Thursday, November 26, 2015

Nak Ke Muhyiddin Cemarkan Tangannya...

Kata cai..Muhyiddin tidak dihalang bersuara cuma disekat memecahbelahkan perpaduan UMNO...

Begitulah rapuhnya UMNO di tangan Najib...tak kuat iman, tak tahan cubaan.


Atau lebih tepat Muhyiddin tidak dihalang bersuara cuma disekat dari menyatakan kebenaran...


Sebaiknya Muhyiddin tidak perlu hadir di Perhimpunan Agung UMNO untuk berdepan puak hipokrik dan bersalaman dengan Pengamal Rasuah






















THURSDAY, 26 NOVEMBER 2015



MUHYIDDIN TIDAK PERLU GUNA PENTAS UMNO

PEJUANG YANG AMANAH TIDAK  AKAN ADA DI PWTC

OLEH: KU SEMAN.
Khalayak atau pejuang pemimpin yang amanah tidak akan ada di PWTC semasa berlangsungnya perhimpunan agung UMNO Disember ini. Saya yakin kalau ada pun yang datang untuk menegakkan kebenaran, jumlahnya amat kecil dan tidak mampu mencetuskan gelombang perubahan.

Oleh yang demikian Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan pentas perhimpunan agung UMNO kali ini untuk menyuarakan pendiriannya. Beliau akan tersilap pentas apabila sebahagian besar para perwakilan yang terdiri daripada ketua bahagian telah disihirkan dengan wang, jawatan dam pelbagai imbuhan.

Saya bimbang pejuang kebenaran macam Muhyiddin akan diketawakan oleh puak oportunis yang datang menanguk peluang dan bermuka-muka di depan Najib ibnu Razak dan rejimnya. Puak oportunis sudah lihat apa yang berlaku kepada Muhyiddin yang akhirnya bukan sahaja dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dinafikan secara paling tidak demokratik sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Jangan terkejut kalau tahun lepas Muhyiddin dijulang dan didendang semasa perhimpunan agung UMNO walaupun keras mengkritik sikap UMNO tetapi kali ini ketua bahagian UMNO sudah tidak kenal lagi dengan Muhyiddin. Mereka takut untuk bersalam kerana bimbang terlepas peluang daripada rejim yang memerintah. Inilah dunia UMNO.

Muhyiddin kena mencari pentas lain, pendekatan lain dan khalayak lain kerana bukan semua orang UMNO telah termakan nasi kangkang. Banyak yang ada prinsip dan kenal agama. Banyak yang tidak buta membaca semiotik yang kerapkali ditayangkan di depan mereka. Maknanya banyak orang UMNO yang mahu hidup secara bermaruah dengan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak amanah. Mereka inilah yang akan bersama-sama Muhyiddin,
http://zamkata.blogspot.my/search/label/utama