digesa mengambil cuti rehat hingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet selesai.

Penasihat Ekonomi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Suud Ridzuan berkata pihak mereka telah membuat aduan kepada SRPM pada kira-kira 11.40 pagi tadi untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

"Tan Sri Muhyiddin, bercutilah. Berehatlah buat sementara siasatan 1BestariNet ini selesai. Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.

"Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), projek ini adalah satu kegagalan. Mengapakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan untuk program ini? Saya mohon SPRM siasat," tambah Suud kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM, di sini hari ini.MUHYIDDIN DISIASAT

Sumber wassap

Siapa lagi next senasib (?)

23 comments:

  1. Takbirr, ni 1 lagi cubaan bodokn rakyat, semangat org jhr takkan padam, tunggu dan lihat saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong..42billion lg besar..x cuti rehat pun

      Delete
  2. Lawan.
    Jangan dibiarkan.

    B...Bye
    N...Najib.

    ReplyDelete
  3. Ah Jib Gor sudah mula main kotor. I "HATE" PM!!!!!

    ReplyDelete
  4. Helloo.....hello....Mr.Suud, alang2 dh ke balai tu, repot la sekali hal Najib. Banyak wei....msk acc peribadi....Itu pun duit rakyat jugak Mr.Suud Al-Kipasi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape suud ni..cai jg ke? nak cari makan..

      Delete
    2. cai baru...kaki jilat baru....wakakaka

      Delete
  5. Tak payah nak berehat dah,dia dah direhatkan......Siapa kata Ajibgor Pondan...Kesabaran ada had nya dan diamx nya jangan ingat dia takut,ini baru permulaan,banyak lagi surprise akan timbul sehari dua ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib ikot arahan rosmah....nama2 kabinet dapur yg baru smua tue pernah ciom dan pimpin tgn rosmah

      Delete
  6. takpe..hari ini hari Jibby, esok lusa tulat belum tahu lagi...sehebat2 kuasa Jibby, kita kena ingat yg Maha Kuasa..
    guna la kuasa dunia untuk selamtkan diri..jangan sampai jatuh tersungkur disebabkan ke-angkuhan diri.. Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. Pengaduan berpilih. Menunjukkan betapa terdesaknya penjilat telor Najib. Sebab itu Najib semakin bangang dlm tindakan. Dalam situasi berperang boleh tembak askar sendiri. Mana punya sekolah maliteri diani belajar.

    ReplyDelete
  8. kekuatan mahathir bertambah... ada apa2 yg muhyiddin tau??? sekarg ni cakap muhyiddin akan dijadikan perhatian... kenapa najib mengambil risiko terlalu tinggi??? adakh sbb Syarikat sarat hutang???

    ReplyDelete
  9. Sebelum membuat kenyataan secara terbuka.TSMY memang telah menjangkan reaction dan akibat dari kenyataan beliau.Sebagai orang lama dan orang no 2 umno saya pasti TSMY telah bersedia dengan back up plan dari tindakan balasa atas kenyataan terbuka beliau.
    Saya yakin apabila TUN M sudah pun mula bercuti bermakna game sudah pun tamat.
    Hanya menunggu najib di masukkan ke penjara sahaja..

    ReplyDelete
  10. Salah langkah ! Dua parti Melayu/Islam PAS dan UMNO ke arah perpecahan. Siapa yang akan untung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang untung najib gor n osmah sur laaa dapat billion2 n juta2.... rakyat yang rugi pasal tak pasal2 kne bayar hutang negara....tu pon tak tau kerrrrr

      Delete
  11. Jangan lupa up skali kes beli kapal selam Razak baginda jadi broker. 800 juta harga zaman najib jadi menteri pertahanan. Sekarang punya harga mau bilion jugak tu.
    Tapi yg tu takyah buat repotlah. Hanya bukak kes je balik. Repot dah banyak kali dah buat.

    ReplyDelete
  12. Ada link dari Astroawani tak tentang berita ni?

    Ambe tak caye kalu dari wassap/FB/Tweet/Etc..

    ReplyDelete
  13. Johor ngan Sabah kubu kuat pun kena gugur, berat.. berat.

    ReplyDelete
  14. dah la majoriti mudah, berlagak pulak dengan orang Kedah dan Johor, Jibby mmg cari nahas...kalaulah ditakdir kan Parlimen di Johor dan kedah jadi Bebas, habis la BN aka Jibby...tunggu dan lihat la episod lepas ni...Helen Ang, tolong buat graf sikit pasal 2 negeri ni...kalau org Johor tak mengamuk tak tau la aku...nak cover amik balik Azalina...adoi..berat2...

    ReplyDelete
  15. Johor masih ada Hisyamuddin. Dia lebih terpelajar dan fasih berbahasa Inggeris. Googlelah dia, kau orang akan tahu betapa hebatnya dia.

    ReplyDelete
  16. Pemimpin datang dan pergi. Aku tetap sokong umno. PKR sokong LGBT, DAP anti Melayu. PAS kata Islam tapi cerca dan fitnah jadi ulam seingga umat berpecah belah.

    ReplyDelete
  17. don't worry...johor masih ada Ahmad maslan dan Azalina pengkid...

    ReplyDelete

6ANGKA