Nasihat kepada Kak Jat, untuk menyuap bukan position sebelah kiri pakcik tu, duduk dihadapan atau sebelah kanannya...itu position posing sebab nak di ambil gambar, suapan lakonan, kurang ikhlas....
Gara-gara pemimpin mahu menongkat jawatan sampai kiamat dan gara-gara disokong pemimpinnya, berbaloikah Tun Dr Mahathir dilayan sebagai musuh, denyut nadi rakyat diperlekehkan dan hari ini lebih ramai bangsa Melayu sedar, Melayu tidak bangsat
tanpa pemimpin UMNO sekarang....
KENYATAAN MEDIA
AMANAH sokong cadangan penubuhan 'Bank of Johor'
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menjunjung dan menyokong penuh cadangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk menubuhkan 'Bank of Johor' bagi kemudahan rakyat di negeri itu.
2. Penubuhan bank persendirian ini diyakini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan di negeri itu bukan sahaja dalam membuat pinjaman perumahan malah juga untuk pelaburan.
3. AMANAH ingin menegaskan bahawa kami bersedia bila-bila masa untuk menyumbang idea terhadap usaha murni yang dicetuskan Tuanku Sultan Johor ini. Pada kami, pengalaman 'Grameen Bank' di Bangladesh adalah antara model terbaik yang boleh dijadikan contoh.
4. 'Grameen Bank' menjadi sebuah mercu yang sangat unik dengan konsep 'bank untuk golongan miskin' yang sangat berbeza daripada bank konvensional lain. Pengasasnya Muhammad Yunus juga telah diberikan anugerah nobel ekoran kejayaannya membantu golongan miskin di Bangladesh melalui usaha penubuhan bank ini.
5. Pengalaman dan kejayaan Muhammad Yunus ini sewajarnya diteladani oleh 'Bank of Johor' ini nanti. Malah AMANAH mengharapkan Bank of Johor ini didasarkan kepada perbankan tanpa faedah dengan kata lain perbankan Islam yang lebih progresif.
"Harapan Baru"
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
18 April 2016
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
18 April 2016