Dalam eksperimen yang pernah dilakukan ke atas katak, didapati
setiap kali seekor katak dicampakkan ke dalam air panas menggelegak, ia
berupaya melenting menyelamatkan diri dan nyawa.
Namun, apabila katak dimasukkan ke dalam air bersuhu biasa,
kemudian suhu air dihangatkan perlahan-lahan, katak dilihat khayal dan seronok
seketika.
Setelah air dipanaskan sampai menggelegak, katak yang sebelum
ini boleh menyelamatkan diri, mati direbus hidup-hidup. Apakah nasib sama
menantikan Melayu zaman ini?
Bangsa Melayu yang bersemangat pahlawan dan berjiwa jihad kelihatan semakin tidak bermaya mengatasi ancaman hari ini.
Bangsa Melayu yang bersemangat pahlawan dan berjiwa jihad kelihatan semakin tidak bermaya mengatasi ancaman hari ini.
Lebih-lebih lagi kerana ancaman datang menular secara perlahan
dan musuh di depan kita kali ini juga datang tanpa kita kenali atau sedari.
Musuh yang mengancam Melayu kali ini bukan datang berdepan senjata dan uniform yang mudah kita kenali dan pasti siapa mereka dan dari mana arah mereka datang.
Musuh yang mengancam Melayu kali ini bukan datang berdepan senjata dan uniform yang mudah kita kenali dan pasti siapa mereka dan dari mana arah mereka datang.
Hari ini musuh paling berbahaya datang menular, yang kerap juga,
sama ada disedari atau tidak, berjaya masuk meresapi dengan izin kita sendiri.
Kita mengizinkannya setelah menerima semuanya, dikhayalkan nafsu dan cita-cita sendiri, langsung menyebabkan kita tidak lagi waspada mudarat lebih besar menanti.
Kita mengizinkannya setelah menerima semuanya, dikhayalkan nafsu dan cita-cita sendiri, langsung menyebabkan kita tidak lagi waspada mudarat lebih besar menanti.