Saturday, October 31, 2015

MENCARI BUKTI ATAU MENCARI ALASAN (?)

Kerja yang senang ialah mencari alasan penyingkiran...

Jangan bersusah payah mencari bukti kerana jumlah yang menyokong lebih dari mencukupi...

7 orang 7 alasan..

3 dipecat...2 digantung...2 kena warning. Mungkin lebih baik ...



ARUL VS TONY PUA (sambungan)
Mustahil....

PUSINGAN AWAL
Cabar mencabar..

PUSINGAN KEDUA
Tony Pua buat buat takut...

PUSINGAN KETIGA
Arul buat buat berani..

PUSINGAN SEPARUH AKHIR..
Penasihat masing-masing memberi alasan kenapa patut tak jadi...

PUSINGAN AKHIR...
Lu fikirlah sendiri...




#psikologinya mereka fokus untuk menang persepsi tetutama di kalangan penyokong sendiri tampak hebat, tampak suci dan tampak "berbaloi" untuk majikan sendiri.



Wednesday, October 28, 2015

Petualang bukan setakat 7




Teuku Nan sepatutnya memperluaskan lagi siasatan bukan setakat kepada 7 pemimpin.

Bagaimana 13 Ketua Cawangan di Teluk Kemang, bagaimana dengan Mukhriz (?)

Jamal Sekincan tak perlu siasat sebab dia tak penting kata Nazri. Mungkin juga sampah macam Saifuddin.

PENCUCIAN ini patut dilakukan secara besar-besaran, tanpa pilih bulu. Bukan sekadar untuk takut takutkan atau ugutan.
Dan untuk betul2 bersih dan selamat 3 juta ahli wajar disiasat satu persatu. Masa masih ada sebelum PRU14.

7 pemimpin atau lebih ini patut disingkir sebelum PAU kerana ia boleh mengecohkan keadaan. Kalau boleh bersidang dengan dewan kosong lebih selamat.

7 pemimpin yang perlu disiasat dari kacamata siapa (?) Mereka menggugat individu kerana salahlaku individu tersebut atau mereka mahu menggandaikan perjuangan dan merosakan nama baik parti (?)

Jangan salah pilih pemimpin untuk disiasat sedangkan dalang, petualang, pengkhianat, si bangsat seperti gunting dan duri masih bebas dan kekal.

Tentu sekali Teuku Nan bukan salah seorang darinya !

TAK ADA HUJAH JANGAN GELABAH DAN BODOHKAN DIRI SENDIRI

Aku cukup geli hati dan senyum kambing bila melihat ada pihak sudah muflis idea.

Kemantapan Mahathir dalam memperjuangkan sesuatu perkara tidak dapat tidak ia ada lebih banyak fakta dan kebenaran.

Untuk membalas hujah Tun Dr Mahathir Mohamad, ada sesetengah pihak terpaksa membodohkan diri sendiri.

Ada beberapa cadangan tidak masuk akal supaya Mahathir bertanding semula di pilihanraya akan datang di beberapa tempat.

Sesuai dengan faktor usianya, adalah lebih baik Tun Dr Mahathir meluangkan masa untuk memelihara atau memburu beberapa specis pemakan dedak atau monyet beruk dari melayan cadangan mereka.

Tuesday, October 27, 2015

KECOH KATA MUHYIDDIN BERBOHONG...


Sedang diperhebohkan, apalagi spin le tu... isu untuk buat cari makan..kononnya Muhyiddin berbohong menyatakan arul kanda datang berlenggang dan hanya 10-15 sahaja memberi penjelasan 1MDB kepada satu mesyuarat kabinet...

Ada sesiapa dari kabinet yang menyanggah kenyataan Muhyiddin (?)
Ada Najib nafikan(?)
How about Zahid, Kj, Mudin (?)

Yang dok spin .....menteri tak bertauliah. Menteri Prepaid, Menteri Spin, Menteri Pemakanan Dedak...
Depa kata 45 minit arul dan juruodit dok tercongok tersengeh depan kabinet, bukan 15 minit...

Ok, kita setuju 45 minit termasuk tersengeh kiri kanan, bersalaman dengan kabinet dan bertanya kabar kemudian bentang dengan air liur, lepas tu sehelai dua kertas odit.

Sessi soal jawab...
Ada menteri tanya agaknya: Apa definasi 1MDB...arul jawab...
Kemudian ada sorang lagi menteri 3.84 tanya... boleh untung ke? Arul jawab. .
Menteri kanan tanya, bagus tak untuk pelancong..arul jawab..
Sekian terima kasih...

Aku rasa lebih kurang 42 minit 26 saat.

Jika arul dipanggil ke depan 13 ketua cawangan...belum tentu arul boleh balik selepas 3 jam sessi soal jawab...

Jadi lu fikirlah sendiri, standard kabinet yang berdepan dengan arul...satu benda pun depa tak faham kecuali angguk.

Dan hari ini mereka bermatian sokong Najib macam terlebih faham, macam sekelambu dengan arul...

Teruskanlah spin wahai pemakan dedak, anggaplah rakyat bodoh mcm kamu..

SIMPATI KEPADA UMNO......APAKAH INI ADA KAITAN DENGAN KENYATAAN KENYATAAN MUHYIDDIN (?)

Aku sebak bila terjumpa surat ni di blog outsyed the box...

Monday, October 26, 2015

Sudahkah kita mempunyai PM baru?

Lebih sudu dari kuah?
Lebih hulu dari keris?
Yang wajar menyangkal Timbalan Presiden adalah Presiden sendiri terutama yang dicakapkan tentang batang tubuhnya sendiri dan bukannya tukang ambik kasut, tukang urut, tukang buka pintu, tukang cium tangan..

Mereka sangat biadab untuk menyanggah seorang Timbalan Presiden yang dipilih. Mereka menunjukkan contoh kurang ajar kepada ahli bawahan.

Ini antara Timbalan dan Presidennya, biarlah mereka selesaikan secara matang.

Jadi Timbalan Perdana Menteri melalui lubang tingkap tak sama datang dari pintu depan dijemput masuk...

Tukang jawab biasanya mempunyai kepentingan tanpa segan silu sehingga kadangkala memalukan kaum...

Presiden hendaklah (earned) dihormati dan bukannya dipaksa (demand) untuk dihormati.
Berilah peluang dan ruang untuk Presiden menjawab dengan bijak dan tidak membuka ruang untuk terus kontroversi.




6ANGKA