Sunday, April 3, 2016

JENTERA NAJIB SEMAKIN LEMAH...

Ahmad Maslan, bekas Ketua Penerangan UMNO telah diganti dengan Anuar Musa.
Ada perubahan (?)
Kenapa kerap sangat tukar....lepas ni siapa, next !!!
Salleh Keruak dan Rahman Dahlan dah tak power lagi ke ???

Tugas mereka hanya serang Mahathir, dalam dunia ini musuh UMNO No. 1 adalah
Mahathir, bangun pagi, belum sempat gosok gigi, baca wassap, baca internet apa Mahathir kata, lepas tu jawab...sebab itu jawapan busuk macam longkang.

Kenapa tak baca Utusan Malaysia atau dengar TV3...sebab mereka tahu apa yang diwar warkan, skrip mandor.

Kejayaan paling boleh pakai bawa masuk Ku Li untuk angkat tangan sokong Najib, dah memang Ku Li orang UMNO, Ketua Bahagian...ada peruntukan, apa nak dihairankan.

Siapa yang saman UMNO sehingga diharamkan (?) Siapa yang loncat masuk balik UMNO(?), kalau Mahathir itu pecah belahkan UMNO, kenapa Tun benarkan beberapa pengkhianat masuk semula (?)

Ahmad Maslan Biro Teknologi Maklumat, General Perang Siber, Ada perubahan (?)
Ujudkan keyboard warrior yang juara maki hamun !!!
Sekadar sembang besaq di kampung... kenapa tak lawan di peringkat antarabangsa, lawan  media antarabangsa yang kononnya memfitnah Najib, UMNO dan Malaysia.

Ada fakta (?) buat lawak boleh le..

CABARAN DAN RANSANGAN UNTUK AHLI KELUAR PARTI

:)


Pemimpin terlebih makan dedak, sudah tidak ada daya kepimpinan, muflis idea untuk mengajak ahli kekal dalam parti.

Apabila isu ahli, pertanyaan ahli, keraguan ahli tidak dapat dijawab, inilah lagak pemimpin...

Sejak bila opah dia beli parti ini...
Muka ni lah juga, esok nak undi, hari ini datang buat muka tiga sen rayu undi..

Friday, April 1, 2016

TAKKAN SATU KELUARGA DOK BEDAK SAMA-SAMA DEPA...

kemudian kata tak guna untuk peribadi...


SELAMAT PANJANG UMUR



Selamat Hari Jadi  Puan Ainina..
Semuga panjang umur..dan d limpahkan rezeki, keselamatan kesejahteraan, ..dan d dalam Rahmat Allah..
Aamiin...

Thursday, March 31, 2016

JAWAPAN YANG ADA KUALITI INTERNATIONAL...

Hari ini, kita ringan ringan sahaja, supaya saudara saudara seperjuangan kita tidak terlalu emosi menerima tekanan dan berita baru yang bertubi tubi masuk. Nampaknya sistem menongkah berita masuk ke dalam negara tidak berkesan.

Kalau tahu ini jadinya, sepatutnya internet tidak di ujudkan di Malaysia. Biarlah kita terus tinggal dalam gua atau atas pokok. Malangnya semua ini salah Mahathir yang membawa arus pembangunan yang menyusahkan pemimpin untuk menyorok berita.

So special about our PM, orangnya tenang dan seluruh kabinetnya berfungsi dengan baik, purata 3.85 per 100. Untuk menjadi pemimpin, Timbalan Menteri atau Menteri tidak perlu kelayakan yang tinggi, memadai loyal dan akan diberi royalti.

Kita ketengahkan seorang lagi Timbalan Menteri yang samsengnya sama seperti Nazeri, agaknya orang Perak dan orang Kelantan yang jadi pemimpin di bawah Najib sama kualiti:

Asal boleh jawab, Menteri Najib akan menjawabnya walaupun jawapan tersebut akan diketawakan pihak lain.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Datin Seri Rosmah Mansor.
“(Hanya) satu atau dua beg, mengapa tidak? Beliau seorang perempuan, saya tahu perempuan suka beg tangan.
“Saya diberitahu bahawa antara cara memenangi hati seorang perempuan adalah dengan membelikan beg tangan,” katanya kepada pemberita di Parlimen dipetik Malaysiakini.
Mengenai barangan kemas Rosmah, Tajuddin berkata isteri perdana menteri bersikap sederhana dan secara berseloroh berkata beliau tidak pernah gelang yang dipakai sehingga siku.
“Saya tidak lihat (gelangnya) hingga sini (siku).
“Sesetengah wanita India suka pakai (gelang emas) hingga (siku mereka), tetapi bukan berlian dan emas, semua palsu,” katanya sambil bergelak ketawa.
“Saya juga berpakaian segak hari ini, awak tidak cemburu pun kerana saya mampu,” katanya merujuk pakaian rasmi ketika menghadiri persidangan parlimen.
Katanya memiliki barangan kemas atau mewah perlu bergantung kepada kemampuan seseorang.
Tajuddin juga mempertahankan gaya hidup Rosmah dan Najib dengan alasan bahawa mereka hidup dalam kesederhanaan dan bukannya dalam kemewahan ataupun boros seperti yang didakwa oleh sesetengah media asing.
“Cara mereka pergi bercuti hanya biasa,” katanya.
Laporan The Wall Street Journal mendakwa Najib dan keluarganya membelanjakan AS$15 juta untuk percutian, membeli-belah dan barangan kemas.


Otak Tajuddin boleh tak jawab persaolan di bawah...




ANUAR MUSA DEDAHKAN SIAPA MAKAN DEDAK...

KEMASKINI:

INI CONTOH KALAU TAK MAU MAKAN DEDAK, DEDAK DEPAN MATA PUN TAK HINGIN ATAS PRINSIP..


VERSI BM
SIARAN MEDIA
NOTA KEPADA EDITOR
Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa 30hb. Mac 2016.
Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Dato Seri Syed Faisal Albar semalam.
Dr Mahathir juga telah melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuat kuasa 30hb. Mac 2016. Keputusannya telah disampaikan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim.
Selain itu, Dr Mahathir juga telah meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA). Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan-jawatan ini.
Pejabat Dr Mahathir bin Mohamad
Putrajaya
31 Mac 2016









Ada ,beberapa persaolan utama...

Apakah Anuar Musa sahkan yang menyokong dan mempertahan Najib adalah demi dedak (?)

Adakah Anuar Musa ingat, Tun Dr Mahathir itu serupa dia, perjuangan demi dedak (?)

Siapa yang heret kuli sokong Najib (?)
Dedak atau Anuar Musa (?)

Apakah tugas Ketua Penerangan UMNO (?)
Terangkan missi parti atau sekadar serang Mahathir (?)

Wednesday, March 30, 2016

Kemasukan Ku Li Dalam Team Najib Mengubah Lansdkap Dalaman UMNO.

Deklarasi Ku Li sokong Najib tidak banyak membawa pengaruh atau impak.

Peninggalan Ku Seman Ku Hussain dari Utusan Melayu dan khabarnya ada sorang dua lagi orang penting dan kanan yang ikut jejak.  lebih impak dalam jangkamasa panjang dan akhirnya Utusan Melayu akan jadi seperti Harakah, Suara Keadilan atau The Roket yang dibaca oleh ahli totok sahaja.

Ku Li yang selalu mengharap bola datang bergolek di kakinya telah di manafaatkan sepenuhnya oleh Najib melalui Anuar Musa.
Walau otai tapi Najib lebih "smart" mengendalikan orang seperti Ku Li yang sudah tentu peluang terbaik menyaingi Tun Dr Mahathir.

Apa yang lebih penting selepas ini ialah Ku Li wajar dilantik dalam kedudukan lebih penting seperti TPM2 atau Menteri Kewangan.
Jika dilantik sebagai Gabenor Bank Negara sudah tentu cara terbaik menamatkan riwayat politik Ku Li.
Tanpa kuasa dan pengaruh politik, sudah tentu 200% ku li perlu bergantung ehsan kepada Najib.

Perlu diingat, saban hari u-turn ku li dikecam hebat oleh pro Tun dan ini menguntungkan Najib.
GKCM sendiri sudah mengarahkan kecaman ku li dihentikan sebaliknya terus fokus kepada pengunduran Najib...

Kemasukan ku Li dalam team Najib sedikit sebanyak menggugat Zahid (?) Wait and see...

KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...