Saturday, December 12, 2015

"Bengap" siapa yang dimaksudkan Mukhriz...

Bengap seperti yang dilabelkan oleh Mukhriz adalah berkaitan jawapan yang tidak menepati soalan...

Ia sudah tentu tertumpu kepada 1MDB dan 2.6B....

Khabarnya Mukhfiz nafikan ia dituju kepada zahid sebaliknya kepada Adil...

Jika di analisa "bengap" itu keseluruhannya sudah tentu ianya ditujukan kepada yang relevan dengan isu 1MDB dan 2.6B...

Bukan sahaja Zahid atau Arul tetapi juga Najib lebih tepat..

Siapa yang makan cili tentu rasa pedas...
Bengap di sini tentunya bukan seorang..
Tetapi melibatkan ramai...
Bengap bukan sahaja satu persepsi...
Tetapi memang sudah realiti terutama PAU yang gagal menyatukan ahli...

Sikap Presiden, umpama ketam menyuruh anaknya berjalan betul...
Najib sudah menempah sendiri jalannya yang lebih sukar...

Friday, December 11, 2015

MASA UNTUK BEREHAT... DI PAU PUN UMNO SUDAH KALAH !!!

Banyak kerja belakang tabir yang lebih utama, penting dan menguntungkan perlu dibuat...

Kita dah lihat wajah umno sebenar..
Kita dah tahu jenis Presiden, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi...
Kita sudah masak dengan Ketua Bahagian..
Yang paling kuat membodek adalah senator...

Kita ada peranan samada berjawatan atau tanpa jawatan dalam parti...
Kita atas pagar yang mempunyai kuasa penentu undi yang sangat berkesan...

Kena sedar, ahli umno apa bentuk pada pandangan mata pemimpin munafik..

Sokonglah mana mana pemimpin atau parti yang sanggup menyeret pengkhianat bangsa, ugama dan negara ke muka pengadilan...

SELAMAT BERJUANG.
Pasti jumpa lagi... insyaAllah.

# Dangkal dan bodoh sombongnya umno dan Presidennya ialah melukakan, memalukan hati seorang ayah.
Alangkah indahnya kalau Tun Dr Mahathir diiringi naik oleh Najib untuk duduk bersamanya di atas pentas, memohon maaf dan memberinya masa untuk menstabilkan parti.
Selesaikan semua isu secara anak beranak, ukhwah perjuangan dan kekeluargaan.

Apakah Mahathir begitu keras hati jika diperlakukan demikian??

Kalau Tun enggan, siapa yang nampak keras kepala? Siapa yang nampak hebat? Siapa yang nampak berjiwa besar? Siapa yang nampak menang tanpa perlu membalun?

Mr President, you miss the boat again!!!
Gagal untuk memahami suara hati perwakilan.

Tidak bolehkah mereka bersalaman, bermaafan terutama yang muda kepada yang tua, bukan soal siapa yang salah dan siapa yang betul tetapi soal demi bangsa ugama dan negara, bukan keakuan !

Apakah UMNO sekarang menang !!!!


Blue Wave ganti blongang

Pemakan dedak tak buat kerja dalam tangani dan menangi isu isu yang meranapkan imej Najib secara realiti mahupun persepsi.

Walau claim "menang" rupanya syok sendiri...

UMNO tubuhkan gelombang biru untuk menghadapi musuh di maya siber diketuai Hishamuddin?

Siapa yang serang umno? Pembangkang? Tepat sekali...

Blue Wave kena faham di maya sekarang ada dua serangan, satunya serang umno...dan satu lagi serang Najib dalam bentuk pertanyaan...

Serangan berbentuk pertanyaannya atas najib, bukan baru, bukan isu baru...dan ia hanya mampu dijawab oleh najib sendiri. Sesuatu yang gagal dilakukan oleh najib walaupun ada peluang berpuluh kali...

Blue Wave tidak mampu menjawabnya kerana mereka sendiri tiada jawapan ,.mereka tidak boleh kelentong rakyat dari fakta yang salah dan tiada...

Bolehkah mereka jawab tentang tunai jadi unit..
Tentang derma jadi derma derma..
Di mana baki 2.6B..

Seluruh tenaga, masa, wang akan dibazirkan untuk menyelamat seseorang dengan risiko parti akan hancur

Imej najib terjejas sebagai penasihat 1mb, menteri kewangan dan pm.
Bijaknya Najib dia berjaya melibatkan jawatan presiden dan parti hingga umno mengalami beberapa perubahan di luar tradisi untuk mengekalkan dirinya untuk terus berkuasa.

Thursday, December 10, 2015

NAJIB BILA NAK BAWA PENDERMA JUMPA MUHYIDDIN?

Bila Najib nak bersihksn diri(?)
Di N2H lari...
Temberangnya nak saman WSJ, tak saman...
Di ucapan dasar PAU, dengarnya banyak balun pemimpin sendiri. .angkat diri, bersihkan diri tak juga. ...
Saman Mahathir tak juga .. Gamaknya apa yang Mahathir cakap tu benar dan tidak ada yang benar melainkan semuanya benar....

No wonder makin ramai yang percaya Mahathir...I

Yang peliknya, dari derma sudah jadi penderma penderma dan yang lebih pelik semua penderma satu hati, mahu nama dirahsiakan tetapi sanggup pula jumpa dan dedahkan diri pada Zahid dan Pegawai SPRM...tetapi tidak sanggup pula jumpa Muhyiddin dan Mahathir (?????) untuk membantu BERSIHKAN nama Najib...

Kita tunggu pengesahan Gabenor Bank Negara setakat mana betul nya pengakuan Najib, Bank Negara sudah tahu keujudan akaun peribadi Najib untuk menerima 2.6B (?)

Kalau  Gabenor silent, kita faham lah kebenarannya (?)

Tidak menghairankan jika akan datang ada pula yang mengaku mengetahui tentang derma tersebut, yang tahu bukan sorang, berorang-orang.

Saolan setetusnya kepada Najib bersediakah dia diheret ke mahkamah untuk membersihkan dirinya setelah dia gagal membersihkan dirinya di ruang ada.

Najib kena faham, dia belum pun menjawab saolan sebenar.
Dia hanya menjawab saolan yang dibuat oleh dirinya sendiri.

Temberangnya Tak Menjadi..

Kita lupakan cerita politik, PAU memang aku langsung tutup buku....

Banyak cakap, banyak silap, banyak bohongnya....

Kata orang tua kalau bercakap sampai mulut berbueh itu tandanya dia cemas, tekanan, gelabah puyuh, terkejut berok,  bagai dikejar sesuatu atau dia sedar di depannya ada orang lebih berilmu...

Kalau bercakap satu jam tapi kerap minum air macam cakap 5 jam petanda buntotnya panas, panas dalam, cakapnya bohong dan cuba menyejuk dan mengawal diri.

Selepas ucapan dia berharap ramai yang datang memujinya tetapi apapun malam nya dia tidak dapat tidor lena kerana isteri membebel kesilapan ucapannya.

Dia masih tertanya tanya, agak agaknya temberangnya itu berapa ramai yang percaya...


# Dengar cerita ada Menteri Kanan kena maki dengan Muhyiddin (?) Kita yang tak tahu elok tak masuk campur.
Lagipun dalam keadaan ekonomi dan politik hari ini, memang hari hari Menteri Zalim kena sumpah dan maki, biasanya tak lama, berangkut le tu....

Wednesday, December 9, 2015

PEMIMPIN ANDA...

Tunai bertukar jadi unit
Derma jadi derma derma

Pembohong dah jadi munafik..

Kj demam !!,

Aku memang tak ikuti PAU kali ini sebab aku tak jangka apa apa yang ajaib akan berlaku.

Takkan diluar PAU menikus, masuk dalam PAU boleh tukar jadi incredible hulk...

Tema kali inipun aku tak ingat, cuma term and condition masih sama, cash is king.

Takkan nak tunggu tengok depan tv muka ku nan, najib dan zahid - buang current.

Macam kalau kita dah terkena kali pertama beli pau kaya atau pau kacang yang sudah tidak ori, palsu dan basi...takkan ulang nak beli di tempat yang sama penjual yang sama.

Tapi terbaca juga katanya Kj dalam perasmian pemuda marah mengamuk gila dan warning kerajaan (ye ke?) supaya jangan lagi naikkan barang !!!!
Berasap ucapannya, keluar api !!!
Ye ke?

Apapun ucapan bersemangat tu sebenarnya sudah biasa, apalagi kali ini..nak tunjuk bebas bersuara dan demokrasi !!!

Bagi aku, mungkin Kj demam dan perlu banyak rehat.

Kalau dia berikrar akan letak jawatan jika barang naik lagi, itu baru aku anggap Kj original cucu menantu Badawi.

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...