Tuesday, August 23, 2016

WITHOUT FEAR OR FAVOUR



MANTAN MALAYSIA OFFICER ONE
Belum ada pengganti sehebatnya..  
Berundur ketika pada tahap kuasa dipuncak.. 
Orang lain?  Melahap kuasa ketika minta undur... 
It's

MALAYSIAN OFFICER 1 KENA KAJI SEMULA

Jika andaian itu merujuk kepada PM adalah salah sasaran. Mungkinkah ia merujuk kepada Pegawai Kerajaan Yang Paling Berkuasa (?)

Atau andaian MOF1 itu merujuk kepada lebih dari satu orang,  satu team dan kesepakatan.. You Help Me I Help You.




Monday, August 22, 2016

SUMPAH MAHSURI




Sumpah Mshsuri kepada 7 keturunan belum lagi tamat.
Nawawi disaran masuk semula tadika kemas untuk mengenali siapa MO1. Kalau nak menjilat pun agak agaklah sikit...



# Pelik juga kali ini pendedak,   pecacai,  pemimpin UMNO tidak melenting dan melatah seperti biasa yang kononnya pemelihara kedaulatan Sultan dan Raja Melayu..

Mungkin kerana nawawi bukan cina dap,  bukan melayu dap,  bukan kutty,  bukan Melayu BERSATU, bukan Melayu PKR dan bukan Melayu AMANAH.



SIAPA YANG BELOT..

Sudah lama diperkatakan dan dikenalpasti..

Tun hanya ulangi... Tapi tak cukup duit untuk bayar saman jika menamakan pihak terlibat.

Tun Dr Mahathir kena belajar dari lim guan eng., pungut 1juta tak sampai 1jam.


Sunday, August 21, 2016

MAT SABU TIBAI IDRIS HARON COW COW






India pun nak campurtangan juga ke? 




PENJAJAH DEPAN MATA... 
Ada nampak abang kunan di situ? 

Saturday, August 20, 2016

BERSATU SERBA TAK KENA / ZAHID DAH ADA GAYA PM

Bukan parti itu yang serba tak kena atau bermasalah tetapi parti dan pemimpin pesaing,  musuh dan kawan yang gelisah tak sudah.

Setakat ini BERSATU belum keluar apa apa kenyataan tapi sudah ramai tukang sihir,  tukang ramal, tukang tilik yang buat ramalan dan andaian.

Melaga lagakan memang tujuan utama.
Memperlekehkan memang perlu untuk menutup gabra sendiri.
Fitnah kepada pemimpin BERSATU jadi wajib muaakad.

Ada Muhyiddin minta jadi Ketua Pembangkang (?)
Ada Mukhriz meraung nak jadi PM (?)
Ada Mahathir minta projek untuk kroni (?)

Kalau tak ada kenapa di ada adakan.
Luluskan segera BERSATU untuk berdepan di padang yang betul.

Najib kena ikut cara Zahid,  fokus pada masalah dalam kain sendiri,  fokus tawan Kelantan,  tawan Selangor,  tawan Pulau Pinang... Tak perlu fokus pada Mahathir,  baling kaca pun tak pecah.

Perpaduan dengan PAS perlu disegerakan,  dimeterai perjanjian... Jangan pergunakan PAS,  jangan ulang PAS diperkudakan lagi... Jangan biarkan PAS tercari cari,  hidung tak mancung, pipi disorong...

Bila nama diperheboh seluruh dunia, jalan terbaik,  selamat... Berehatlah.
Zahid dan Hishamuddin dah nampak serasi...

Kj tu dah lama tunggu nak jadi PM.


ADALAH TIDAK LOGIK DAN RELEVAN UNTUK NAJIB MENGAJAK ORANG LUAR MENJAGA PARTINYA YANG SEDANG ROSAK...




Satu kelebihan kepada pemimpin kanan umno adalah apabila mereka hilang kuasa, boleh pula mereka bermandi peluh dan santai duduk di kerusi plastik bersama rakyat.

Mereka juga akan bercakap tanpa berlapik,  direct ke muka pihak yang terlibat, kaw kaw bagi penjelasan kepada rakyat. Antara sebab mereka berani bercakap adalah atas kapasiti mereka "bersih". Tidak ada file rasuah dan skandal..

Sebab itulah tak ramai pemimpin umno yang sokong dan turut jejak mereka kerana masing-masing dot dot dot.
ini adalah penggal terakhir umno jadi kerajaan,  bererti ini last kopek dot dot dot  !!!
* dot dot dot itu bermaksud berkhidmat untuk bangsa,  ugama dan negara seperti yang mereka sering laungkan... Takkan tak faham kot.

Berbalik kepada Muhyiddin dan Mukhriz (gambar di atas) ia membawa maksud adalah menjadi kewajipan setiap rakyat untuk menghilangkan kuasa pemimpin umno sebagai kerajaan supaya mereka sedar,  insaf dan boleh duduk bersama rakyat untuk memperjuangkan sesuatu kebenaran.

Bila jadi pembesar dan berada di atas, perjuangan mereka menjadi kelabu asap dan lupa daratan...



Dalam satu ucapan Najib di Tumpat supaya Tun Dr Mahathir tidak melampaui batas sehingga menghancurkan parti...

Pertama: Siapa sebenarnya yang merosakkan parti dan membusukan bangsa Melayu,  Islam dan Negara (?)

Kedua: Tun Dr Mahathir sudah keluar parti atas dasar tolak Najib dan penubuhan BERSATU bererti tolak umno.
Tun Dr Mahathir sudah tiada kaitan dengan umno dan samada parti itu lingkup atau hidup bergantung kepada mereka sendiri.
Najib perlu jaga batasnya kerana dia sudah tidak relevan untuk mengajak orang luar membantu menjaga partinya yang sedang rosak.




6ANGKA