Sunday, November 8, 2015

MAAF KAMI DAH SERIK... Yang awalnya elok pun dah jadi busuk, apalagi kalau bermula dengan yang serabut...


Setakat ini hanya anak Tun Abdul Razak yang mewarisi kerusi PM dan rasanya cukuplah setakat itu.
Rakyat dah serik.

Mukhriz dan Kj wajar simpan cita cita tersebut jika ada. Begitu juga anak Najib yang awal awal lagi sudah ada cerita yang tak sedap didengar.

Bukan mereka tidak bagus, tetapi kalau bagus pun mungkin sekarang, kelak bila duduk di kerusi PM akan jadi lupa daratan.

Bagaimana pula dengan anak-anak mantan Timbalan Perdana Menteri (?)

Anak Anwar, kita lihat betapa kalut dan rosak watak Nurul apabila berdamping dengan orang-orang seperti lim lit siang, tian chua, khalid samad dan lain-lain malah terlibat dengan fitnah sekadar untuk menang ketusi Parlimen.

Belum sempat dakwat kering jawatan TPM, anak Zahid pun sudah kontroversi di twitter, facebook dan alam maya.

Kini muncul pula anak Tun Dr Ismail, lebih serabut.
* Watak ini sesuai untuk jadi hahan hadam pemakan dedak pospaid prepaid.

Sekadar buku sejarah, Tun Dr Ismail dikatakan sangat berjasa !!!!
Setakat mana lah jasanya kalau dibandingkan dengan yang lain kalau anaknya dijadikan cerminan !!!




DAH KEHABISAN ISU AGAKNYA MAMAT INI, DALAM SEBESAR BESAR ISU, YANG DISERANG ANTARANYA JAKIM...

Idea mantan Parlimen Benut sepenggal ( Jiran Amat Maselan ) mungkin anak Tun Dr Ismail, tetapi politiknya sekadar Ketua Cawangan.

Tawfik Ismail G25 mahu Malaysia kembali ke ZAMAN MENTERI MABUK WISKI

http://celahgelegar.blogspot.my/2015/11/tawfik-ismail-g25-mahu-malaysia-kembali.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)




Mukhriz ada dua pilihan...

Apa pilihan yang Mukhriz ada..Dua pilihan yang tiada pilihan:
Memilih untuk berundur...
Tunggu hingga diganti...

Perjuangan tidak pernah berhenti..
Kebenaran tidak pernah kalah..

# UMNO akan terus kekal berkuasa di Kedah dan PAS ( baca Hadi ) bukan lagi satu ancaman...



Saturday, November 7, 2015

KEMBALIKAN UMNO KEPADA MUHYIDDIN DAN SERAHKAN PAS KEPADA TUAN IBRAHIM..

Zahid patutnya berperangai macam Husam Musa.
Tugas Naib kanan memberi nasihat kepada Presiden dan Timbalan umpama menarik rambut dalam tepung.

Zahid tidak perlu terkam dan gelojoh ketika parti susah, tidak perlu menangkan seorang sehingga parti jadi goyah kerana ahli jadi bengong, yang kenyang jemuan prepaid postpaid.

Kembalikan UMNO kepada Muhyiddin dan Zahid kekal nombor 2, parti UMNO sudah tidak ada tolok bandingnya jika itu berlaku.
Kekuatan itu membolehkan PAS dan PKR mudah didekatkan.

Apakan daya Zahid dah tersalah lorong, masuk ikut tingkap, nak keluar rasa segan, terus duduk macam tak layak.

TETAPI MASIH BELUM TERLEWAT KALAU BENAR PEGANGAN UGAMA JADI PEDOMAN.
Orang beriman tidak mudah terpedaya antara kaca dan intan.

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Sudah ramai Timbalan yang tidak sempat jamah kerusi PM.

Sejarah menunjukan belum ada taktha Bugis diserahkan kepada Jawa.

Pre$$iden dan Pre$ideng

Dulu sebut saja gabungan atau kerjasama UMNO + PAS ianya macam sukar bagai langit dengan bumi. Otak yang bijak pun jadi buntu untuk mencari jalan menyatukanya.

Tetapi hari ini ia umpama cincang air tidak akan putus dan selepas ini kalau Presiden dan Presideng macam belangkas pun jangan tak percaya.

Itulah hakikatnya bila ada udang di sebalik batu.

Dalam ketika Najib berhempas pulas ingin mengekal kuasa berjumpa pula dengan Hadi umpama General yang hilang kuda di padang pasir.
Elok sangat saling berpelukan.

Masih terlalu awal untuk melihat bagaiana perpaduan ini dibentuk atas kepentingan peribadi kedua dua Presiden ini.

Demi  rakyat, demi Melayu, demi Islam...geli rasanya untuk disebut.

Virus Baghal Melanda Merbok

Sudah bengong kerana sekadar kuasa dan pengaruh hingga buta mana satu intan mana satu kaca atau setidak tidaknya berfikiran terbuka...

Antara Mahathir dan Najib, seorang bertanya dan seorang melarikan diri...
Bagaimana kita nak pastikan yang mana satu betul yang mana satu salah...
Atas asas apa keputusan dibuat (?)

Ahli umno bukan kuli kepada pemimpin, bukan hamba kepada parti...dan Bahagian bukan waris mak bapak Ketua Bahagian...


# Itulah perbezaannya KBU Johor dengan negeri-negeri lain yang takut kepada bayang-bayang sendiri sambil mengharap tempias habuan dan derma.

Friday, November 6, 2015

HAFARIZAM SELASA











Ada sesiapa yang boleh tolong Hafarizam Selasa, orang lain dah sampai ke bulan, dia masih terkial kial....

Kena banyak belajar dari lawyer anwar bab tangguh menangguh...

ADA DUA SAOLAN (?)

1) Meriah tak Deepavali tahun ini... (?)
Kalau berdasarkan tol yang sesak -meriah
Kalau berdasarkan sesaknya shopping - meriah

2) Sudah berapa lama PM tidak membuat Press Conference.. bersoal jawab dengan pemberita dalam dan luar negara...
Kenapa agaknya...

Tanpa salah, tanpa dosa, bersih dan suci kenapa PM masih malu malu untuk berdepan saolan pemberita...

Sekurang-kurangnya Anwar masih berani dikerumuni, paling teruk akan diherdiknya pemberita jika ada saolan maut...

Belajarlah dengan mamak, walau dilabel denga pelagai nama oleh pemakan dedak, walau disoal siasat oleh polis tapi masih tak lari dengan pemberita...

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...