Thursday, March 31, 2016

JAWAPAN YANG ADA KUALITI INTERNATIONAL...

Hari ini, kita ringan ringan sahaja, supaya saudara saudara seperjuangan kita tidak terlalu emosi menerima tekanan dan berita baru yang bertubi tubi masuk. Nampaknya sistem menongkah berita masuk ke dalam negara tidak berkesan.

Kalau tahu ini jadinya, sepatutnya internet tidak di ujudkan di Malaysia. Biarlah kita terus tinggal dalam gua atau atas pokok. Malangnya semua ini salah Mahathir yang membawa arus pembangunan yang menyusahkan pemimpin untuk menyorok berita.

So special about our PM, orangnya tenang dan seluruh kabinetnya berfungsi dengan baik, purata 3.85 per 100. Untuk menjadi pemimpin, Timbalan Menteri atau Menteri tidak perlu kelayakan yang tinggi, memadai loyal dan akan diberi royalti.

Kita ketengahkan seorang lagi Timbalan Menteri yang samsengnya sama seperti Nazeri, agaknya orang Perak dan orang Kelantan yang jadi pemimpin di bawah Najib sama kualiti:

Asal boleh jawab, Menteri Najib akan menjawabnya walaupun jawapan tersebut akan diketawakan pihak lain.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Datin Seri Rosmah Mansor.
“(Hanya) satu atau dua beg, mengapa tidak? Beliau seorang perempuan, saya tahu perempuan suka beg tangan.
“Saya diberitahu bahawa antara cara memenangi hati seorang perempuan adalah dengan membelikan beg tangan,” katanya kepada pemberita di Parlimen dipetik Malaysiakini.
Mengenai barangan kemas Rosmah, Tajuddin berkata isteri perdana menteri bersikap sederhana dan secara berseloroh berkata beliau tidak pernah gelang yang dipakai sehingga siku.
“Saya tidak lihat (gelangnya) hingga sini (siku).
“Sesetengah wanita India suka pakai (gelang emas) hingga (siku mereka), tetapi bukan berlian dan emas, semua palsu,” katanya sambil bergelak ketawa.
“Saya juga berpakaian segak hari ini, awak tidak cemburu pun kerana saya mampu,” katanya merujuk pakaian rasmi ketika menghadiri persidangan parlimen.
Katanya memiliki barangan kemas atau mewah perlu bergantung kepada kemampuan seseorang.
Tajuddin juga mempertahankan gaya hidup Rosmah dan Najib dengan alasan bahawa mereka hidup dalam kesederhanaan dan bukannya dalam kemewahan ataupun boros seperti yang didakwa oleh sesetengah media asing.
“Cara mereka pergi bercuti hanya biasa,” katanya.
Laporan The Wall Street Journal mendakwa Najib dan keluarganya membelanjakan AS$15 juta untuk percutian, membeli-belah dan barangan kemas.


Otak Tajuddin boleh tak jawab persaolan di bawah...




48 comments:

  1. Mufti Wilayah pesan bro..Tabayyun....Tabayyun....
    Dr Albakri Ulama mahir Tasawuf bro....

    ReplyDelete
  2. Berita dari sumber....tak dinamakan, tanpa mahu dikenali, tak bernama dan yang sebenarnya...memang tak ada. Cuma tukang karut sahaja. Kihkihkih.....

    Sekali menganjing...selamanya menganjing.....ringgit 3.87 = usd 1...najib masih pm...wkakakakakakakakakakakakakakakakakaka.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azlan zamhari. Malaysia kini..
      Nk saman selasa bila?
      Kahkahkahkah..
      Sumber xdinamakan..kahkahkah
      Dok pusing kt situ jela cai..
      Nk saman selasa xkesampaian.
      Kahkahkah

      Delete
    2. Ingat belim tentu kekal. Walaupun aku ahli umno seumor hidup tetapi aku dan keluarga telah bersumpah tidak akan mengundi bn pada pru 14 sekiranya najib masih pm

      Delete
    3. Aku pun mcm 923.

      Tapi apekebende nye yang 755 dan 643 di ataih tu cakap?

      Delete
  3. satu jer soalan...: Semua tu duit kerajaan atau rakyat ker?... aca bebetul Surat anak raa arab tu. jumpa jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana dia surat nya? Aku rasa tipu helah aje ade surat konon di "leak"kan. Sesiapa aje boleh menipu tulis suart konon nya dari anak raja.

      Delete
    2. Wa ingat duit tu dari Anak Raj agelek arh bro!!!

      hehehehehe....

      Delete
  4. penderma RM2.6B pun dari sumber tak bernama jugak..hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodohlah Kau ni. Kalau makan dedak tak apa juga, ini makan tahi. WSJ pun dah mengesahkan penderma adalah dari keluarga diraja Arab.

      Orang dah tahu, Kau masih meraba2. Teraba tahi pulak tu.

      Delete
    2. Coba kau kasi link kpd laporan WSJ yang mengatakan penderma keluarga di raja Arab. Habih, apasal Menteri Luar Arab Saudi kata duit itu bukan derma dari depa, tapi "pelaburan dari seorang individu" di sana?

      Kau tak raba tahi tapi ada tahi dlm poket ke? Dedak bentuk tahi dari Najib ke?

      Delete
  5. Tu bersederhana, habis berjuta. Kalu boros, tak tahu betapa yg habis. Pompuan suka handbag, beli dua sekali shopping tu, bukan ada dua. Pompuan india pakai gelang sampai siku, palsu punya. Ni pakai tak sampai siku, tak nampak lengan jer, tapi ori punya. Baju mp pakai, sapa nak jeles, bukan boleh pakai buat jalan. So, pusing lagi. Nanti adun dan mp boleh cari kawasan kampung untuk bertanding. Kawasan bandar rasanya berat banyak. Kawasan kampung sumber maklumat masih lagi guna alat penapis.

    ReplyDelete
  6. Six million dollar man. Pandai pandailah.....

    ReplyDelete
  7. Jangan percaya, jangan percaya dari sumber tak bernama... Semua tu fitnah... Dunia sengaja memfitnah Mohd Najib dan negara Malaysia.

    Dema jeles sebab Mohd Najib dapat derma berbiliyon. Dema jeles sebab Tok Arab baik dgn Mohd Najib. Derma sahih halal, suci dan bersih dari kemungkaran.

    Alhamdulillah Perdana Menteri Malaysia kaya raya, rakyat sihat sejahtera, ekonomi kukuh perkasa, negara terus demokrasi dan merdeka...

    #RespectMyPM ok!!!! #PespectMyAG ok!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi aku terasa hampa sangat bila Mohd Najib pulangkan wang Tok Arab 2.03bilyon tu... Dia mungkin tak perlu, tapi rakyat perlu... Takkan dia tak tau kot? Takkan dia tak peduli kot rakyat yg susah? Takkan dia tak boleh fikir macam mana nak tolong rakyat jelata? Takkan dia sorang saja nak merasa, rakyat tak payah.

      Sebagai Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib kena peka dgn kehendak dan keperluan rakyat. Kalau rakyat yg papa kedana, yg daif, si ibu tunggal dan si anak yatim aku tak kisah sangat, ada Jabatan Kebajikan Masyarakat tolong. Yang berniaga pun takkan sentiasa nak merugikan diri, cukup setakat balik modal saja.

      Tapi aku sedih dgn yg bekerja makan gaji, yg berpendapatan rendah, yg terpaksa berpuasa setiap kali anak demam, berpuasa setiap kali motor rosak. Rumah kena sewa hingga ke tua.

      Mohd Najib sedar tak duit Tok Arab yg dia pulangkan balik tu boleh beli lebih 20,000 unit rumah yg berharga 100,000. Itu kalau dia bagi free. Kalau dia bagi subsidi 50%, 40,000 keluarga boleh dapat rumah sendiri. Bayangkanlah kalau 40,000 keluarga ni dok doakan utk dia setiap kali solat, alangkah bahagianya dia di alam barzakh nanti.

      Tapi sedihnya Mohd Najib tak ingat semua tu. Kalau dia ingat pun mungkin setakat permata bini dia. Awal2 dulu dia cakap 'rakyat didahulukan'. Sekarang ni aku dah tak nampak di mana yg didahulukan... Apa saja yg kononnya dibuat utk rakyat hanyalah utk glamor, utk mencari nama, utk menghulur budi supaya disayangi.

      Delete
    2. Setuju dgn bahagian ke2 komen QQ.

      Dia nakkan di sayangi dek DAP dan Cina hingga buang ISA, buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi hak dan kepentingan Melayu di Perkara Perkara sensitif dalam Perlmbagaan negara, senyapkan DEB, kasi biasiswa kpd kaum yang terkaya di negara ini dah berpuluh tahun.

      Lembik lutut nya bila di panggil bunyi sayang Ah Jib Gor, membongkok ke belakang nak ambik hati Cina, tapi di kasi tsunami Cina di PRU13.

      Dahtu buat tahi dengan 1MDB dan RM2.6 bilion. Bukan saja Cina, Melayu pun dah meluat tengok si Najib. UMNO/BN akan lingkup di PRU14, jika Najib tak undur tau di gantikan.

      Delete
  8. Najib kata dapat derma 2.6B kerana baik dengan Almarhum Raja Saudi.

    Tapi kuota Malaysia di potong 20% oleh kerajaan Arab Saudi.

    Sungguh pelik bin ajaib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah Kau dapat maklumat ni. Inilah ahli2 makan tahi. Mana ada kuota dipotong. Kesian

      Delete
    2. bro....isu potongbquota jangan lah Kita jadi pendek akai bro.... Indonesia..... quota Haji dia berapa? kaau ikutan rakyat indon dekat 300j... kaau quota 10%... patutnya dekat 3 juta jemaah Haji indo....TAPI yg di benarkan sekita 1% jer....kira2 hampir 300,000 jer.... ni bukan soal quota jer bro soal boleh atan ker idak kerajaan arab beb.... jangan busuk hatilah.... mekah belum siap sepenuhnya untuk menerima limpahan jemaah

      Delete
  9. Jangan percaya sumber tak bernama?

    Penderma tak bernama 2.6b pun jangan percaya la kan mangkok hayon oooi?

    ReplyDelete
  10. Kalau berbelanja ikut kemampuan mampus pi la.Yang dipersoalkan ni berbelanja terkeluar dari kemampuan.Kalau najib buat tiga kerja pun seperti yang disarankan oleh menteri kabinet dapurnya belum tentu dapat berbelanja seperti itu.
    Berbelanja hampir setengah juga diHawai ketika negara dilanda banjir ikut kemampuankah?

    Halo pak menteri biar orang gelak kerana kita buat lawak tapi jangan bagi orang gelak kerana kita nampak bodoh.Ingat pesan saya ini sampai bila2

    ReplyDelete
  11. Mengapa najib diserang hebat media2x talibarut zionist 1 dunia?
    Apakah US mencari alasan hendak mencampuri urusan di malaysia?
    Jika Iraq (1 contoh dpdnya) ditipu dengan propaganda hebat media zionist untuk beralasan memasuki negara itu kununnya hendak mencari senjata nuclear (padahal sejarah membuktikan itu semua hanyalah tipuan belaka), sedangkan tersirat dan tersurat adalah semuanya kerana kepentingan politik US dan israel di dunia belah timur tengah (meluaskan pengaruh dan jajahan Israel mengikut plan terancang & terperinci), maka pernah saya melontarkan keanehan di blog KD juga, mengapa kita pula?

    Apa yang ada di malaysia? Laut China Selatan? atau kepentingan apa...? mengapalah malaysia sekangkang kera ni jadik perhatian sang dunia? Mengapa aruah dato Onn pun tak dapat bercakap (mulut terkunci) apa yang dia nampak dan tahu permainan kumpulan ini sejak dulu lagi hingga sekarang (dan sehingga kehendak dan hasrat mereka tercapai)?

    Aduhai najib, aku bukan membencimu, tapi aku melihat bahaya yang telah kau cipta atas sedikit kekhilafanmu dan sifat riakmu dulu.

    Kerana itu datangnya gerakan SAVE MALAYSIA (aku percaya bukan semuanya ikhlas pun sebab sebahagiannya menunggu peluang imbalan serakah tamak dunia). Gerakan ini bukan hendak menyelamatkan seorang dua individu, tapi sebilangan besar mereka nampak apakah tersirat dan tersurat daripada "peperangan" ini semua, iaitu kami ingin selamatkan maruah dan rakyat malaysia daripada tipu daya game US ini. Lagi cepat kau turun, lagi cepat kita menyusun strategi baru dan membantutkan pula plan mereka.

    Wahai kawan-kawanku seagama dan sebangsa, kita sedang dicatur tetapi adakah kita hanya mampu diam?

    Mereka berjaya mencemar airmuka dan maruah najib seburuk-buruknya untuk beralasan rakyat menolak kerajaan & mengharapkan rakyat memberontak dgn keganasan, tapi wali-wali tanah melayu berdoa agar ALLAH memberikan keselamatan kepada tanah melayu ini, maka tidak satu pun 'pemberontakan rakyat' (kununnya - seperti terjadi di sumatera dahulu menjatuhkan kerajaan bersultan) berjaya menjatuhkan kerajaan secara keganasan. Bumi bertuah ini tidak akan mengizinkan “peperangan berdarah sesama agama dan bangsanya (dalam negara/negeri) ” dalam keadaan apa sekalipun kecuali peperangan disebabkan serangan/pencerobohan dpd pihak lain (negara/bangsa lain).

    US dan proksi zionist pusing2x kepala dan tak akan pernah diam mencari alasan, maka alasan 'NAJIB' inilah (ibarat pucuk dicita) yang sedang mereka gunakan sebaik mungkin peluang ini untuk mencari jalan menceroboh masuk Malaysia (tanpa peperangan berdarah). Samada Najib goyang atau tidak, samada najib terpaksa jadik pak turut atau tidak (kerana kelemahan najib sudah di tangan mereka), kita saksikan 'perjanjian-perjanjian' belakang tabir adakah akan terjadi satu persatu mengikut kehendak US atau Najib akhirnya buat keputusan paling selamat untuk negara dan rakyat ini dengan melepaskan jawatannya demi maruah agama dan bangsanya.

    Sungguhpun demikian, aku tahu, najib sedang cuba sedaya upaya memperbaiki keadaan (seorang diri) walaupun dia diserang hebat kanan dan kiri, depan dan belakang. tapi mampukah? Adakah semua panglimanya boleh pakai dan tahu bersilat? Atau adakah pembesar-pembesarnya panjang akalnya dan bijak bestari?

    Semoga ALLAH memberi dia petunjuk dan jalan samada mara terus ke depan atau memberi dia petunjuk (isyarat) meletak jawatan (bila “seseorang” membisikkannya).
    Tapi jika Najib enggan menerima bisikan tersebut (tetap berkeras hati kerana ikut nafsu dunia), bersedialah kamu menerima asbab dan musababnya di belakang hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dah nampak banyak pincang di bawah Najib tapi kalu masih nak biorkan Najib bgitu, fulus lah UMNO tak dapat undi utk menang di PRU14.

      Kena gesakan supaya Najib undur atau di gantikan supaya boleh elakkan itu. Kena sebut begitu cara terus terang dan terus menerus.

      Delete
    2. Dah tahu Yehudi Zionist musuh Islam & manusia sejagat, Puan Najib & Mr. Rosmah masih mau menjalin persahabatan kerana 'hard up' Cash is King. Bapak segala kejahatan, keluarga Yehudi bernama Rothchilds kini menguasai Global World of Business & Politics under New World Order. Motto mereka jelas menyatakan...
      By the Sword or Debt to topple and conquer any government. Najib & Rosmah menggadai negara untuk berhutang & menyakau 42 billion.u

      Delete
    3. Dari awal lagi saya dah nyatakan persekongkolan Najib dgn yahudi zionis mendatangkan musibah dahsyat meliputi setiap penjuru, sama ada di darat, laut, udara maupun gunung. Ekonomi negara hancur, hutang bertimbun, pelaburan sektor pembuatan susut mendadak, pengangguran meningkat, kenaikan harga barang keperluan harian tak sudah2, cukai gst yg memeritkan, dsb. Keserakahan pemimpin juga mengakibat kehilangan beratus jiwa, perbendaharaan negara dan menjerumuskan nama & maruah ke tahap paling hina dalam caratan sejarah.

      Ianya bermula bila Bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa (House of Rothschild) dibenarkan membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. Najib yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank (Suicide Banker) untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali. Najiblah yg telah mengeluarkan lesen kepada bank Rothschild ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

      Delete
    4. Kita sambung sikit lagi pasal Goldman Sachs ni…
      >>> Goldman Sachs advised 1MDB on three acquisitions and arranged the sale of three bonds worth a total of $6.5 billion that got the firm $650 million. Goldman Sachs' last transaction with 1MDB was in 2013 when it sold $3 billion in bonds <<< http://www.ibtimes.com/malaysia-1mdb-

      >>> NEW YORK (Bloomberg) - A former Goldman Sachs Group banker has become entangled in a sprawling investigation of the Malaysian state investment fund as United States authorities turn to him for information.
      Mr Tim Leissner was issued a subpoena about the Malaysia matter in late February, according to three people briefed on the matter, just days after Goldman Sachs confirmed he had left the firm. <<< http://www.straitstimes.com/tim-leissner-issued-subpoena-amid-us-probe-into-malaysias-1mdb

      Mohd Najib bersubahat dgn YAHUDI nak jadi kaya. Kalau kita biar Mohd Najib ni, dia dgn kita semua akan jadi hamba YAHUDI.

      Delete
    5. Rata2 duniapun tahu, Yehudi Zionist berfalsafahkan "By Sword or Debt to enslave & conquer a nation'. Tapi oleh sebab ikut telunjuk Rosmah yg mengejar kemewahan, Najib menyimpang & khianat pd agama, bangsa & negara. Mengundang puak Yehudi Zionist Apco (consultant) & Goldman Sachs bertapak & beroperasi di Malaysia bermakna Najib telah membawa masuk musuh Islam ke dalam kubu/kota negara. Maka mudahlah Yehudi Zionist merobak-robek & memperhambakan negara di bawah kekuasaan mereka kerana hutang & bunga riba menimbun-nimbun.

      Delete
  12. KD, ko ni nak berapa baru ko henti kutuk Dato Najib? Bagitau, aku boleh settlekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CASH IS KING, kamu ni agen Mat Maslan, agen Mohd Najib, agen Goldman Sachs, agen Rothchilds, agen YAHUDI ke? Kamu duduk le di belakang Nohd Najib sama2 dgn 3 juta umat UMNO di Padang Mahsyar nanti.

      Delete
  13. Bukan Kah Malaysia di kawal oleh Amerika.

    Tengok berapa mesra dan akrab nya Obama dengan Najib.

    Berms in golf lagi kat Hawaii bila negara di landa banjir dan Rosmah pula naik kapal terbang kerajaan berbelanja di beberapa buah negeri.

    Jadi tak masuk akal kalau di katakan USA Nak jahanamkan negara Malaysia jajahan Amerika.

    Kesian Melayu secara senyap senyap Yahudi sedang menjajah Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Kalau yuduhan ini x betul nama najib akan naik melambung dan akan backfire montot org yg buat tuduhan palsu.... tgk toni pua chicken pox dah bisu.. rafizi pun dah bisu... Clara bohsia dah cabut.. tungi mamak tua pulak cabut lari balik india dng baka baka spt nasib aljuboori dan baka haprak... cukup2 laa buat fitnah....

    ReplyDelete
  15. Rasanya wajar dia berbelanja lebih. dia kan PM kita. tak kanlah nak pakai barang cikai-cikai.nanti orang tak respek n confidentlah.kerja dia banyak nak mengurus kita.wajarlah.contohnya ketua kita dalam sesuatu organisasipakai cikai jer,tentunya kita kurang confidentlah. alah semua pemimpin pun macam tu..apalagi DAP ...lagi kuat menipu...mahataihir pun sama cuma bezanya pandai sembunyi atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni cakap gitu, budak kecik ke atau di gua mana ko duduk. Bodoh sangat ke mengata semua pemimpin macam gitu jadi Najib boleh berleluasa.

      Delete
    2. Kejora Liberal 11:46

      Jawab dulu soalan2 saya yg masih tergantung tak bertali.

      Jgnlah nak cong temberang kalau hutang kamu itu masih belum berbayar.

      Delete
  16. setakat ini Najib hebat dalam permainan dan percaturan politik.orang nampak dia lemah tetapi sebenarnya dia power.so kita kena pertahankan Najib kerana dia hebat dan layak menghadapi sebarang dugaan...serangan...dan mampu memacu ekonomi Malaysia dengan singkat dan sebenarnya banyak pencapaian yang baik yang dibuat olehnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat putar belit.
      Hebat tangkap dan penjara kan orang.
      Hebat buang orang dari perkerjaan
      Hebat memperalatkan media cetak
      Untuk kepentingan sendir
      Hebat memperbodohkan orang Melayu
      Hebat melarikan diri dari pemberita

      DAN YANG PALING HEBAT SEKALI IALAH MENDAPAT DERMA 2.6B DARI PAK ARAB.;

      Delete
    2. BUKAN ERMA YANG RM2,6 BILION TU, BANG.

      MENTERI LUAR ARAB SAUDI DAH KATA BUKAN DERMA KELUARGA DI RAJA TAPI "PELABURAN SORANG INDIVIDU". INI BERMAKNA SIAPA SAJA, TERMASUK ORANG YANG ADA KAITAN DGN 1MDB YANG TUGAS NYA MENGATURKAN HANTAR WANG SINI SANA. KAN ADA BERMACAM "DEALS", BERBAGAI EKAUN, BERMACAM TEMPAT WANG DI HANTAR.

      Delete
  17. berbanding Lim Guang Eng, dia kata dia bagus, suci dan sebagainya tetapi rupanya penipu besar so jangan sekali-kali percaya dengan cina DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu jugak Najib & Rosmah. Menteri Luar Arab Saudi kata RM2.6 bilion bukan derma. Surat yang konon nya "laked out" tuh entah sesiapa nulis.

      Delete
  18. AA.......
    You have molested your pride and dignity and put yourself as low as the begger who begs for " food "
    You are a disgrace to the Malays and Islam. May Allah grant you the hidayah to redeem youself .
    Amiin

    ReplyDelete
  19. KD dan Penjilat Kahak
    2 soalan...
    1....dah dekat 2 tahun apasal Ajibgor masih PM?
    2....Ajibgor tak lepas jawatan pun kenapa Ringgit kukuh berbanding Dollars Amerika,sebaliknya perkara ini berlaku bila Kepala Penjilat Kahak letak semua jawatan welfare dari Kjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Dua tahun lagi adakah dia masih pm? Jika ikut sentimen skrg...mimpi je la

      2. Belajar lagi ekonomi..gunakan akal yang ada walaupun IQ macam ameba. cukup2lah jadi pelahap dedak najip tu.

      Delete
  20. Inilah PM yang paling tongong lagi Bangang!!!

    Tun M yang bukan ahli UMNO dan mahukan kebenaran sebok dia nak lawan

    Ini WSJ yang lantang dan keluarkan segala Fakta bercarta lagi dia buat bongok jer!!!

    Woii AhJibNgok yang mahukan jawapan tu semua rakyat!! BANGANG!!!

    Kalau itu semua tak betol gila saman WSJ.. Selagi ko settle rakyat tetap beranggapan yg kau bersalah!!

    ReplyDelete
  21. WSJ milik rothchild yahudi zionis.... isu 1mdb melalui proksinya spt clara bohsia... mamak tua bohjan.. tony pua chicken pox...rapizi sotong...dan gang lain 3 bohsia dan bohjan sotong dah bisu sungguh... cuma tinggak bohjan mamak tua ni jer yg melalak... WSJ ni punca segala fitnah 1mdb....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu, WSJ milik yahudi. Sama jugak dgn media2 lain seperti ABC, CNBC, NYPost, NYTimes, UKTimes, HKStandard, JapanTimes dan berpuluh2 lagi. Semua dok fitnah Mohd Najib.

      Tapi pasal apa Perdana Menteri Malaysia ni tak patahkan fitnah tu? Saja dia seronok dapat pahala kot pasal kena fitnah. Duit dapat berbilyion, pahala pun dapat berbilyion jugak. Kaya dunia akhirat.

      Masaelahnya pasal apa pulak dia tak bagi penerahan dekat rakyat jelata warganegara Malaysia ni? 15 juta rakyat dah jadi penganalisis ekonomi dan politik Malaysia. Teringin jugak nak dengar kehebatan Perdana Menteri kita. Kan Mohd Najib kontrol media Malaysia. Bagitau saja TV1,2,3,4,5,6...... Dia nak buat majlis suiakenal dgn rakyat, nak bagitau perkembangan terkini. Sahih no problem. Sekarang ni 'One Malaysia Dah Bengong' dgn segala erita yg karut marut pasal Perdana Malaysia yg dihormati itu.

      Tapi aku rasalah... Mohd Najib ni bukan peduli sangat pasal rakyat. Lantak koranglah nak kata apa selagi dia boleh berkuasa. Maki hamun le korang buat dosa mengata mengutuk dia selagi duit dia tak luak.

      Lagipun dia takut apa, umat UMNO ada menyokong dan menyembah dia. Anuwar Musa pun dah bagi warning dekat umat UMNO: JANGAN TANYA!!! Ikut dan sokong saja apa Mohd Najib arah.

      Kesyiannn...

      Delete
  22. Gang Telan Kahak,
    WSJ tulis Najib belanja 55juta K dekat JAKEL....INI LA KD AND GANG PERCAYA

    ReplyDelete
  23. An Australian newspaper has reported that Australia's fourth largest bank, Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ), may sell its stake in AmBank Holdings Berhad after the bad press from alleged billions in donation which made its way into Prime Minister Najib Abdul Razak's personal accounts at the local bank.

    "ANZ is understood to have been trying to divest its stake in the scandal-plagued Malaysian bank since at least September — one month after tens of thousands of Malaysians staged street protests over the scandal," reported The Australian in the article Najib Razak scandal: ANZ 'can't act', published today.

    The paper reported that the sheer volume of money pouring into Najib's accounts triggered money-laundering alerts within AmBank, which led to the bank having to pay a fine after Bank Negara found it breached anti-money laundering and counter-terrorism monetary transaction regulations linked to “politically exposed persons”.

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...