Mengikuti blog ini dan sesekali memberi komen yang tidak sehaluan atas ketidak percayaan segala tuduhan ke atas Najib.
Bagaimanapun insiden beberapa ketua cawangan tampil mendesak Najib berundur memberi satu petunjuk yang jelas.
Walaupun ia dipandang remeh oleh zahid, ku nan, kj dan pihak2 lain kerana kuantiti, tetapi dari segi kualiti dan keberanian mereka menunjuk muka meluahkan pandangan jauh mengatasi ketua bahagian mereka sendiri.
Atau apakah ini satu manifestasi dan restu ketua bahagian mereka sendiri yang lebih gemar baling batu sembunyi tangan dek kerana sudah termakan budi.
Bagaimana nanti kalau setiap hari akar umbi mula keluar menyatakan pendirian.
Menuduh ada dalang yang menggerakkannya merupakan satu penafian membuta tuli sengaja untuk menyedapkan hati sendiri sedangkan hakikatnya, api kecil menjadi kawan, api besar menjadi lawan.
Pandangan akar umbi adalah lebih ikhlas tanpa kepentingan peribadi. Kenapa Zahid yang lebih cepat melenting sedangkan fokus undur pada Presiden?
Zahid bukan Timbalan Presiden, sekadar Naib Presiden yang pandai cari makan...
Sekadar Timbalan Perdana Menteri tanpa kedudukan politik Timbalan Presiden belum tentu selamat...
Dalam hal ini, Zahid lebih sesuai berpotensi sebagai dalang yang mendesak Najib cepat berundur ???????????????
STILL ANON