Sunday, August 16, 2015

APA TEMA HARI MERDEKA TAHUN INI



Selain Dari Penang Dan di DAP, Tokong juga ujud dalam sebuah part lain.


Kemaskini:


It has been said that once you tell a lie, you need to tell ten more lies to cover the first lie.

Kemaskini:
1MDB dan 2.6B dilupa jangan walaupun sedang diributkan dengan gulingan.

Kemaskini:
Menggulingkan PM secara sah dan menggulingkan kerajaan secara sah adalah dua perkara yang berbeza.

DerMA dan TeMA juga dua perkara yang berbeza.

Kemaskini:
Derma 2.6B - Ku Nan dan Bendahari tahu...
Derma 2.6B - perangi IS...


Saturday, August 15, 2015

KU LI MASIH SOKONG UMNO

Daripada peringkat awal Najib diminta berundur oleh Mahathir secara nyata hinggalah sekarang Zahid memperakui ada rancangan tersusun untuk menggulingkan Najib membawa maksud "suara rakyat" dari pelbagai sudut masih ada untuk minta Najib berundur.

Ia hanya dapat dilakukan mengikut lunas undang2 dan oleh itu tidak harus ada keraguan atau cubaan untuk menakutkan rakyat atau cuba memburukan mana-mana pihak.

Menjatuhkan Najib di dalam dan di luar parti adalah sah selagi tidak menyalahi undang-undang dan perlembagaan parti itu sendiri.

Penyingkiran Muhyiddin adalah sah..
Pemecatan Ghani Patail adalah sah..
Perlantikan Zahid adalah sah...

Sebelum itupun ada suara suara mahu Muhyiddin disingkirkan, ada suara mahu Ghani dipecat... suara-suara itu adalah sah di sisi undang2..tidak didefinasikan menghasut.
Oleh itu sewajarnya suara yang serupa terpakai, tidak double standard dan sentiasa sah di sisi undang2..'

Mengikut undang2 adalah sah samada pahit atau manis.

Menyekat atau cubaan menghalang juga mesti mengikut saluran undang2 dan perlembagaan parti.

Mereka yang terlibat dengan jenayah tidak ada pintu belakang untuk meloloskan diri.
Yang ada hanya kebebasan sementara atas faktor pengaruh dan kuasa.

Yang benar akan terus berkuasa jika rakyat yakin dan percaya.

Sesiapapun tidak dapat berbohong dan menipu semua orang dalam semua masa, sepandai pandai tupai melompat.

Pemimpin akan disoal tentang amanah ! Rakyat akan disoal tentang kesetiaan !

Masa akan menghakim.
Masa akan menghukum atau membebaskan mereka...

Undang undang adalah masa terdekat...
Pilihanraya adalah masa terdekat...
Takdir adalah masa yang paling pantas...

Jika sentiasa benar, tak perlu sasau..
Jika betul, tak perlu over panik..
Jika elok, tak perlu berdrama..
Jika bersih, badan sihat, wajah berseri..
Jika tiada masalah, jangan tambah masalah..

Bila pucat lesi, senyum tak berapa nak jadi, langkah sumbang, syok sendiri, rasa hebat, ungkit pasal jasa, dok perlekeh orang sana sini,  cakap tak berapa nak selari, asyik nak ugut, asyik nak marah, takut pada bayang sendiri...

Kalau ada orang tegur, kalau ada orang nasihat pi berubat...
Jangan dok marah !!!




UNDI TIDAK PERCAYA NAJIB DI PARLIMEN TIDAK AKAN BERLAKU BESOK..ZAHID TIDAK PERLU BIMBANG

Najib sedang menghadapi kemungkinan undi tidak percaya di parlimen melalui gerakan tersusun kata Zahid.

Ia tidak dibenarkan berlaku selagi dia adalah TPM dan Menteri KDN tambah Zahid lagi.

1. Zahid percaya ada gerakan tersusun sangatlah pelik kerana saban hari blongang mencanangkan pembangkang bergaduh sesama sendiri tahap masuk longkang.
Nak percaya Zahid ke nak percaya blongang (?)

2. Najib akan bermasalah besar jika TPM dan Menteri KDN bukan Zahid (?) Mungkin ini faktor Muhyiddin tidak layak dan disingkirkan.

3. Undi tidak percaya di parlimen adakah satu perkara yang undang2 negara tidak benarkan atau satu kesalahan (?).

4. Jika dibenarkan, gerakan itu adalah sah dan siapa yang menghalangnya boleh di anggap cuba melanggar atau salahguna undang2.

5. Apa dosa besar dan kesalahan besar Najib sehingga ada gerakan undi tidak percaya (?) Bukankah Najib sudah dibersihkan oleh SPRM dan Audit Negara.

6. Disarankan Parlimen ditangguhkan untuk tempoh yang lebih lama bagi mengatasi semua masalah ini !!!

7. Hakikatnya gerakan ini gagal kerana Najib mempunyai sokongan 3 juta ahli parti.
Seorang ahli wanita di Langkawi yang menganggap Najib "kencing" hanyalah isu terpencil.

8. Lebih penting, undi tidak percaya itu tidak akan berlaku besok.

Friday, August 14, 2015

BELI SEMULA UTUSAN MALAYSIA...

Disarankan supaya kita pakat pakat beli semula Utusan Malaysia walau pun sekadar rujukan terakhir, walaupun terpaksa tatap muka muka pak lawak di dalamnya.

Beli atas sokongan Utusan "bangkit semula"' Di harap berpanjangan...walaupun sudak sukar dan lewat di bawah pengaruh King is Cash.

Wednesday, August 12, 2015

Nazri Meroyan Dengan Nurul Izzah

Apabila PKR saman Najib kerana melanggar Akta Pilihanraya, antara yang rasa sangat pandai bab undang undang tetapi melenting cacing kepanasan ialah menteri pelancongan cina, Nazri.

Dan ramai lagi akan jadi tukang kipas dan tukang bela, untung badan dapatlah ghanimah macam Zahid.

Malaysia ada undang-undangnya dan akta termasuk Akta Pilihanraya.

Samada saman PKR atas Najib dalam isu perbelanjaan melebihi had mempunyai locus standi atau tidak, biarlah mahkamah menentukan.

Jika pendapat Nazri dan blongang saja yang mahu dianggap betul, lebih baik tutup mahkamah dan semua kes diputuskan oleh Nazri.

Itu agaknya cara UMNO sekarang.
Kok

NAJIB SUDAH BOLEH FOKUS

Serangan Mahathir dan penyokongnya ke atas Najib sudah berkurangan atau dalam keadaan berhati-hati.

Itu dinamakan konspirasi oleh mereka yang panik dan konspirasi ini dikira sudah tamat.

Cuma yang tinggal ialah defend dan kaberap serta spin spin untuk menjadikannya logik diteruskan oleh pro Najib..

Kadang-kadang kaberap ini over, salah satunya dari Redhuan Tee yang menganggap derma 2.6B datangnya dari mereka yang kagum dengan jasa dan usaha Najib mendamaikan umat Islam di dunia?

Melihat Najib masih gagah, rupanya ramai yang berlumba untuk berjasa.

Semoga mereka berjaya tetapi janganlah sampai jadi bahan jenaka rakyat...


6ANGKA