Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-
- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.
- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.
- Kesediaan itu kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.
- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.
Adakah itu pendirian PAS keseluruhannya atau lebih kepada pandangan pemimpin yang sudah muflis idea, penat, nak pencen atau lebih suka bersenang-senang jika dapat tawaran dan pangkat yang gah pada nama.
Jika itu benar, Nasha lebih beruntung...
Apakah dalam masa yang sama Hadi masih sempat mempersenda UMNO sebagai kurang Islam berbanding dengan PAS (?)
Mungkin Hadi boleh minta Nasihat dari Nik Abduh bagaimana untuk menasihat UMNO tentang 1MDB dan GST secara mudah, nasihat sambil duduk-duduk.
Setakat itukah Nik Abduh warisi dari Nik Aziz (?).