Monday, July 27, 2015

Apakah peralihan kuasa akan berlaku selepas ini..

Kepanikan yang luar biasa..strategik tetapi agak gelojoh...
Bagaimanapun kepujian kelas pertama kerana berani,,julung dan buat pertama kalinya..

Adalah juga kurang selesa jika Muhyiddin masih terus berada di dalam UMNO.. kapasitinya sebagai Timbalan Presiden UMNO tampak masih kuat.

Secara positifnya, Najib mungkin lebih mudah memberi laluan kepada Zahid sebagai PM dan Hishamuddin sebagai Timbalan jika Najib memilih untuk berundur dengan beberapa term and condition selepas ini..





# Kita akan melihat beberapa perkara mengejutkan lagi akan muncul selepas ini, unsangkarable dari pihak kerajaan Najib.
Apapun tidak banyak perubahan yang lebih baik berpihak kepada Najib walaupun Muhyiddin disingkirkan sekiranya Mahathir masih kekal hero dan suara rakyat.


7 comments:

  1. Tunggu pembalasan PRU 14, kami rakyat mahren akan menghukumkanya........c u all at PRU14

    ReplyDelete
  2. Berpunca isu 1MDB. Sunnguh besar jasanya. Jgn ada sesiapa usik kampeni tu. buat2 x tau jer... jgn banyak cakap...

    ReplyDelete
  3. Najib memang sengaja nak cari pasal, ahli-ahli akar umbi UMNO pastinya akan memprotes tindakan ini.

    Malahan para pengundi atas pagar akan turut memprotes tindakan yang macam haram jadah yang dibuat oleh Najib ini.

    Sekarang ni Tan Sri Muhyiddin dibersarkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri atas sebab apa? Sebab kesihatan jugakah sebagaimana Gani Patail?

    Patutnya Najib meletak jawatan kerana Najib adalah suspek kes jenayah menyamun wang hutang 1MDB, suspek penjenayah seperti Najib ini layak ke jadi Perdana Menteri?

    Najib nak tunjuk besar kepala ya, tunggulah tindakan ahli-ahli akar umbi serta para pengundi atas pagar, rakyat dah makin benci dengan Najib, kerana Najib yang menyelewengankan wang hutang 1MDB, malahan Najib yang terlibat dengan isu RM 700 juta di dalam akaunnya, kemudian Najib heret menjadi masalah kepada UMNO, menjadi masalah kepada Barisan Nasional, kemudian Najib ainaya media, Najib ainaya Peguam Negara, Najib ainaya Ketua Cawangan Khas PDRM, sekarang Najib ainaya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, apa punya tahap haram jadah perangai Najib kalau macam ni?

    Kepada ahli-ahli UMNO, Najib sedang hendak membakar UMNO, malahan kepada ahli-ahli dan kepimpinan Barisan Nasional, Najib juga hendak sedang hendak membakar kelambu Barisan Nasional juga, Najib sendiri dah tak ada arah untuk lepaskan diri dari perlakuan jenayah yang disyaki dilakukan oleh dirinya itu, sekarang Najib nak heret UMNO dan Barisan Nasional supaya turut musnah, apakah ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen boleh terima semua ini? Apakah para penyokong UMNO dan penyokong Barisan Nasional boleh terima perbuatan terkutuk sebegini?

    Kita tak boleh lagi biarkan perkara ini berlarutan, takkan kerana nafsu serakah Najib maka UMNO dan Barisan Nasional menjadi bahan pertaruhannya?

    Apakah kita boleh membiarkan semua ini berlaku dengan tanpa bertindak apa-apa?

    Apakah kita rela membiarkan nafsu serakah Najib menjadi api yang menjahanamkan parti kita semua?

    Ayuhlah semua, tumbangkan Najib, tumbangkan kuncu-kuncu Najib, selamatkan Malaysia, selamatkan Barisan Nasional, selamatkan UMNO, demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    ReplyDelete
  4. Pemecatan Tan Sri Gani Patail dari jawatan Peguam Negara adalah kerana bukti-bukti mengenai salah laku Najib mengenai penyelewengan dan penyonglapan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu semakin terdedah, Najib sengaja pecat Tan Sri Gani kerana Najib nak melambatkan kes ini.

    Taktik penyamun, biasalah, tapi nak buat macam mana, Ketua Polis Negara yang sepatutnya menegakkan undang-undang pun menjadi balaci kepada suspek jenayah seperti Najib ini, kerana berharap kontrak jawatannya disambung dengan lebih lama lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  5. Malahan Najib hingga kini tak menafikan dia pernah ada dua akaun di AmBank dan wang USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion dimasukkan ke dalam akaun-akaun itu, hingga kini Najib tak menafikan, tetapi sibuk menyekat akses media seperti portal Sarawak Report disekat, malahan permit media The Edge digantung kerana kedua-dua media itu melaporkan mengenai kegiatan penyelewengan dan salah laku Najib.

    Tapi yang peliknya, walaupun Najib adalah suspek jenayah, tidak pula ditangkap oleh pihak Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman, malahan Najib tak dipanggil pun untuk diambil keterangan oleh PDRM, kerana Ketua Polis Negara adalah barua tegar Najib, segala kegiatan jenayah Najib diselindungi oleh Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar penipu itu dengan harapan kontrak jawatannya disambung bertahun-tahun selepas ini. Dasar pengkhianat!

    ReplyDelete
  6. Lawan.
    Jangan dibiarkan.

    B...Bye
    N...Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamatkan UMNO, selamatkan Barisan Nasional, selamatkan Malaysia.

      Tumbangkan Najib dan kuncu-kuncu!

      Delete

6ANGKA