Inikah ciri-ciri pemimpin yang sanggup dijulang oleh ahli UMNO serta rakyat negara ini,iaitu pemimpin yang sanggup menjadi pengkhianat,tamak serta pentingkan diri hingga tiada maruah diri yang sanggup membuat apa saja demi kuasa dan kepentingan diri.
Najib dicabar untuk menubuhkan partinya sendiri serta tak perlu menumpang serta mempergunakan nama UMNO dan kerajaan jika merasakan dirinya diterima dan disokong oleh rakyat seluruhnya.Setelah menubuhkan parti baru dia boleh bebas menjadikan parti tersebut miliknya anak beranak seberapa keturunan yang disukainya.Najib sememangnya muka tak malu kerana menganggap seolah-olah UMNO dan negara ini adalah miliknya anak -beranak serta bebas melakukan apa saja.
Mungkin dia tidak sedar atau terlalu bodoh bahawa parti UMNO yang ada hari ini adalah parti baru UMNO yang ditubuhkan kembali oleh Tun Mahathir setelah parti lama UMNO diharamkan oleh pengkhianat dalam UMNO sendiri iaitu Tengku Razaliegh yang menjadi penjilatnya sekarang.Tidak ada apa nak dihairankan dengan sikap pengkhianat bangsa dan negara seperti ini,apa saja akan dipergunakan demi kepentingan diri.
Sudahlah menjadi pengkhianat parti dan negara,dengan muka tak malunya mengutuk ,menghina serta memijak Tun Mahathir yang telah bertungkus -lumus menghidupkan serta mengembalikan semula maruah UMNO yang telah dihianati oleh Tengku Razaliegh iaitu penjilat yang juga dengan muka tak malu serta tiada maruah sanggup menjadi penjilat Najib didalam UMNO yang telah dikhianati serta hampir dikuburkan olehnya akibat ketamakan dan busuk perutnya .
Inikah ciri-ciri pemimpin yang sanggup dijulang oleh ahli UMNO serta rakyat negara ini,pemimpin yang sanggup menjadi pengkhianat,tamak serta pentingkan diri hingga tiada maruah diri yang sanggup membuat apa saja demi kuasa dan kepentingan diri.
Siapa yang lebih pandai mengkhianat sahaja akan duduk diatas dan akan dijatuhkan pula oleh pengkhianat mengikut putaran masa.
Saya bukan itik, tak makan dedak - Ku Li
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakannya yang menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap perdana menteri."Saya ahli Umno saya mesti sokong apa yang ada dalam Umno dan kebetulan Umno berkuasa, siapa yang jadi presiden dan perdana menteri, itulah orang kita," katanya lagi.
Kerana terlebih makan dedak Tengku Razali terlupa bahawa beliau juga merupakan pengkhianat parti yang telah membuatkan UMNO diharamkan dan pernah menjadi pengkhianat kepada pemimpin kerana terlalu gilakan kuasa.Jadi bolehkah kesetiaan dan kepercayaan diberi kepadanya.Masing-masing dipergunakan demi kuasa dan matlamat,PAS juga melopong akhirnya kerana perancangan untuk merampas Kelantan dari PAS sedang berjalan .
Sedangkan apabila keadaan terdesak Najib akan mempergunakan PAS untuk menunjukkan bertapa Islamiknya dia ,kemudian pada masa yang sama perancangan untuk menjatuhkan PAS sedang berjalan. Tetapi itulah roda pengkhianatan,pengkhianat akan bergabung dengan pengkhianat,siapa yang lebih pandai mengkhianat sahaja akan duduk diatas dan akan dijatuhkan pula oleh pengkhianat mengikut putaran masa.Selamat mengkhianat untuk semua.
http://suarakamiibaru.blogspot.my/2016/05/najib-di-cabar-tubuh-parti-sendiri-jika.html