Selepas PAU boleh dikatakan suasana lebih aman, komen sikit sikit pasal PAU dah reda, tak ada isu lagi gamaknya. .
Tetapi PAU 2015 menang anih, one man show... Pembukaan dan penutup tak ada isi... Cuma mengesahkan seorang bangsawan yang mengangkat dirinya ..
Masalah dalaman umno, isu 1MDB, 2.6B...sedikitpun tidak selesai... Apabila tidak selesai ia akan berlarutan, walaupun nampaknya aman sekarang...tetapi kerana ia berbentuk pertanyaan, isu dan saolan itu terus hidup selagi hayat dikandung badan, 7 keturunan diperkata orang... Lambat laun, cepat lambat, esok lusa bisul akan meletup juga...
Jadi apabila air tenang, jangan disangka tiada buaya ... Dalam pandai melompat setakat ini memang lepas, tapi tupai kena selalu beringat ..
Saolan yang masih berlegar BUKAN lagi pada Mahathir atau sekadar Muhyiddin..kini makcik bedah felda Jengka dan mamak teh tarik pun nak tahu, teringin sangat nak tahu wajah penderma budiman..sihat atau sakit ke dia ni !!!
Minta nama, ic, alamat dan nombor telefon..ramai ingin berkenalan dan cuba nasib...
Saolan yang belum terjawab...
Ke mana Wang itu dibelanjakan...
Senarai.
1)
2)
3)
4)
5)
Lepas tolak lain-lain perbelanjaan, berapa baki dan di mana Wang itu.
Percayalah, sumpah, satu sen pun rakyat tak minta, cuma nak tahu.
Itulah antaranya, kurang lebih saolan yang belum ada jawapan ....dah berbulan ditanya, kenapa sukar sangat untuk memberi jawapan dari mulut Najib sendiri...
Sebagai ketua negara, perlembagaan dan undang undang kena dijunjung, itulah jati diri dan BUKAN semborono...
Jika penderma ingin memasukan ke akaun peribadi dan tidak mahu didedahkan, jawapan Dari PM sepatutnya NO...atau sekurang kurangnya sudah dibawa ke pengetahuan kabinet, sudah berbincang dengan AG, BNM dan SPRM....
APA yang berlaku, menafikan dan selepas tu DENGAN muka sardin, mengaku....
Aduyai..